12.5.13

Darah Kita Merah.

Prenote : Artikel ini ditulis untuk melawan kebodohan Pemikiran Perkauman yang dibawa oleh PapaGomo dan Seangkatan dengannya.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Al-Hujuraat : 13]

Setiap hari,banyak sahaja perkara yang boleh dijadikan 'Titik Mula' andai kita tidak membutakan mata dan telinga.

Lewat beberapa hari ini,Isu Perkauman yang entah dari mana datangnya hebat dipermainkan di Malaysia.

Kasihan.

Saya sangat kasihan pada manusia yang bersifat Perkauman.

Seolahnya sudah lebih separuh Abad tinggal bersama - masih lagi kita tidak memahami antara satu sama lain.

Jika ini benar,ternyata - sungguh berjaya Propaganda yang dimainkan selama ini - yang pada hakikatnya tidak lain hanya menguntungkan mereka yang berkepentingan.

Kadangkala kita merasa terlalu mulia,akibat lahir dalam keluarga Islam.

Persoalannya,sudahkah kita 'Islam'?

Adakah kita benar-benar sudah menjadi 'Muslim'?

Yang Syahadahnya diucap dengan penuh Iman,keyakinan serta kefahaman?

Yang Ibadahnya hanya kerana Allah SWT?

Jangan merasa diri kita terlalu mulia.

Jika dilihat,sifat perkauman yang masih kuat menebal dalam kalangan sesetengah Masyarakat kita hanya mencerminkan yang kita sebenarnya masih lagi kurang memahami keindahan Mesej Sebenar Islam.

Saya tertarik untuk berkongsikan sebuah Video yang Wajib Anda tonton jika mahu memahami Mesej Penulisan ini dengan sebenarnya.


Video di atas mengisahkan Perjalanan seorang Revert untuk kembali kepada Islam.

Sebenarnya,banyak dalam kalangan Non-Muslim di Tanah Air kita yang sedang 'mencari'.

Alangkah tidak munasabah jika Anda katakan yang Islam di Malaysia tidak berkembang.

Cuba fikirkan - ketika Islam berkembang dengan pesat di Seluruh Dunia,logikkah Islam di Malaysia masih bertakung?

Tidak.Islam di Malaysia sentiasa berkembang.Semakin ramai Non-Muslim yang memeluk Islam di Malaysia hari demi hari.NGO-NGO yang melakukan Dakwah kepada Non-Muslim juga semakin banyak (i.e Al-Khadeem,Hidayah Centre).

Walau tidak mendapat liputan Media,Alhamdulillah dengan adanya Internet - kisah mereka boleh dicari di Google.

Dan untuk Fakta Ringkas - kebanyakan usaha mendakwahkan Non-Muslim di Malaysia ini - digerakkan oleh Muslimin yang tidak berketurunan Melayu!

Mereka-mereka ini juga dahulunya Non-Muslim.Tapi apabila memeluk Islam,mereka menjadi Muslim dengan kefahaman.Bukan ikut-ikutan.Jadi,tidak berlebihan dikatakan,mereka ini pada hakikatnya lebih 'Muslim' daripada kita yang telah 'Muslim' sejak lahir,tapi masih jahil apakah itu 'Mesej Islam' yang sebenar.

Mereka ini Aktif berdakwah - menyeru kawan-kawan mereka yang belum Islam untuk memeluk Islam.

Hebat?

SubhanAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar.

Jika tidak percaya,Googlekan sahaja nama-nama seperti Kamarudin Abdullah,Hussein Ye.

Dan sekali lagi diulang,mereka ini bukan Melayu.Ya.

Apakah Anda masih merasakan diri Anda sangat Mulia dengan hanya menjadi Orang Melayu?

Pada akhirnya,ingin saya sentuh,ketika orang lain bersungguh-sungguh mencari Islam,kita yang sudah Islam ini - tanyakan diri kita - benar-benar Muslimkah kita?

Hussein Ye - sejarah perjalanannya kepada Islam penuh rintangan - rintangan yang datang dari kalangan Orang Melayu sendiri.Rintangan yang wujud akibat sikap Perkauman yang menebal.

Jadi,nasihat saya kepada Orang-Orang yang racism masih lagi mengalir tebal dalam darahnya mudah sahaja - 'Jika tidak mampu menarik orang kepada Islam,janganlah menutup laluan mereka kepada kebenaran ini'.

Dan ingat,Allah SWT tidak memerlukan kita.Jika terlampau sukar untuk kita mendokong kebenaran ini dengan baik,Allah SWT akan mendatangkan kaum lain yang lebih baik untuk menyebarkan Agama ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya" [Al-Maaidah : 54]

"Jika Allah menghendaki, nescaya Ia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain. Dan adalah Allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu" [An-Nisaa' : 133]

Apalah gunanya bergelar 'Muhammad',tapi tidak mengikut Ajaran Sebenar Muhammad SAW.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment