10.6.13

Internet Yang Memenatkan (Tapi Pencerahan Itu Perlu Diteruskan).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Kebencian

Saya sudah lama tidak menulis.

In fact,saya juga boleh dikatakan jarang online sejak Akhir-Akhir ini.

Twitter,Blog,Tumblr,Insta etc - semua jarang saya update buat beberapa ketika.

Seolah ada satu kebencian terhadap Internet sedang melanda diri saya.

Seolah bila hendak menggunakan Internet,saya terasa seperti 'nothing to do here'.

Masakan tidak,saban hari melihat Update dari beberapa Akaun yang saya follow,tapi dalam masa sama,dalam kehidupan Realiti - Para Pemilik kepada Profile-Profile itu memaparkan Peribadi yang sangat berbeza dengan Tweet Islamik mereka.

Kadangkala saya merasakan Internet ini penuh dengan Hipokrasi.

Ada yang mengaku Penyokong Parti Islam - tapi bila Subuh,Solat dilewatkan.Surau jauh sekali dijengah.

Ada yang Tweetnya penuh berpuitis Bahasa Melayu-Arab-Usrah,tapi Solat Jemaah jarang sekali.

Ada yang dalam Internet dipaparkan Imej yang begitu Hensem dan 'Alim',tapi dalam Realiti - PENGOTOR!

Tapi bila ditegur,keangkuhan menguasai diri.

Tertanya saya,apa guna bermasyarakat andai tidak boleh menegur,ditegur dan menerima teguran?

Astaghfirullahalazim.

Semakin lama hidup di 'Hutan Batu' ini,semakin Jiwa saya meronta kadangkala.

*** *** ***

Cuba Untuk Kembali

Sebentar tadi,saya membuka beberapa Laman Berita Online dan membaca beberapa kisah terkini dari Syria.

Hurm.Banyak masalah.

Keadaan Umat Islam semasa ini menyaksikan Para Pemuda perlu bekerja.

Bukan merungut seperti yang saya lakukan.

Bekerja!

Ahhh.

Saya terdiam.

Saya berpendapat,walaupun Internet ini penuh dengan penipuan dan Ajaran yang tidak selari dengan Sunnah (Post-Post Hadis Palsu bersepah etc),saya merasakan perlu untuk saya terus berusaha sedaya upaya menyebarkan kebenaran,melalui kederat dan kudrat kecil ini.

Ayuh sama-sama melangkah!

Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" [Hadis Riwayat Tirmidzi]

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)" [Al-Baqarah : 214]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya yakin ini terjadi kerana kita tidak memahami Islam mengikut Sunnah seperti yang difahami Para Salaf.


1 comment:

  1. kerana itu ada beza antara yang sekadar tahu dengan manusia yang tahu dan faham , kerana bila faham pasti akan di amal.

    dan mungkin terlupa.apa yang ditulis. apa yang diperkata akan dipersoal.

    astaghfirullahalazim.

    wallahualam.

    doakan untuk kebaikan semua. dan usaha sehabis mampu.inshaAllah.

    semoga Allah ampun dan redha.

    btw. well written.keep it up.

    ReplyDelete