22.6.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Mei-Jun 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Isu Syiah dan Kejahilan yang melampau yang sedang berlaku dalam Masyarakat kita - fikir saya tidak boleh diselesaikan dengan Sentimen Melaung Semangat Semata.Ianya perlu diperbetul dengan kefahaman sebenar terhadap Islam.Masyarakat perlu segera kembali dididik dengan Akidah sebenar.Ini kerana ramai yang masih 'buta' tentang Konsep Akidah sebenar dalam Islam.Akibatnya,ramai mudah terpedaya.Bagaimana cara untuk mendidik Masyarakat?Melalui Al-Quran.Ramai dari Masyarakat tidak pernah menghayati Terjemahan Al-Quran!

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


8 comments:

  1. Assalammualaikum. Alhamdulillah dan tahniah diatas usaha murni pihak tuan. Saya berminat dan memerlukan Al-Quran terjemahan ini untuk dihadiahkan kepada adik yang bakal menyambung pengajian di IPTS awal bln 9 nanti. Dengan nashkah terjemahan Al-Quran ini dapat la adik sy membawa Al-Quran utk pergi ke mana sahaja.Inilah salah satu cara untuk saya didik adik saya agar lebih mendalami hal berkiatan agama sendri memandang sekarang ini pelbagai ajaran sesat diluar sana. Lagi pun keluarga saya masih ditahap biasa sahaja fahaman agama. Jdi saya selaku anak yang besar dalam keluarga saya terpanggil untuk mendalami ilmu agama bagi membaiki kekurangan ilmu agama dalam keluarga saya. Untuk saya sendri alhamdulillah saya sudah memiliki Al-Quran terjemahan walaupun terpaksa ambil tempoh yang agak lama kerana kesempitan kewangan untuk digunakan bagi pengajian saya di universiti.Usaha ini saya cuba lakukan agar adik saya tidak menjadi seperti saya yg baru-baru berjinak untuk mendalami maksud intisari Al-Quran dikala usia saya memasuki 23 tahun selepas pelbagai ujian yang Allah berikan kepada saya untuk menyedarkan dri saya.. Sekian terima kasih.

    saya boleh dihubungi melalui email: nurrul0501@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.alhamdulillah anda dapat quran yang diminta.masya-Allah .niat yang sangat baik! beginilah yang sepatutnya anak2 sulung dalam setiap keluarga lakukan.insya-Allah saya telah hubungi anda di email melalui email saya.kalau masih tak dapat email saya,cek spambox,atau hubungi terus saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima... assalamualaikum.

      Delete
  2. kepada anda-anda yang lain,masih ada 4 quran untuk dimiliki!

    ReplyDelete
  3. asslammualaikum saudara yang dirahmati allah swt.daripada apa yang saya baca,saya berminat untuk memberi senaskah al-quran kepada adik saya yang berada di malaysia ketika ini. saya harapkan dengan dengan pemberian al-quran ini,dia akan lebih mendekati al-quran ini.pada masa yang sama,saya doakan usaha murni saudari ini akan lebih dan berkekalan sasmpai bila-bila..amin.

    hubungi saya di:
    m.amirulazmeer@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.alhamdulillah anda dapat quran yang diminta.insya-Allah saya akan hubungi anda di email. kalau masih tak dapat email saya,hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    saya amat berminat untuk mendapatkan beberapa naskhah al-Quran terjemahan bahasa Melayu ini utk projek Street Da'wah anjuran Kelab PERKIM UUM yg akan dilaksanakan pd bulan oktober/november ini di kampus UUM Sintok.
    Setakat ini, kami berupaya mendapatkan bhn2 dakwah Islam dlm bhs Inggeris dan Mandarin, namun, sukar utk mendapatkan bhn dakwah dlm bhs Melayu.
    Jadi, sy amat berharap sekiranya pihak Pena Maya Enterprise boleh menyumbang beberapa naskhah al-Quran utk diedarkan kpd non-Muslim, terutamanya yg kurang memahami bhs Inggeris dan bhs Mandarin.

    Boleh hubungi saya di Facebook (https://www.facebook.com/noble.fiq)
    atau email, fikryff@gmail.com

    Berikut adalah foto2 street da'wah UUM yg dilaksanakan pd tahun lepas;
    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3203566124664.2122701.1131432050&type=3
    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3699718088153.2135178.1131432050&type=3

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ..masya-Allah.. boleh akhi!niat yang sangat baik.walaupun saya mengatakan yang satu quran untuk satu penerima.tapi untuk kes ini,atas pertimbangan yang serius,saya bersetuju memberi baki 3 lagi quran kepada Pihak PERKIM UUM. insya-Allah ana akan hubungi enta dalam masa beberapa minit lagi.dann kita akan berbincang dengan lebih lanjut di sana..

      jadi kepada anda2 yang lain,oleh kerana saya sudah beri 3 lagi al quran kepada saudara fiq ,saya dengan ini menutup giveaway untuk bulan ini.

      Delete