27.4.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Mac-April 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Kita semakin hampir dengan PRU.Tapi,apakah dekatnya kita dengan PRU membolehkan kita meninggalkan Tanggungjawab Utama kita dalam Ibadah seperti Solat etc?Dunia kita semakin lama semakin penuh dengan Fitnah (di mana yang dimaksudkan saya dengan Fitnah di sini ialah sesuatu yang boleh menggugat Agama seseorang).Hanya yang ada kefahaman sebenar tentang Islam boleh melalui Cabaran ini dengan berjaya,insya-Allah.Persoalannya,telah berusahakah kita dalam mencari Ilmu,atau dalam konteks ini - telah cubakah kita untuk memahami Al-Quran?

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


15 comments:

  1. Assalamualaikum saya ingin menghadiahkan kepada seseorang yg banyak membantu di dalam penghijrahan saya.Saya berharap dengan menghadiahkan terjemahan ni dapat membalas jasa baik dia.Ini email saya ummuaddin@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih blum dapat email,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  2. Assalamualaikum

    Saya berminat untuk memiliki terjemahan Al Quran ini untuk diberikan kepada anak saya Muhammad Shahran Hanief yg baru lulus SPM 2012 (2A 6B 1C) sbg bekalan bacaan beliau yg akan menyambung pengajian di Universiti kelak. Beliau sedang menanti panggilan tawaran kemasukan ke U. In sha Allah. Email saya azwanor2004@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih blum dapat email,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  3. salam. saya nak 1 utk hadiahkan kpd mak saya. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih blum dapat email,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  4. assalamualaikum.
    saya berminat nak hadiahkan al-quran terjemahan ni pd kawan cina sekelas saya, namanya Jolly Chang. roomatenya melayu. mgkin dgn hadiah ni, mampu buat dia mencintai Islam selepas tergerak nak baca.. insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih blum dapat email,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  5. Assalamualaikum

    Saya berminat untuk memiliki terjemahan al-Quran ini untuk diberikan kepada kakak saya Norizan Binti Ahmad atau Jameahton Binti Ahmad yang semakin hari mereka berdua semakin menunjukkan ingin lebih memahami Islam dan memperbetulkan diri, insyaAllah. Email saya dayah92nas@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih blum dapat email,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  6. Asslamualaikum

    Saya berminat untuk memiliki terjemahan Al-Quran ini untuk diberikan kepada kenalan saya yang sedang belajar mengaji..Mudah-mudahan dengan pemberian ini, diharapkan dapat menyuntik semangatnya untuk lebih bersungguh-sungguh lagi dalam belajar mengaji. ini email saya..ukhwahfillah89@gmail.com..Jazakillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..akan hubungi anda dalam masa terdekat.jika masih blum dapat email,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com .

      Delete
  7. salam. jazakumullah atas respond.
    btw, ad Al-Quran terjemahan bahasa inggeris?
    yg bahasa melayu saya berhasrat nak hadiahkan pada kawan sy yg cina namanya jolly.
    and yang bahasa inggeris tu saya berhasrat nak hadiahkan pd classmate saya. orang thailand.. baru masuk Islam beberapa bulan yang lalu. nama Islamnya Aisyah :')

    sekadar berkongsi.. sebelum Aisyah masuk Islam, Aisyah selalu duduk sblh saya and dgr saya bertilawah smntara tnggu nak masuk kelas..
    and, dia selalu tanya maksud ayat dalam surah yg saya sedang baca.
    alhamdulillah, hari ini dia berpegang dgn Islam :')

    kalau ditakdirkan rezeki Al-Quran ni utk mereka,
    nk request PENA MAYA utk buat ucapan ringkas dalam al-Quran tu.. and bagi kata2 semangat buat Aisyah utk terus teguh beislam & salam perkenalan antara Jolly dan Islam :) jazakumullah sekali lagi untuk post ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. masya-Allah.. saudari saya takleh balas panjang di sini ..saya akan balas komen saudari di email sebab sekarang keadaan x mengizinkan.. apa2pon teruskan berdakwah..kalau ada 100 orang islam macam saudari di malaysia,insya-Allah islam akan terus berkembang dan berkembang dalam kalangan non muslim..

      Delete
  8. KEPADA YANG LAIN - PENYERTAAN DITUTUP. CUBA LAGI NEXT MONTH.ASSALAMUALAIKUM.

    ReplyDelete