27.5.13

Filem Pendek : Jaga Mata Di Musim Panas (Selamatkan Jiwa!).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Musim Panas

Musim Panas di Eropah adalah sesuatu yang amat mencabar bagi seorang Mukmin yang mengaku beriman dengan Hari Akhirat.

Musim Panas di Eropah menyaksikan Para Wanitanya berpakaian seolah 'bertelanjang' - seolah sedang menjual Tubuh kepada Khalayak.

Musim Panas - argh,ianya ibarat Neraka Dunia bagi Lelaki Beriman.

*** *** ***

Tahun Ini

Ada beberapa perkara yang menarik mengenai Musim Panas di Moscow pada Tahun ini.

Menurut Pemerhatian saya,Musim Panas pada tahun ini,begitu cepat Perubahan yang berlaku antara Musim Sejuk ke Musim Panas.

Akibatnya,perubahan Pakaian yang berlaku juga terlalu cepat.

Selepas mengarah dan menerbitkan Filem Pendek Definisi baru-baru ini,saya merancang untuk menerbitkan satu Video Ringkas berkenaan Topik Menjaga Mata.

Tapi oleh kerana Masa yang saya ada begitu Terhad,saya menyerahkan Projek ini kepada seorang Pelajar Junior saya di sini,yang juga merupakan Sahabat saya,Aidil Muslim.

Saya hanya terlibat dalam memberikan Idea Asas untuk Video ini sahaja.

Alhamdulillah,Segala Puji hanya Bagi Allah SWT - Aidil Muslim berjaya menyiapkan Video ini dalam masa yang singkat.

Walaupun ada kekurangan di sana dan sini,saya berpendapat Usaha Beliau wajar dihargai kerana ini merupakan Penerbitan Pertama olehnya.

Jadi,saya persembahkan kepada Anda : Filem Pendek : Selamatkan Jiwa!


*** *** ***

Semoga bermanfaat!

Kongsikan Video ini di Facebook,agar semua Lelaki di Luar Sana tidak terlupa untuk menjaga mata.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal!


1 comment:

  1. Banyak lagi yang kurang dalam video ni.. Wallahualam.. Minta tunjuk ajar sifu! :)

    ReplyDelete