11.7.13

Edaran 10 Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Sempena Ramadhan 2013 (Fasa I).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Pengenalan Projek

Untuk memudahkan Urusan kita semua - Artikel ini akan ditulis pendek bagi menarik penyertaan Golongan Sasaran.

Projek ini bertujuan untuk mengedarkan seberapa banyak Terjemahan Al-Quran secara PERCUMA bagi mereka-mereka yang 'sedang mencari' Hidayah dan Petunjuk di luar sana.

Seperti Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah,Ayat Kedua : "...Ia (Al-Quran) pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa".

Jadi,jika kita mahu mencari kebenaran,jawapannya sudah tentu ada pada Al-Quran,bukan?

*** *** ***

Siapa Boleh Sertai?

Penerima boleh mendapatkan Al-Quran ini untuk diri sendiri - atau boleh juga hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Kawan-Kawan Muslim Yang Sedang Merubah Diri Atau Non-Muslim Atau sesiapa sahaja yang dirasakan bakal memanfaat Terjemahan Al-Quran ini.

Berapa Naskhah Untuk Seorang Penerima?

Hanya Satu Naskhah Terjemahan diedarkan kepada setiap Seorang Penerima.

Naskhah Terjemahan Bagaimana Yang Diedarkan?


Terjemahan Yang Bakal Diedar

Ada Dua Jenis.Satu jenis dengan Terjemahan Melayu,satu lagi jenis dengan terjemahan Inggeris.Tapi hanya ada Dua Naskhah Terjemahan Inggeris dan Lapan Naskhah Terjemahan Melayu (keseluruhannya Sepuluh).Jadi,jika mahu Naskhah Inggeris,sertai segera - kerana bilangannya terhad dan sukar didapati di Kedai Luar sana.Naskhah merupakan Terbitan Yayasan Restu.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu dan Inggeris,yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu dan Inggeris).

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen menyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan Anda samada Muslim atau Non-Muslim yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).Dan jangan lupa,tuliskan sekali Naskhah Bahasa apa yang Anda mahukan.Ingat,hanya ada Dua Naskhah Bahasa Inggeris!

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.Harapan saya : Para Penerima dapat respon dengan segera selepas dihubungi saya.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Sepuluh Komen Pertama yang dipublish saya akan menerima Naskhah Terjemahan Al-Quran yang diminta.

Kenapa Perlu Dapatkan Terjemahan Ini?

Sebab Bahasanya senang difahami.Sukar didapati di luar sana.Tulisannya besar.Orang yang sudah berusia tentu sukakannya!Lagipun Masyarakat kita ini kebanyakannya membaca Al-Quran tanpa memahami.Alangkah elok jika Al-Quran itu difahami,kan?

Bagaimana Jika Naskhah Bahasa Pilihan Anda Habis?

Anda ada Dua Pilihan.Samada untuk tunggu dahulu sementara saya dapatkan Stok Baru,atau Anda boleh bersetuju untuk menerima Naskhah Bahasa lain yang tinggal.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


29 comments:

  1. Assalamualaikum, saya tidak percaya kepada kebetulan, dan peluang ini datang dalam masa yang sama saya sedang mencari terjemahan al-quran yang mudah difahami dan menepati makna untuk diri dan keluarga saya. Jika ini adalah sesuatu yang tertulis kepada saya, maka saya sangat berbesar hati jika diberi peluang untuk mendapatkan naskah berbahasa inggeris.

    Tuan boleh menghubungi saya di akmalacik@gmail.com

    Terima kasih dan jazakallah khairan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudara.ya betul,memang tiada kebetulan dalam dunia ini.

      alhamdulillah segala puji bagi Allah anda telah mendapat quran terjemahan english ini.saya akan hubungi anda dalam masa terdekat di email.kalau masih tak dapat email saya,tolong hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima . insya-Allah.

