11.5.13

Lima Tahun Pena Maya : Berkongsi Definisi,Pencapaian Setakat Ini.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***


Bercerita Mengenai Sejarah

'In my mind there is no time' - pernah Karya Nukilan Gallagher Brothers ini menjadi Zikir buat diri seorang Pemuda satu masa dahulu.

Hidup penuh khayal.Siapa sangka Tempoh Lima Tahun banyak merubah keadaan.

Yang dahulunya berkuasa - kini mungkin hilang kuasa.Yang dahulunya melacur,kini mungkin sudah bertaubat.

Siapa sangka?

Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui apa yang bakal berlaku kepada kita di masa hadapan.

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka..." [Al-Baqarah : 255]

Jadi sebagai insan yang lemah,janganlah angkuh mengorak langkah.Sentiasalah dahi bersujud kepada-Nya meminta kekuatan supaya ditetapkan hati.

*** *** ***

Setengah Dekad

Penulisan Pertama di domain baikiminda.blogspot.com bertajuk 'Bangsa Melayu'.

Ya,dahulunya Pena Maya merupakan Blog dengan Tema Nasionalisme.

Dan Blog ini sememangnya ditubuhkan bersempena PRU-12 pada Tahun 2008.

Lima Tahun bukanlah Tempoh yang sebentar.Jika dahulu saya 'bermain' di 'Barat',kini saya mula bermain di 'Timur'.

Jika dahulu berjuang dengan Fahaman Nasional,saya tidak segan untuk menyatakan yang kini hidup mati saya (insya-Allah) untuk menyampaikan kepada manusia sekeliling tentang kefahaman Islam.

*** *** ***

Tidak Mudah

Berjuang bukannya mudah.

Akan ada Tempoh di mana kita bakal terjatuh.

Terjatuh akibat pelbagai Ujian yang melanda.

Ujian itu banyak bentuknya.

Boleh jadi dalam bentuk Fizikal,Kewangan - pendek kata Zahiriah.

Tapi,boleh juga jadi,Ujian itu datang dari dalam diri sendiri.

Hawa Nafsu.

Perjuangan ini sememangnya tidak mudah.

*** *** ***

Pencapaian

Lima Tahun diwujudkan,Alhamdulillah - saya sebenarnya berbangga dengan Pena Maya.

Dalam Tahun 2012-2013 sahaja,pelbagai Perkara baru telah berjaya dilakukan Pena Maya (dengan izin Allah SWT).

Di bawah ini saya senaraikan beberapa perkara yang saya ingat.

1) Projek Al-Quran PERCUMA


Setakat ini,saya yakin - sudah hampir 100 Naskhah (atau lebih) Al-Quran yang telah diedarkan Pena Maya secara PERCUMA kepada Khalayak dengan Misi Melahirkan Masyarakat Muslim yang mengamalkan Islam dengan kefahaman serta menarik minat Non-Muslim kepada Islam.

Alhamdulillah.Terima kasih buat semua yang membantu menjayakannya.

2) Projek Giveaway Buku Islamik PERCUMA


Sebenarnya,menjadi Muslim bukan sekadar Tahu.Tapi menjadi seorang yang mengaku Muslim menuntut kita untuk menjadi seorang yang Tahu,dan menggerakkan apa yang kita Tahu.Berapa ramai yang mencari Ilmu,tapi gagal berkongsi dengan Masyarakat Luar.Berapa ramai yang berIlmu,tapi tidak mahu mendekati Golongan 'Liar' atas alasan merasa diri terlalu Suci.Sebenarnya ramai yang 'Lost' di luar sana yang mahukan kebenaran.

Projek ini setakat ini berjaya menarik Perhatian ramai Golongan 'Lost'.Mereka menyertai Projek ini dan meminta Buku Percuma untuk dimiliki dan diamal.

Kadangkala,permintaan datang melalui E-Mail.

Semoga semua yang terlibat diredhai.

3) Penerbitan Filem-Filem Pendek Oleh Youtube Pena Maya Yang Semakin Aktif

Ya.Dalam Tempoh setahun ini,Pena Maya telah menerbitkan lebih Lima Video Pendek/Dokumentari yang saya fikir amat bermanfaat.

Mungkin ada yang bertanya : Kenapa beralih ke Bidang Video?

Tidak beralih.

Sekadar memperluas Lingkungan Audiens.

Bukan semua orang minat membaca.Tapi ramai yang minat menonton Video.

Masalah timbul apabila Industri Video kita sebenarnya kekurangan Video yang bermesej Tinggi,tapi dalam masa sama bernilai Seni.

Saya - sebagai seorang manusia yang merasakan dirinya Orang Seni - merasa terpanggil untuk menceburi Bidang ini.

Antara Video yang berjaya diterbit dalam Tempoh Setahun ini adalah seperti di bawah :






Dan banyak lagi.

Walaupun kurang View,tapi saya yakin,insya-Allah paling kurang 5 orang yang telah menonton Video-Video ini mendapat manfaat.

4) Penerbitan E-Book

Untuk Tahun 2012-2013 sejujurnya saya kurang Update Blog Pena Maya kerana agak sibuk dengan Aktiviti Luar.

Tapi bagi yang mahu mengikuti Coretan saya boleh mengikuti Instagram Saya : @PenaMaya.Saya kerap juga mencoret di sana.

Tahun 2012-2013 menyaksikan saya hanya menerbitkan sebuah E-Book,iaitu Musafir : Sebelum Kebangkitan.


Keseluruhannya,dalam Tempoh singkat Lima Tahun,Pena Maya telah menerbitkan Lima E-Book untuk Edaran Percuma,dengan izin Allah SWT.

Alhamdulillah.

Yang mahu memuat-turun buku-buku ini boleh Download di Link ini.


5) Mendaftarkan Pena Maya sebagai sebuah Syarikat Berdaftar - Pena Maya Enterprise


Gambar di atas ini sudah cukup untuk menceritakan segalanya.

Alhamdulillah.Tujuan Pendaftaran ini untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai yang mahu menyumbang Dana untuk Projek-Projek Kelolaan Pena Maya.

*** *** ***

Harapan

Itu sahaja yang saya mampu coret mengenai Perjalanan Lima Tahun Pena Maya.

Berkenaan masa hadapan Pena Maya,saya tidak mahu merancang tinggi itu dan ini.

Tapi,cukuplah saya katakan yang saya akan terus berkarya dan menyebarkan Islam (insya-Allah) melalui kemampuan yang saya ada.Dan saya berharap,segala tindak-tanduk saya mengendalikan Pena Maya ini dapat memberikan Inspirasi pada Generasi Muda yang akan datang.

Zaman berubah,orang mungkin berubah - tapi mesej yang dibawa - tetap sama.

Allahuakbar!

Pada akhirnya,Selamat Ulangtahun kelima buat Pena Maya saya ucapkan!

Di bawah ini ada Video yang diterbitkan Khas untuk Ulangtahun ini.Selamat Menonton!


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Bagi yang berminat untuk mengetahui cara menyumbang Dana untuk Projek-Projek di atas,boleh hubungi pospenamaya@gmail.com.Doakan saya,Ibu Bapa saya,keluarga saya dan semua yang terlibat dalam membantu Pena Maya selama ini.Semoga semuanya diredhai Allah SWT.

2 comments:

  1. Salam..

    Selamat ulang tahun Pena Maya!!
    biar tidak sepopular blog2 yang lain..sekurang2nya isi2 yang ingin disampaikan daripada blog ini dapat dimanfaatkan oleh pembaca2 yang sentiasa dahagakan ilmu untuk diamalkan...kami pembaca2 akan sentiasa menyokong apa sahaja yang bakal dilakukan oleh Pena Maya...teruskan usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.. alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah SWT.. saya akan cuba yang terbaik.. terima kasih atas sokongan.Allah sahaja mampu balas.semoga diredhai.

      Delete