23.5.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Mei 2013).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,Tiga Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Pelaksanaan

Tanpa disedari,ini merupakan Edisi Ke-20 Giveaway Kecil-Kecilan ini berlangsung.

Alhamdulillah,Allah SWT Mengizinkan saya melaksanakan Projek ini secara Konsisten.Banyak sebenarnya Idea yang hendak dilaksana,tapi apalah guna Idea - andai tidak dilaksana.

Alhamdulillah sekali lagi,kerana dalam keadaan diri banyak berbuat dosa,Allah SWT berikan saya peluang untuk meneruskan Projek ini.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam/Non-Muslim yang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,bersempena dengan Ulang Tahun Kelima Pena Maya pada April yang lalu,Tiga Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Tiga orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Apakah yang diperlukan Umat pada hari ini - 'Pekerja' atau 'Pemidato'?Orang yang melaksanakan Islam' atau 'Orang yang hanya berteori tentang Islam dalam kalangan Mereka sahaja sehingga Islam tidak sampai ke akar umbi'?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Tiga Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Petunjuk Jalan Lurus : Sebatang Jalan,Denai Dan Lorong Tauhid Menuju Keredhaan-Nya (Raudhah)


Penerangan : Saya secara jujur tidak pernah membaca buku ini.Tapi saya baru sahaja membelinya untuk diri saya secara online pada Bulan Lepas.Ianya ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad.Siapakah Ustaz ini?Jika Anda punyai Twitter,Beliau sering Update di sana.Beliau juga ada Blog.Saya tertarik untuk memasukkan Buku ini dalam Senarai Bulan ini kerana kebanyakan Penulisan Ustaz Emran menyentuh tentang Akidah.Dan saya yakin,memahami Akidah merupakan perkara paling Utama yang perlu dilakukan kita Umat Islam dalam memahami 'Cara Hidup' ini.Tapi sayang,masih ramai Umat Islam tidak memahami Konsep Akidah dengan sebenar.Diharap dengan Edaran buku ini,ada yang terbuka hatinya,insya-Allah.

2)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

3) Sebuah Polemik Agama : Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor


Penerangan : Saya mula-mula mendapat tahu tentang buku ini melalui Dr. MAZA.Ya,banyak buku yang dicadangkan oleh Dr. Maza dan Ustaz Emran Ahmad menurut pemerhatian saya adalah bagus-bagus belaka.Siapa HAMKA?Beliau merupakan seorang Ilmuan Nusantara.Sebenarnya jika dikaji,Rantau Nusantara memiliki banyak Ilmuan,tapi kenapa seolah Generasi Muda langsung tidak mengenali mereka?Salah siapa?Jadi,untuk menghidupkan kembali semarak Ilmu Tamadun Islam Nusantara,saya mencadangkan buku ini untuk dimiliki Anda yang entusiastik dalam mengkaji Pemikiran Umat Melayu kita.Dan ya,buku ini sukar dicari di Bandar-Bandar Kecil.Jangan lepaskan Peluang ya.

4) The Ideal Muslimah : The True Islamic Personality of the Muslim Woman as Defined in the Qur'an and Sunnah


Penerangan : Saya sejujurnya risau melihat Perkembangan semasa ini di mana terlalu banyak Anak-Anak Gadis yang diperkosa maruahnya/ditipu hatinya oleh Jantan Tiada Guna.Saya risau kerana Situasi ini membuatkan saya terfikir,bagaimanakah Masa Depan Generasi Anak saya kelak?Jadi,atas kesedaran ini - saya mencadangkan buku ini - untuk dimiliki Anak-Anak Gadis di luar sana.Atau mungkin,boleh dihadiah kepada Kawan-Kawan Anda yang sedang berubah (i.e baru belajar Pakai Tudung etc).Boleh juga hadiahkan kepada Kawan-Kawan Non-Muslim Perempuan yang sedang kaji tentang Islam.Buku ini menceritakan bagaimanakah Personaliti Muslimah yang sebenar - menurut Al-Quran dan As-Sunnah.SANGAT BAGUS!Dan ianya sukar dijumpai!So,jangan lepaskan peluang!

