7.4.13

Lamunan Anak Muda.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

seorang nenek tua
dalam kedinginan pagi
yang kelilingnya masih belum cair salji
terjengket-jengket langkahnya
ingin menaiki tangga
langkahnya baru dua dibuka
kuis-kuis
pintu kedai dikuis
kuisan lemah melalui tongkat karat akarnya
seorang anak muda melalui kawasan itu
"anak muda,bukakan aku pintu tu"
anak muda mengikut permintaan
membuka pintu yang berat itu
menahannya
agar makcik itu dapat masuk ke dalam
kelihatan deret-deret daging di dalam kedai itu
sedia untuk dijual
produk kapitalis mengeksploitasi bawahan
makcik tua difikir mahu membeli daging
itupun jika duit dimilikinya
tapi dengan lagenda urban kesebaran
yang mendakwa warga-warga tua
hanya mendapat pencen 200 ringgit sebulan
masakan cukup?
ini bukan pedalaman
ini metropolitan ketiga termahal dunia!
lamunan anak muda terhenti
makcik tua masih belum berjaya melangkah
makcik tua cuba berpapah
gagal
kaki makcik tua sangat lemah untuk melangkah
anak tua secara fitrahnya
menghulur tangan
membantu makcik tua memasuki kedai
lantas meninggalkan makcik tua
di dalam kedai
sedih sebenarnya melihat makcik tua itu
pantas anak muda pergi dari situ
tidak mahu dirinya untuk melihat
bagaimana kesusahan makcik tua itu
untuk keluar kedai pula nanti
tidak mahu terlibat dalam percaturan emosi itu
alangkah indahnya jika Islam benar-benar diamal oleh Muslim
nescaya tiada masalah sebegini
nescaya kuasa berada di tangan sepatutnya
bukan di tangan mereka yang tidak mengenal Tuhan

Allah,ampunkanlah!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" [Al-Qamar : 22]



No comments:

Post a Comment