19.6.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Jun 2013).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,Dua Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam/Non-Muslim yang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,bersempena dengan Ulang Tahun Kelima Pena Maya pada April yang lalu,Dua Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Dua orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Apa harapan Anda untuk Ramadhan Tahun ini,andai umur anda dipanjangkan (insya-Allah)".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Dua Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Petunjuk Jalan Lurus : Sebatang Jalan,Denai Dan Lorong Tauhid Menuju Keredhaan-Nya (Raudhah)


Penerangan : Saya secara jujur tidak pernah membaca buku ini.Tapi saya baru sahaja membelinya untuk diri saya secara online pada Bulan Lepas.Ianya ditulis oleh Ustaz Emran Ahmad.Siapakah Ustaz ini?Jika Anda punyai Twitter,Beliau sering Update di sana.Beliau juga ada Blog.Saya tertarik untuk memasukkan Buku ini dalam Senarai Bulan ini kerana kebanyakan Penulisan Ustaz Emran menyentuh tentang Akidah.Dan saya yakin,memahami Akidah merupakan perkara paling Utama yang perlu dilakukan kita Umat Islam dalam memahami 'Cara Hidup' ini.Tapi sayang,masih ramai Umat Islam tidak memahami Konsep Akidah dengan sebenar.Diharap dengan Edaran buku ini,ada yang terbuka hatinya,insya-Allah.

2)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

3) Sebuah Polemik Agama : Teguran Suci & Jujur Terhadap Mufti Johor


Penerangan : Saya mula-mula mendapat tahu tentang buku ini melalui Dr. MAZA.Ya,banyak buku yang dicadangkan oleh Dr. Maza dan Ustaz Emran Ahmad menurut pemerhatian saya adalah bagus-bagus belaka.Siapa HAMKA?Beliau merupakan seorang Ilmuan Nusantara.Sebenarnya jika dikaji,Rantau Nusantara memiliki banyak Ilmuan,tapi kenapa seolah Generasi Muda langsung tidak mengenali mereka?Salah siapa?Jadi,untuk menghidupkan kembali semarak Ilmu Tamadun Islam Nusantara,saya mencadangkan buku ini untuk dimiliki Anda yang entusiastik dalam mengkaji Pemikiran Umat Melayu kita.Dan ya,buku ini sukar dicari di Bandar-Bandar Kecil.Jangan lepaskan Peluang ya.

4) The Ideal Muslimah : The True Islamic Personality of the Muslim Woman as Defined in the Qur'an and Sunnah


Penerangan : Saya sejujurnya risau melihat Perkembangan semasa ini di mana terlalu banyak Anak-Anak Gadis yang diperkosa maruahnya/ditipu hatinya oleh Jantan Tiada Guna.Saya risau kerana Situasi ini membuatkan saya terfikir,bagaimanakah Masa Depan Generasi Anak saya kelak?Jadi,atas kesedaran ini - saya mencadangkan buku ini - untuk dimiliki Anak-Anak Gadis di luar sana.Atau mungkin,boleh dihadiah kepada Kawan-Kawan Anda yang sedang berubah (i.e baru belajar Pakai Tudung etc).Boleh juga hadiahkan kepada Kawan-Kawan Non-Muslim Perempuan yang sedang kaji tentang Islam.Buku ini menceritakan bagaimanakah Personaliti Muslimah yang sebenar - menurut Al-Quran dan As-Sunnah.SANGAT BAGUS!Dan ianya sukar dijumpai!So,jangan lepaskan peluang!

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 2 Buku akan diedar kepada 2 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


11 comments:

  1. assalamualaikum pena maya.saya ghalib.. saya inginkan buku hamka kerana di sarawak sukar saya dapati buku ini.. harapan saya untuk ramadhan akan datang adalah : membaiki kesilapan mensia2kan ramdhan yg lepas .. boleh hubungi saya melalui di twitter saya.. http://twitter.com/ghalibraduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam akhi ghalib..alhamdulillah anda dapat buku yang diminta..insya-Allah anda akan saya hubungi dalam masa terdekat.kalau masih tak dapat ,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin dan berikan di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima..

      Delete
  2. nak ideal muslimah. MJ

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum pena maya. Saya berminat nak dapatkan buku HAMKA. Buku-buku HAMKA sangat sukar untuk didapati. Kupasan hamka dalam bukunya Sejarah Islam amat membuka mata saya. Justeru itu saya nak kumpulkan buku-buku hamka sebanyak mana yg boleh sebagai warisan kepada anak2 nanti(dan masyarakat). Boleh hubungi saya melalui anamex87@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam khairul.. tahniah.anda dapat buku.betul,niat yang baik.insya-Allah akan hubungi anda dalam masa terdekat melalui email.jika masih tidak dapat email saya,cek spam box,atau terus contact saya melalui pospenamaya@gmail.com dan di sana nanti berikan nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima..

      Delete
    2. Jazakallahu khairan kathira!

      Delete
  4. Replies
    1. adoihhhhh... hari ni baru perasan... terlepas buku Hamka

      Delete
  5. slm, lewat 1 minit :) tak de rezeki nampaknye hari ni huhu. jazakallah kheir akhi.

    ReplyDelete
  6. salam di mana saya boleh beli buku ini... sbb buku ini sukar dicari

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.tuan boleh hubungi saya melalui email .

      Delete