23.7.13

Siri Mutiara X : Lima Perkara Bermanfaat Semasa Berpuasa Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Kongsi

Saya mahu keluar petang sedikit nanti.Jadi,sebelum itu,sementara ada masa lapang ini,saya ingin berkongsikan beberapa perkara bermanfaat yang kita semua sama-sama boleh lakukan sepanjang tempoh berpuasa di Bulan Ramadhan ini.

Semua yang bakal saya kongsikan ini sebenarnya tipikal sahaja.

Tapi insya-Allah ada manfaat bagi yang mahu mengambil manfaat.

1) Membaca Quran

Kadangkala dengan kewujudan Media Sosial yang terlalu berleluasa,kita lebih banyak menerima Input Ringan dari Input Berat.Jadi,dalam tempoh Ramadhan ini,luangkan sedikit masa kita untuk membaca Al-Quran dan memahami maksud ayat yang kita baca itu.Banyakkan latih diri kita untuk hadir dalam Majlis Ilmu.Agar jika ada soalan dalam Isu Agama,kita boleh terus bertanyakan kepada Para Ustaz yang memberikan Tazkirah/Ceramah.

2) Jaga Mata

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan" [An-Nuur : 30]

Saya dapati,sejak beberapa tahun kebelakangan ini,Gaya Pemakaian Para Gadis kita - terutamanya yang masih bersekolah/belajar sangat 'terdedah'.Kadangkala mengalahkan Orang Barat!Jadi,semasa kita berpuasa,elakkan dari memandang yang haram - seperti contoh tatkala pergi ke Bazar Ramadhan.Kalau boleh,tidak perlu terlalu lama berada di Bazar jika tiada apa yang hendak dibeli.Ini kerana,sedikit sebanyak pasti kita akan tertengok perkara yang dilarang.Terutamanya Golongan Muda yang belum berkahwin.Jangan rasa 'strong' sangat.Rugi pahala puasa.

Dan kepada Para Gadis,dan Para Ibu Bapa - sama-sama jaga pemakaian kita dan Anak-Anak kita.Didik mereka dengan rasa malu.



3) Berkata Baik Atau Diam

Dari Abu Hurairah RA,sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam..." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kadangkala terlalu banyak berkata-kata pun boleh membawa kesilapan.Bak kata Orang-Orang Tua,"banyak berkata,banyaklah salahnya".

Jadi,untuk mengelakkan kita dari membazir Pahala Puasa kita,dan untuk mengelakkan kita dari tanpa sengaja ter-mengumpat,ter-kutuk,ter-sakitkan hati Ibu Bapa kita misalnya,sama-samalah kita amalkan perkara ini,iaitu berkata baik,atau diam.

4) Banyakkan Berdoa

Sabda Rasulullah SAW : "Tiga doa yang sangat mustajab,doa orang yang puasa,doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - [Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi]

Yang ini,saya rasa semua sudah faham.Banyakkan berdoa.Untuk kebahagiaan kita di Dunia dan Akhirat.

5) Meninggalkan Apa Yang Tidak Bermanfaat Baginya

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda : "Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya" [Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian]

Dalam Zaman di mana terlalu banyak Info kita boleh dapat dalam seharian ini,latih diri kita dalam Bulan Ramadhan agar meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat bagi diri kita.

Atau dalam kata lain,elakkan dari terlalu meneliti kehidupan orang lain - kerana sikap terlalu mengambil tahu perkara yang tidak sepatutnya kita tahu ini akan hanya membawa kepada mengumpat,dan sebagainya.

Sebaliknya,banyakkan menilai diri kita,dan tanyakan diri - "Apa yang aku sudah buat sepanjang Ramadhan ini?Apakah aku sudah rebut peluang yang dikurnia Allah SWT?".

Itu sahaja rasanya perkongsian yang saya dapat titipkan kali ini - terutamanya untuk diri sendiri,agar di masa hadapan dapat saya rujuk semula andai saya terleka.

Sebagai penutup,saya kongsikan satu gambar yang saya ambil dari Instagram saya.



kadang-kadang saya tertanya,berapa juta kucingkah yang sedang tidur saat ini di seluruh dunia?soalan tambahan muncul saat menaip ini : berapa juta pula manusia yang mensiakan peluang ‘bonus’ yang ada di bulan ramadhan ini?

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment