11.6.13

Kisah Hajar : Jauh Dari Kitab.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Dua Minggu

Hajar - mungkin ada yang pernah membaca kisahnya di sini beberapa tempoh yang lalu.

Pernah saya coret tentangnya.

Seperti Golongan Muda lain yang 'mencari-cari',Hajar punyai iman yang naik turun.

Minggu ini,Hajar merasa sangat 'hilang'.

Lemas dalam bingit kota.

Berikhtilat sana sini.

Bercubit-cubitan antara lelaki perempuan.

Menonton Siri Korea sehabis-habisnya,dengan harapan dapat memiliki 'Jejaka Sehensem Pelakon Korea'.

"Ah,tapi itu semua bohong" - bentak Hati Kecil Hajar.

"Kenapa aku terjatuh sebegini,mana pergi rasa malu diriku?" - sambungnya.

"...Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu" [Bukhari]

Terngiang-ngiang Sabda Rasulullah SAW itu di dalam benak kepala Hajar.

*** *** ***

Beruzlah,Mengasing,Mencari Punca

Hajar berfikir.

Lama fikirnya.

Fikirnya buntu.

Tidak menemui punca hilangnya sifat malu diri.

Tidak memahami kenapa dirinya 'lemas'.

Lantas dirinya beruzlah,mengasingkan diri sejenak.

Bangkit Hajar pada malam itu.

Bangkitnya itu untuk berzikir,dan berfikir.

Hajar mendapati satu fikir.

"Quran!" - jeritnya,secara lisan.

Ya.

Al-Quran.

Hajar sudah lama tidak membaca Al-Quran.

Apatah lagi untuk mentadabbur maksud Kalam Suci itu.

Lantas dicapai Kitab Peninggalan Arwah Atuknya.

Dibukanya Surah Al-Haqqah.

Tertumpu matanya pada satu ayat.

Ayat yang bermaksud,

"Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi" [Al-Haqqah : 18]

Hajar menangis.

Lantas bersujud.

Syukur.

Dan hiba.

"Perlu aku istiqamah dalam membaca Kitab ini,agar diriku sentiasa 'teringat' dengan Peringatan ini" - monolog Hajar.

*** *** ***

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jauh dari Quran,pantas sekali diri ini bermaksiat.


No comments:

Post a Comment