      Delete
  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sebelum ini saya ada menyertai Projek Al-Quran, alhamdulillah Al-Quran itu amat berguna dan berjasa kepada saya.
    Kali ini saya ingin mencuba untuk menghadiahkan Al-Quran ini inshaAllah, kepada ibu saya. Mungkin gaya bahasa terjemahan Melayu ini lebih mudah difahami oleh beliau(dan tulisan yang besar).
    Jazakallah khair. Taqabbalallahu minna wa minkum.

    mustardline.(at)(yahoo)(com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudara.oh ya ke?okay insya-Allah semoga ibu saudara memanfaatkannya pula.yang penting maklumkan kepadanya kepentingan 'terjemahan' ini.agar beliau sama2 membaca terjemahan itu sekali..

      alhamdulillah segala puji bagi Allah anda telah mendapat quran terjemahan melayu ini.saya akan hubungi anda dalam masa terdekat di email.kalau masih tak dapat email saya,tolong hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima . insya-Allah.

      Delete
  3. kepada yang lain - masih ada lagi 1 naskhah english,dan 7 lagi naskhah melayu untuk diedar.dapatkan segera! peluang beramal dengan menghadiahkan quran kepada yang 'mencari' ..atau mungkin kawan2 non muslim kita!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum w.b.t. Saya berminat untuk menghadiahkan kepada ibu saya sebab ibu saya ada menyatakan bahawa beliau inginkan satu quran terjemah. Tapi, beliau mahukan perkataan yang besar untuk memudahkan beliau membaca. Since pihak Pena Maya ada menawarkan peluang ini, saya ingin mencuba untuk dapatkan buat ibu saya. Saya berminat dalam bahasa melayu. tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudari. okay insya-Allah semoga ibu anda memanfaatkannya pula.yang penting maklumkan kepadanya kepentingan 'terjemahan' ini.agar beliau sama2 membaca terjemahan itu sekali..

      alhamdulillah segala puji bagi Allah anda telah mendapat quran terjemahan melayu ini.saya hendak hubungi anda.tapi anda tidak tinggalkan sebarang cara untuk contact .so saya tak dapat nak contact anda.. .so kalau anda baca komen ini sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yang anda ini Nur 1004 PM dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima..

      Delete
  5. Assalamualaikum, syukur ke hadrat Allah SWT memberi petunjuk kepada kita, bertuah saya andai dapat memiliki salah satu naskah terjemahan Al-Quran tersebut. Saya seorang pelajar yang sedang mendalami ilmu agama. Semoga tafsir ini terus menambah semangat saya untuk mempelajari. Terima Kasih kepada para penderma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Anon 1007.. alhamdulillah anda dapat quran ini,tapi bagaimana ye saya boleh hubungi anda? dan anda mahu naskhah bahasa apa ya? kalau anda baca mesej ini,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dengan segera dan maklumkan saya nama penerima ,nombor telefon penerima,dan alamat penerima.dan maklumkan sekali nak quran bahasa apa...

      Delete
  6. Ada lagi 1 Quran Bahasa Inggeris dan 5 Quran Bahasa Melayu .. JIKA ANDA MAHU KOMEN ,TOLONG BERIKAN SAYA CARA UNTUK HUBUNGI ANDA,at least email.INI UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN KITA SEMUA :) .. dan nyatakan mahu quran bahasa apa.

    ReplyDelete
  7. salam alaik, saya ingin hadiahkan Quran tersebut untuk ayahanda tercinta , terjemahan bahasa Melayu. email : miss.anis008@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam insya-Allah saya akan hubungi anda di email dalam masa terdekat. jika masih belum dapat email saya tolong hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima...

      Delete
  8. sudah saya hantar di email saudara.iaitu email saya adalah faridfet@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara ada komen ke kat atas ni? dan yang ini ke email saudara?

      "Assalamualaikum, nama saya Farid Din dan saya sangat berminat untuk mendapatkan naskah terjermahan bahasa melayu secara percuma itu, ini kerana saya tahu membaca alquran tetapi tidak tahu akan makna tersebut. dengan adanya penterjermahan bahasa melayu ini, sedikit sebanyak saya dapat tahu apa kah makna bagi ayat alquran yang saya baca ini."

