31.5.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Mei-Jun 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

PRU sudah berakhir.Siapa yang berjuang untuk PRU,pasti lemah langkahnya jika sudah Tiada Isu.Tapi yang berjuang untuk menegak kebenaran - langkahnya pasti terus bertambah (insya-Allah).Persoalannya : Di manakah boleh kita cari kebenaran?Al-Quran ada Jawapan bagi Persoalan ini.Apakah Anda sudah memahami Al-Quran?Jika belum,dapatkan Naskhah Terjemahan ini sekarang!

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


13 comments:

  1. Assalamualaikum. Sejujurnya, saya tidak tahu untuk siapa saya akan menghadiahkan Al-Quran ini. Tapi, keinginan di hati untuk mendapatkan mushaf ini itu ada. Sebabnya mudah, saya selalu membayangkan untuk menghadiahkan Al-Quran pada seseorang sebagai hadiah hari jadi. Cuma terkadang, niat terbantut. Entahlah. Kadang, hati itu mungkin ada sedikit berkira dalam membeli naskah yg mulia ini biarpun dirisendiri tau dalam soal agama, tak perlu berkira-kira. Cuma iya lah. Kita manusia. Bila dibuka dompet dan melihat wang, kadang diri jadi terhenti dari nak melunaskan niat. Sungguh. Saya masih belum tahu siapa yang bakal saya hadiahkan Al-Quran ini. Orang yang hari jadinya yang terdekat mungkin? Atau mungkin, sebagai rujukan diri sendiri. Entah. Wamakaruu wamakarallah wallahu khairul makirin, kan? :) Tapi, itu pun kalau diterima untuk menjadi salah satu penerima. Jika tidak, tidak mengapa. Mungkin ada yang lebih berhak.

    boleh hubungi di rahmat.krs@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt...

      Rasulullah SAW bersabda “Sedekah tidaklah mengurangi harta.” (Hadits shohih. Diriwayatkan oleh Muslim no. 2558)

      jadi,jangan risau.cuba sedaya upaya untuk mengikis perasaan 'takut' itu.apa2pon Alhamdulillah anda dapat quran yang diminta.insya-Allah saya akan hubungi anda melalui email dalam masa terdekat..

      kalau masih tak dapat email saya,hubungi pospenamaya@gmail.com secepat mungkin dan nyatakan anda ini Anon 203AM.

      Delete
  2. ada empat lagi al-quran percuma untuk dimiliki!!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, saya ingin memiliki quran terjemahan di atas untuk di hadiahkan pada junior saya yang baru sahaja menjejakkan kaki di universiti terkemuka di semenanjung ini. moga ia akan membantu mendekatkan dirinya pada Allah dan berusaha memperbaiki diri. Junior saya ini berasal dari Sabah dan saya berharap dapat membantunya mendalami Islam di sini berbanding suasana di tempat asalnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.alhamdulillah masya-Allah! alhamdulillah juga anda dapat quran ini.sekarang saya akan hubungi anda.jika masih tak dapat email saya,anda perlu hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yang anda ini bintang hati dan berikan saya di sana nanti nama penerima ,alamat penerima dan nombor telefon penerima..

      Delete
  4. assalamualaikum. saya ingin mendapatkan alquran terjemahan kerana al quran merupakan manual kehidupan. walaupun dunia masakini, terdapat banyak benda atau teknologi yang automatik, tetapi kita tetap memerlukan alquran sbg panduan hidup. insyaAllah, dgn adanya alquran, masyarakat akan berusaha sedaya upaya untuk memperlajari dan metadabbur alquran. jika manusia tidak berusaha untuk dapatkan buku manual kehidupan, maka manusia akan automatiknya mengikuti dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.alhamdulillah masya-Allah! alhamdulillah juga anda dapat quran ini.sekarang saya akan hubungi anda.jika masih tak dapat email saya,anda perlu hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yang anda ini nur atiqah dan berikan saya di sana nanti nama penerima ,alamat penerima dan nombor telefon penerima..

      Delete
  5. assalamualaikum, saya berhasat untuk memiliki al-quran tersebut. saye berhajat untuk menghadiahkannya kepada abang saya supaya dia boleh manfaatkannya pada waktu lapang. atau mungkin saya akan menghadiahkan kepada sahabat2 saya. tapi, kalau bukan rezeki, saya redha . terima kasih :)

    twitter : @fatinMNASIR

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.alhamdulillah masya-Allah! alhamdulillah juga anda dapat quran ini.sekarang saya akan hubungi anda.jika masih tak dapat email saya,anda perlu hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yang anda ini cik adorabelle dan berikan saya di sana nanti nama penerima ,alamat penerima dan nombor telefon penerima..

      Delete
  6. Assalamualaikum akhi umar, bolehkah saya pintanya satu? kalau boleh saya ingin hadiahkan ia kepada rakan saya. Jujur saya kata, sudah lama saya ingin hadiahkan al-quran kepadanya. Tapi niat saya ini sering kali tak kesampaian sebab tiada duit nak dibeli... Saya nak hadiahkan kepada dia sebab saya nak dia selalu mendekatkan dirinya kepada Allah swt. Selain itu, saya ingin dia menghafaznya, maklumlah dia belum pernah ada al-quran peribadinya. Ia lagi bagus kalau ada terjemahan, selain dia dapat membacanya, dia dapat juga baca maksud al-quran itu tersendiri dan dapat mengamalkannya. Kalau boleh, saya benar-2 inginkan satu untuk hadiahkan kepada sohabah saya, maaf kerana menggangu akhi :) asif jiddan

    email= ejatayub@gmail.com
    twitter= @ejatayub

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.alhamdulillah masya-Allah! alhamdulillah juga anda dapat quran ini.sekarang saya akan hubungi anda.jika masih tak dapat email saya,anda perlu hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yang anda ini ejat ayub dan berikan saya di sana nanti nama penerima ,alamat penerima dan nombor telefon penerima..

      Delete
  7. salam, saya punya gmail mcm hang sikit. nak tanya, dah dapat ke?

    ReplyDelete