1.4.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Mac-April 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Pertama sekali - mohon maaf kerana Projek ini tidak dapat dijalankan di Bulan Mac akibat kesibukan yang sedang melanda Penulis.


*** *** ***

Pendahuluan/Random

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [21 : 1]

Terlalu banyak kebodohan dan kejahilan yang berleluasa dalam Masyarakat kita pada hari ini.Hanya ada satu Solusi bagi segala masalah ini - Islam.Anda hanya mampu terselamat dari segala fitnah ini jika berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah,dengan kefahaman seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


19 comments:

  1. Assalamualaikum, saya ingin memiliki terjemahan ini kerana untuk dihadiahn kepada seseorang yang telah mendorong saya dalam perubahan didalam diri saya ;) beliau banyak memberi saya semangat dalam perubahan ini, pihak pena boleh menghubungi saya di email yahoo saya syuhada9746@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.insya-Allah saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.kalau masih belum terima email boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  2. Assalamualaikum saya ingin menghadiahkan kepada seseorang yg baru saja berhijrah. Mungkin dengan pemberian ini beliau dapat mendalami segala yang tertulis didalam Al-Quran. Ini email saya syamirasalim@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.insya-Allah saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.kalau masih belum terima email boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  3. Assalamualaikum, sekiranya satu naskah rezeki saya (perantara), saya nak letakkan di surau (prayer room), di pejabat tempat kerja (di sandakan).

    sekian, terima kasih.

    emel: izamrie@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.insya-Allah saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.kalau masih belum terima email boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  4. assalamualaikum, saya ingin memiliki terjemahan ini untuk dihadiahkan kepada anak usrah saya yang kurang berkemampuan utk membeli Quran terjemahan. Saya berharap dengan hadiah ini, dia mampu mendekatkan dirinya dgn Allah swt. Semoga hadiah ini juga bakal membooster keimanannya utk terus istiqomah dlm perubahan. ini emel saya : eqachan@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.insya-Allah saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.kalau masih belum terima email boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  5. KEPADA ANDA-ANDA YANG LAIN,ada satu sahaja lagi naskhah yang tinggal !dapatkan segera!!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ,saya ingin memiliki Terjemahan Al-Quran ini kerana saya tidak mempunyai terjemahan di rumah, jika saya dapat memilikinya saya akan manfaatkan dengan sebaiknya. ini email saya norhasimah88@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.insya-Allah saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.kalau masih belum terima email boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  7. KEPADA ANDA-ANDA YANG LAIN,PENYERTAAN DITUTUP.CUBA LAGI NEXT MONTH,INSYA-ALLAH.

    ReplyDelete
  8. salam,saya berminat dan merancang untuk membuat program street dakwah bersama sahabat2 di kampus USM kelantan,bagaimana boleh saya berhubung dengan tuan pena maya?boleh kita berhubung melalui email saya di rafiq.mppusmkk@gmail.com..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya akan hubungi anda di email.kalau tak dapat boleh email saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  9. salam,saya sangat berminat..boleh kita berhubung melalui email rafiq.mppusmkk@gmail.com..saya berminat untuk program dakwah seperti street dakwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya akan hubungi anda di email.kalau tak dapat boleh email saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  10. Al Quran dan Al Hadith adalah panduan hidup dan mati utk ke Akhirat yg kekal abadi. Sabda Rasulullah SAW bersabda, "Telah aku tinggalkan kpd kamu 2 perkara, iaitu Al Quran dan Sunnahku. Jika kamu tetap berpegang dgnnya, nescaya tidak akan sesat selamanya."
    Al Quran juga adalah panduan utk jadi orang bertaqwa.

    ReplyDelete