      Delete
  9. ada lagi 3 al-quran bahasa melayu,dan 1 lagi quran bahasa inggeris.dapatkan segera!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. alhamdulillah saya ternampak post ini sebab kawan saya post. sebenarnya saya sudah mempunyai senaskhah terjemahan untuk diri saya sendiri. namun saya mempunyai harapan untuk menghadiahkan tafsir al-quran bahasa melayu untuk sahabat baik saya yang dalam proses berubah menjadi lebih baik. besar harapan saya untuk menghadiahkan kepadanya,insyaAllah.

    Jazakallah khair. Taqabbalallahu minna wa minkum.

    anda boleh menghubungi saya di

    adeeyna_91@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam insya-Allah saya akan hubungi anda di email dalam masa terdekat. jika masih belum dapat email saya tolong hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima...

      Delete
  11. salam, saya teringin untuk memiliki senaskah tafsir al quran berbahasa melayu untuk digunakan oleh keluarga. email: etieaziz@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam insya-Allah saya akan hubungi anda di email dalam masa terdekat. jika masih belum dapat email saya tolong hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima...

      Delete
  12. salam,

    saya berminat untuk mendapatkan al quran terjemahan supaya saya dapat memahami lebih lagi tentang al quran dan semoga saya mampu menambahkan ilmu tentang islam agar saya tidak sesat serta boleh berkongsi ilmu ini bersama2 kawan2 saya. saya amat memerlukan al quran terjemahan melayu agar mudah difahami,sekian.

    salam ramadhan semua....
    pypazib_124@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam insya-Allah saya akan hubungi anda di email dalam masa terdekat. jika masih belum dapat email saya tolong hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima...

      Delete
  13. salam.saya berhajat kpd al-quran ini krn sy igin mghadiahkannya kpd sseorang yg sgt sy sayang.ttp dia sudah mjauh dr agama. moga dgn kbrkatan al-quran ini,dia akn mrasakan Allah itu sgt dekat dlm hidupnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.saya sudah dapat comment anda tadi.tapi saya tak publishkan lagi.sebab quran melayu dah abis stock.tinggal quran english je 1..anda nak tak english punya? kalau taknak,saya boleh carikan quran melayu.tapi lambat sikit ..sebab kena beli baru..

      Delete
  14. ada satu sahaja lagi naskhah terjemahan english yang tinggal.yang melayu semua sudah habis.jika anda mahu ,dapatkan segera.hadiahkan pada kawan2 non muslim!

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..

    Saya dah lama mencari Quran bersama terjemahan English. Kawan saya dari negara China, pernah nyatakan hasrat untuk kenal Islam. Tapi saya tak dapat nak explain sgt kerana x mahir menerangkan secara mendalam. Tapi dah berusaha sedaya upaya utk explain sebaik mungkin.

    Dia kini dalam proses mencari agama yg benar. Dia seorang Buddhist..dan sedang membaca Bible. Saya tgh mencari Quran dalam terjemahan English untuknya. Harapan saya supaya dia nampak kebenaran selepas membaca kitab agama lain dan Quran. Dia seorang ibu yg mempunyai seorang anak lelaki. Dia agak rapat dgn saya. Saya harap saya dapat guna kesempatan ini utk menunjukkan jalan..dan semoga Allah berikannya hidayah melalui jalan ini.Saya ada contact ikut email dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam. okay email diterima.saya akan balas dalam masa terdekat.

      Delete
  16. OKAY KEPADA SEMUA YANG LAIN - PENYERTAAN DITUTUP! JIKA MAHU QURAN,TUNGGU FASA II YANG AKAN DIADAKAN INSYA-ALLAH NEXT WEEK.DOAKAN SEMOGA DIPERMUDAH.KEPADA YANG DAPAT QURAN,SEMOGA DIMANFAAT! PENYERTAAN DITUTUP OKAY!

    ReplyDelete
  17. Salam, maaf mencelah boleh tahu bila fasa ke2?:)

    ReplyDelete