14.4.13

Mengikis Jiwa : Fitnah Pembodohan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau Anda perasan,atau notis - gaya penulisan saya sejak Akhir-Akhir ini banyak berubah,bukan?

Biasalah.

Sudah Tua.

Masakan diri ini mampu menulis seperti dulu.

Jika sekalipun mampu,tidak akan menulis lagi seperti dulu.

Kalau menulis seperti dulu sekalipun,mungkin jarang-jarang.

Panjang berjela.

Begitulah Penulisan saya yang lama-lama.

Sebenarnya ada sebab semua ini berlaku.

Saya sibuk dengan 'urusan luar'.

Ya.

Saya masih di Tanah Soviet.

Meneruskan saki-baki waktu yang ada.

Meneruskan Misi yang jika tiada pegangan Islam dalam diri,musnahlah Nilai Insani.

Sejujurnya hidup di sini memang mengikis jiwa saya.

Amat.

Saya secara jujurnya kadangkala merasa tidak sanggup untuk terus berada di sini.

Masyarakatnya terlalu material.

Kadangkala,saya juga 'tercair' dan hanyut dengan mereka ini.

Ah.

Syukur ada Teman-Teman yang sering mengingatkan.

Teman-Teman yang selayaknya digelar Sahabat.

Bukan sekadar Teman.

Kerana Teman itu adalah mereka yang selalu sahaja berada di sisi,tapi tiada membantu.

Tapi,Sahabat itu walau tiada di mata,sanggup mereka membantu jika diminta.

Dunia kita,semakin hari semakin banyak Fitnahnya.

Fitnah yang merencam Jiwa yang beriman.

Pembohongan Skandal Lucah - apakah Pihak yang menyebarkan berita sebegini tidak dapat memikirkan kesan buruk perbuatan mereka kepada Masyarakat?

Ah.

Sangka saya hanya di sini mengikis Jiwa.

Di tempat kita pun sama.

Tabahlah wahai Saudara-Saudara sekalian.

Jangan kita menjadi seperti mereka - yang mungkin terlupa.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya" [Al-Kahfi : 7]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Apakah wujud mereka yang masih membaca Pena Maya?Kalau ada tolong respon dekat bahagian Komen.Dan boleh download sekali Fail di Link ini.


9 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Masih ada. Saya sentiasa tertunggu-tunggu tulisan nasihat dari saudara.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.doakan saya,Ibu Bapa saya dan keluarga saya.

      Delete
  2. Replies
    1. doakan saya,Ibu Bapa saya dan keluarga saya.

      Delete
  3. If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely.[3:160]

    KUAT ! KUAT! btw yupz. terlalu banyak yang mengikis jiwa. dan kita yang perlu bina kekuatan tok benteng diri dengan iman.

    moga Allah bantu.

    p/s: even tulisan yang pendek. inshaAllah masih ada ibrah. menulislah kerana Allah. if takde yang baca pun, inshaAllah ia akan ada ganjaran buat anda. tak sekarang. mungkin masa yang lain, tak didunia BIdznillah. di sana nanti, wallahualam

    moga Allah redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.terima kasih.doakan saya,Ibu Bapa saya dan keluarga saya.

      Delete
    2. waalaikumussalam. inshaAllah. dan jangan lupa doakan untuk semua saudara-saudara kita juga

      Delete
  4. Salam Umar...

    Dah lama tak memberi komen...jangan risau...masih ada lagi mereka di luar sana yang akan membaca tulisan-tulisan di dalam blog ini selagi tuan penulis mempunyai idea-idea untuk memberi kata2 nasihat yang bermanfaat...teruskan..keep it up..semoga diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..jazakallah khayr kak..trima. kasih atas sgala sokongan.Allah Swt sahaja mampu balas. semoga direhai juga

      Delete