10.4.13

Sempena 05 Mei : Untuk Apa Kita Berjuang?

Prenote : Bukan cuba berpolitik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"". [Al-Baqarah : 30]

Alangkah malangnya bagi seorang yang belajar di Luar Negara,andai apa yang hanya diketahuinya adalah 'bagaimana untuk menjadi Buruh Bergaji Besar'.

Alangkah malangnya andai hanya itu yang difikirkannya di dalam kepalanya.

Akibatnya lahirlah manusia yang narcissist - hanya hidup untuk kemaslahatan dirinya sendiri - tanpa mempedulikan tunggang terbalik dunia ini.

Islam tidak mengajarkan kita menjadi manusia sebegitu.

Atas dasar keprihatinan itu - saya ingin menulis sebuah Artikel sebagai Peringatan kepada kita semua (terutamanya yang mengaku beriman dengan Hari Akhirat) menjelang 05 Mei ini.

Saya mahu kita semua renung Lima Point yang saya berikan di bawah dalam kesibukan kita berkempen setiap hari.

*** *** ***

1) Untuk Apa Kita Berjuang?

Ya.Banyak dari kita pada hari ini tidak memahami konsep Perjuangan.Akibatnya,mereka hanya berjuang untuk kepentingan diri mereka semata.Tanyakan pada diri kita - terutamanya yang berada di Alam Maya ini - andai kata Anda seorang Muslim - dan menulis Artikel yang Anda anggap sebagai sebuah Perjuangan - tanya diri Anda - apakah Perjuangan itu memberi manfaat pada Akhiratmu?

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab RA beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya.Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. [Muslim]

Andai hanya kuasa yang dikejar kita,betulkan niat kita semula.

2) Solat Jangan Dilupa.

Kadangkala ada di antara kita,akibat kegirangan untuk bertanding,berkempen dan memasang bendera etc sehingga ke tengah malam - keletihan itu menyebabkan kita tidak bangun Subuh.

Jangan begitu.

Dalam sibuk berkempen,Tanggungjawab Paling Utama kita jangan dilupa.

Walau sesibuk mana sekalipun kita pada ketika itu,Solat Berjemaah perlu dilakukan.

"(Yunus (a narrator) said : I think he narrated it (the tradition) from the Prophet (SAW):) The first thing about which the people will be called to account out of their actions on the Day of Judgment is prayer.." [Dawud :: Book 3 : Hadith 863]

Ya.Perkara pertama akan disoal kepada kita adalah mengenai Solat.Jaga Solat Anda.

3) Jangan Memperjudi Akhirat,Untuk Fitnah Dunia.

Musim Berkempen menyaksikan ramai orang yang tidak takut untuk menabur Fitnah kepada orang lain.

Para Bloggers,Twitters dan juga Facebookers dengan lancarnya menyebarkan suatu berita yang tidak diketahui benar/salahnya.

Jangan begitu!Ingat Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan" [Al-Hujuraat : 6]

Jangan sebarkan khabar angin.Jangan sebarkan Fitnah.Ini untuk kemaslahatan Akhirat kita juga.

4) Fikirlah berdasarkan Realiti Hari ini,bukan berfikir dengan Sentimen 100 Tahun Lepas.

Dunia sudah berubah.Sebelum mengundi,fikir dengan bijak.Banyakkan berdoa - agar diberi Ilham membuat keputusan yang betul.

Ingat,setiap Undi kita ini akan dipersoal oleh Yang Maha Memerintah di Akhirat kelak.Jaga sensitiviti orang lain ketika berkempen.Jangan menambah Fitnah/Salah-Faham Non-Muslim kepada Islam!

5) Takutlah Tuhanmu,Wahai Umat Islam!

Itu sahaja nasihat terakhir dari saya buat kita semua.Takutlah Tuhan.Tanya diri,siapa Tuhan kita?Nafsu atau Allah SWT?

Apa pula Agama kita?Politik atau Islam?Jangan bertuhankan Politik.Bahaya.

"Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran".
[Al-Waaqi'ah : 1-6]

Selamat Berkempen untuk Semua!

Kepada yang menang,Takziah dan Tahniah diucapkan.Kepada yang kalah,Tahniah dan Takziah juga diucapkan.

Ingat,pada akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT juga untuk diadili.Jaga tingkah laku semasa berkempen.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Masih lagi tidak cuba berpolitik.


No comments:

Post a Comment