24.6.13

Permohonan Sumbangan Dana Untuk Projek 'Edaran Terjemahan Al-Quran BM/BI Percuma Ramadhan' 2013.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Summer


Kutipan Dana

Insya-Allah,saya akan pulang ke Tanah Air untuk Cuti Musim Panas Terakhir saya pada Minggu Hadapan.

Seperti Tahun Lepas - di mana ketika berada di Malaysia saya banyak menghabiskan masa cuti untuk menimba Ilmu Kehidupan - Tahun ini juga begitu - saya akan meneruskan rutin yang sama insya-Allah.

Dan seperti Tahun Lepas juga di mana saya menjalankan Projek EDARAN AL-QURAN Ramadhan secara besar-besaran,insya-Allah Projek yang sama akan diteruskan pada Tahun ini.

*** *** ***

Tahun Lepas

Lebih dari 20 Naskhah Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu (dan Bahasa Inggeris - bergantung pada Permintaan) telah diedarkan oleh Pena Maya Enterprise semasa Ramadhan Tahun Lepas.

Oleh kerana Ramadhan pada Tahun ini agak awal bermula,saya yakin,insya-Allah Projek ini boleh dijalankan dengan Skala lebih besar.

Lebih-lebih lagi kerana terdapat Permintaan yang agak besar - di mana yang terbaru Pihak PERKIM UUM melalui Fakry juga me-request beberapa Naskhah untuk digunakan dalam Projek Street Dakwah mereka yang akan datang.

Jadi,tanpa mengambil kira Dana yang bakal diguna untuk Edaran Buku Islamik Percuma Bulanan lagi,saya merasakan Jumlah Dana yang akan diperlukan untuk menjayakan Projek Ramadhan kali ini agak besar.

Mengikut Perangkaan Projek Tahun Lepas,untuk Penghantaran dan Pembelian Satu Naskhah Terjemahan Al-Quran di Yayasan Restu,kosnya lebih kurang RM 65 satu Naskhah.

Jika 20 Naskhah?Lebih kurang RM 1300.

Itu Anggaran Kasar.Saya sudah tidak pulang ke Malaysia sudah setahun.Oleh kerana itu saya tidak tahu berapakah Harga Pasaran sekarang.


Naskhah Yang Dibeli Dan Telah Diedar Pada Tahun Lepas

*** *** ***

Long Story Short

Ringkasnya,Tujuan Artikel ini ditulis untuk memohon Sumbangan Dana untuk digunakan dalam Projek Edaran Al-Quran dan Buku Islamik sepanjang keberadaan saya di Malaysia.

Ini kerana apabila berada di Malaysia - saya akan lebih senang untuk mendapatkan Buku dan Al-Quran dari Pengedar itu sendiri.Oleh sebab itu,saya ingin guna kesempatan singkat ini untuk Edar seberapa banyak Naskhah yang saya mampu.

Anda ingin menyumbang?Ini Maklumat Akaun CIMB Pena Maya Enterprise :

Nama Akaun CIMB : Pena Maya Enterprise
Nombor Akaun CIMB : 06080000393108
E-Mail Pena Maya Enterprise : pospenamaya@gmail.com


*** *** ***

Meragui?

Jika Anda berminat untuk menyumbang Dana,tapi masih ragu-ragu atas kesahihan Projek ini,boleh rujuk Link-Link di Bawah :

Projek Edaran Ramadhan 2012 Fasa Pertama (10 Naskhah Diedar)
Projek Edaran Ramadhan 2012 Fasa Kedua (10 Naskhah Diedar)
Permohonan Dana Untuk Projek 2012 (Pencapaian Projek Setakat Jun 2012)

Dan Rujuk juga Arkib Blog Pena Maya untuk melihat Giveaway Bulanan yang dijalankan Pena Maya Enterprise setiap bulan.

KESEMUA GIVEAWAY INI MENGGUNAKAN DANA ORANG RAMAI.

*** *** ***

Semoga Diredhai

Itu sahaja dari Pihak Pena Maya.

Semoga semua yang terlibat dalam menjayakan Projek ini diredhai Allah SWT.

Apa-apa maklumat saya akan maklumkan dari masa ke semasa.

Semoga dengan Derma Anda,Quran yang akan diberi nanti akan membuka 'Pintu' kepada mereka-mereka yang sedang 'mencari kebenaran'.

Dan sekali lagi saya ulang,keberjayaan Projek ini bergantung pada Sumbangan Dana Anda semua juga insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Apa-apa Maklumat,ajukan di bahagian komen atau pospenamaya@gmail.com.


Menyebar Kitab Suci Kepada Khalayak

No comments:

Post a Comment