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 3 Buku akan diedar kepada 3 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


14 comments:

  1. saya berminat petunjuk jalan lurus
    pada pendapat saya kedua-dua diperlukan pekerja dan pemidato. pemidato dperlukan untuk menggerakkan pekerja. dan sudah tentu org yang menggerakkan islam dari seorg yg hnya berteori. harini kita tgk berapa rmai yg mnggerakkan islam dan bndingkan dengan golongan yg hnya berteori.wallahua'alm
    muhammadzaid_93@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.. tahniah anda dpat buku yang diminta.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat.. semoga dimanfaat.kalau masih belum dapat email hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
    2. assalamualaikum.saya masih belum mendapat respon/balasan email dari anda.tolong hubungi saya secepat mungkin bagi memudahkan urusan pembelian.

      Delete
  2. salam..
    saya berminat pada buku the ideal muslimah
    ""Apakah yang diperlukan Umat pada hari ini - 'Pekerja' atau 'Pemidato'?Orang yang melaksanakan Islam' atau 'Orang yang hanya berteori tentang Islam dalam kalangan Mereka sahaja sehingga Islam tidak sampai ke akar umbi'?"

    bagi pendapat saya, pekerja dan pemidato saling memerlukan kerana saya rasa sesuatu pekerjaan itu mungkin jelas perlaksaannya dgn adanya teori. dan mungkin teori akan nampak hasilnya bila ada pekerjaan/ perlaksanaan. kedua-dua elemen ini penting dalam diri untuk menggerakkan Islam, wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.. tahniah anda dpat buku yang diminta.. tapi saya tak boleh hubungi anda sebab anda tak tinggalkan apa2 maklumat :D .. jadi,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin .. di sana nanti tolong berikan saya NAMA PENERIMA,ALAMAT PENERIMA dan NOMBOR TELEFON PENERIMA... ketiga2 maklumat ini adalah penting.nyatakan dalam email yang anda ini wanie amin..

      Delete
    2. assalamualaikum.saya masih belum mendapat respon/balasan email dari anda.tolong hubungi saya secepat mungkin bagi memudahkan urusan pembelian.

      Delete
  3. Salam. Sy berminat pada buku fitnah terhadap sahabat rasul. Pd pandangan sy, kita memerlukan kedua dua pekerja dan pemidato. Dua dua penting sebab andai kita ada pekerja sahaja dan tidak ada pemidato mgkn kita akan menghadapi kesukaran untuk mematahkam hujah orang yg suka berdebat. Mengenai org yg melaksanakan islam atau hny berteori. Adalah jelas yg kita memerlukan org yg melaksanakan islam because saying and doing should be done hand in hand. Lgpun Allah kan dah peringatkan kita dalam surah saff ayat 2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.. tahniah anda dpat buku yang diminta.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat.. semoga dimanfaat.kalau masih belum dapat email hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  4. Oh.. lupa bg alamat : xxdoodlebugxx.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Saya berminat kepada buku The Ideal Muslimah. Sejujurnya sy sendiri nk memiliki buku tu tp disamping itu ingin sekali sy kongsikannya dgn seorg anak saudara dan dua org adk sy. Mereka semua sdg dlm meniti alam remaja difasa terakhir. Sebagai seorg kakak dan wanita sy dah lalui pahit manis segala ujian hidup yg bakal mereka lalui. Semestinya setiap hari sy tk lupa utk memberi pelbagai nasihat dan tunjuk ajar namun kerisauan itu tetap ada. moga buku ini sedikit sebyk dpt memberi tunjuk ajar menjd seorg muslimah yg baik dan terpimpin. InsyaAllah. Bole hubungi saya di sini. sittinursakinahsulaiman@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.. tahniah anda dpat buku yang diminta.. insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat.. semoga dimanfaat.kalau masih belum dapat email hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  6. assalam,

    oo tak sempat, takder rezqi bunda..

    ReplyDelete
  7. Salam..biarlah dah tutup..pada pendapat saya pemidato perlu juga menjadi pekerja dan juga pekerja perlu juga ada sifat pemidato..he3..dan kiter perlukan melaksanakan islam secara menyeluruh dan bukannya hanya sekadar teori..kiter kene bergerak di pelusuk alam sampai kemana mana saja..Insyaallah..he3

    ReplyDelete