30.5.13

Meruntuhkan Pembodohan (Sistem Hipokrasi).



Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

rasa kecewa diri ini
dengan sistem manusia
tidak pernah terhenti

ada benarnya
jika ada yang berkata
kita dicuci-minda melalui sistem semasa
takut
kita berada dalam ketakutan
takut menghadapi risiko
takut bersuara
takut kehilangan
takut kerugian

sedih
apabila yang takut
turut mengheret orang separa berani
kepada kancah ketakutan semula

ketakutan tanpa sebab ini
ketakutan menyuarakan kebenaran ini
ketakutan dalam menentang kebatilan ini
sebenarnya membunuh satu sifat kemandirian manusia

sistem kapitalis yang membunuh insani
ibarat binatang
manusia hidup tiada panduan

dunia penuh hipokrasi
kadangkala mahu sahaja diri terus beruzlah
tapi segera teringat
itu bukan penyelesaian

perjuangan perlu diterus
mesej perlu dikongsi
suara perlu terus dibunyi

bergerak!
terus bergerak pemuda-pemudi!
jangan digentar larangan ortodoks itu semua
selagi mana perjuangan berlandas syariat
bergeraklah kita bergerak!

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya" [A-li 'Imraan : 104]

p/s : dunia sememangnya penuh dengan ketidak-adilan.hanya Akhirat tempat pembalasan sebenar.hanya Syurga tempat berehat.Allah,Kurniakanlah istiqamah.


1 comment: