18.7.13

Edaran 10 Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Sempena Ramadhan 2013 (Fasa II).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.

Bismillahirrahmanirrahim.


*** *** ***

Kita dan Al-Quran

55 Tahun Merdeka,masih ramai dalam kalangan masyarakat,baik Muslim mahupun Non-Muslim yang tidak memahami mesej sebenar Islam.

Lebih parah,sejak akhir-akhir ini,banyak pula yang memanipulasi kejahilan masyarakat dengan menjual pelbagai perkara bernamakan 'Agama'.

Atas kesedaran ini,Projek ini dijalankan.Supaya manusia tahu,yang Al-Quran itu bukan sesuatu yang diguna sebagai 'magis mantera sihir Pelaris',sebaliknya perlu diguna sebagai 'Kitab Panduan Kehidupan'.



*** *** ***

Pengenalan Projek

Untuk memudahkan Urusan kita semua - Artikel ini akan ditulis pendek bagi menarik penyertaan Golongan Sasaran.

Projek ini bertujuan untuk mengedarkan seberapa banyak Terjemahan Al-Quran secara PERCUMA bagi mereka-mereka yang 'sedang mencari' Hidayah dan Petunjuk di luar sana.

Seperti Firman Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah,Ayat Kedua : "...Ia (Al-Quran) pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa".

Jadi,jika kita mahu mencari kebenaran,jawapannya sudah tentu ada pada Al-Quran,bukan?

*** *** ***

Siapa Boleh Sertai?

Penerima boleh mendapatkan Al-Quran ini untuk diri sendiri - atau boleh juga hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Kawan-Kawan Muslim Yang Sedang Merubah Diri Atau Non-Muslim Atau sesiapa sahaja yang dirasakan bakal memanfaat Terjemahan Al-Quran ini.

Berapa Naskhah Untuk Seorang Penerima?

Hanya Satu Naskhah Terjemahan diedarkan kepada setiap Seorang Penerima.

Naskhah Terjemahan Bagaimana Yang Diedarkan?


Terjemahan Yang Bakal Diedar

Ada Dua Jenis.Satu jenis dengan Terjemahan Melayu,satu lagi jenis dengan terjemahan Inggeris.Tapi hanya ada Dua Naskhah Terjemahan Inggeris dan Lapan Naskhah Terjemahan Melayu (keseluruhannya Sepuluh).Jadi,jika mahu Naskhah Inggeris,sertai segera - kerana bilangannya terhad dan sukar didapati di Kedai Luar sana.Naskhah merupakan Terbitan Yayasan Restu.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu dan Inggeris,yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu dan Inggeris).

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen menyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan Anda samada Muslim atau Non-Muslim yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).Dan jangan lupa,tuliskan sekali Naskhah Bahasa apa yang Anda mahukan.Ingat,hanya ada Dua Naskhah Bahasa Inggeris!

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.Harapan saya : Para Penerima dapat respon dengan segera selepas dihubungi saya.

HANYA MEREKA YANG MENYERTAI MENGIKUT PROSEDUR AKAN MENDAPAT AL-QURAN.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Sepuluh Komen Pertama yang dipublish saya akan menerima Naskhah Terjemahan Al-Quran yang diminta.

Kenapa Perlu Dapatkan Terjemahan Ini?

Sebab Bahasanya senang difahami.Sukar didapati di luar sana.Tulisannya besar.Orang yang sudah berusia tentu sukakannya!Lagipun Masyarakat kita ini kebanyakannya membaca Al-Quran tanpa memahami.Alangkah elok jika Al-Quran itu difahami,kan?

Bagaimana Jika Naskhah Bahasa Pilihan Anda Habis?

Anda ada Dua Pilihan.Samada untuk tunggu dahulu sementara saya dapatkan Stok Baru,atau Anda boleh bersetuju untuk menerima Naskhah Bahasa lain yang tinggal.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


32 comments:

  1. saya berminat...saya ingin memahami dan mendalami alquran bukan sahaja dari segi terjemahannya malah maksudnya samada tersirat ataupun tersurat.saya ingin dapatkan utk diri saya dan bila sudah difahami akan diberikan pada surau tempat saya.sila hubungi saya di nasa_01_03@hotmail.com.terjemahan bahasa melayu.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt saudara.. alhamdulillah dengan izin Allah SWT anda dapat quran yang diminta.. insya-Allah saya akan hubungi anda email pospenamaya@gmail.com dan di sana nanti saya akan minta nama penerima,alamat penerima dan nombor tel penerima.. kalau tak dapat email tu,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.

      by the way,tak perlu waqaf surau tempat saudara takpe.. gunakan al-quran itu sampai bile2..quran ni kita kena baca faham dan ulang insya-Allah sampai akhir nyawa..untuk surau saudara,boleh request baru insya-Allah di masa hadapan di blog ini..

      Delete
  2. Assalamualaikum admin, saya nak terjemahan al-Quran dalam Bahasa Melayu untuk diberikan kepada saudara baru (bangsa Iban dari Kuching, Sarawak). Boleh hubungi saya melalui email saya: amazhan@ymail.com. Moga usaha admin mendapat keredhaan dan ganjaran pahala dari Allah SWT.. Jazakallahu khairan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt saudara.. alhamdulillah dengan izin Allah SWT anda dapat quran yang diminta.. insya-Allah saya akan hubungi anda email pospenamaya@gmail.com dan di sana nanti saya akan minta nama penerima,alamat penerima dan nombor tel penerima.. kalau tak dapat email tu,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.

      by the way,niat yang sangat baik! semoga diredhai!

      Delete
  3. Assalamualaikum Saudara Umar. Saya ingin dptkn satu naskah utk diri sendiri. Jk dizinkan, saya ingin dptkn satu lg naskah utk seorg sahabat yg mengalami kemurungan krn telah 2kali kemalangan & tidak boleh berjln. Kedua2 bahasa Melayu. Hubungi saya di zanariyaha@yahoo.com. Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..sebenarnya saya hanya bagi 1..tapi untuk kes anda.saya akan bagi dua.tapi 1 sahaja naskhah versi yayasan restu.. yang satu lagi saya akan berikan naskhah edisi pustaka hidayah.insya-Allah kedua2nya bagus...

      by the way,.. alhamdulillah dengan izin Allah SWT anda dapat quran yang diminta.. insya-Allah saya akan hubungi anda email pospenamaya@gmail.com dan di sana nanti saya akan minta nama penerima,alamat penerima dan nombor tel penerima.. kalau tak dapat email tu,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.

      Delete
  4. Assalamualaikum, bolehkah saya mendapatkan al-Quran utk diedarkan kepada not yet Muslim dalam program Street Da'wah yang akan dianjurkan di universiti saya tidak lama lagi? Boleh hubungi saya melalui email, sharing.islam.team@gmail.com atau Facebook, https://www.facebook.com/noble.fiq
    Jazakallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam akhi fiq perkim uum.. insya-Allah boleh..anda nak bahasa apa ye?dan berapa?

      by the way,.. alhamdulillah dengan izin Allah SWT anda dapat quran yang diminta.. insya-Allah saya akan hubungi anda email pospenamaya@gmail.com dan di sana nanti saya akan minta nama penerima,alamat penerima dan nombor tel penerima.. kalau tak dapat email tu,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.

      Delete
  5. ada lagi enam naskhah !! rebut peluang ini ! (empat bahasa melayu,2 bahasa inggeris)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Bolehkah saya dapatkan Al-Quran ini dalam bahasa Melayu? Kalau dapat, saya ingin beri kepada ibu saya. Bila baca ada state mengenai tulisan yang besar, sesuailah dengan keperluan ibu saya sekarang ini yang hadapi masalah sukar melihat huruf kecil. Andai saya dapat, boleh hubungi saya di alamat email ainim86@gmail.com atau boleh komen dimana-mana entri blog saya http://ainimrashihah.blogspot.com/.

    Terima kasih.
    As salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam insya-Allah boleh..

      by the way,.. alhamdulillah dengan izin Allah SWT anda dapat quran yang diminta.. insya-Allah saya akan hubungi anda email pospenamaya@gmail.com dan di sana nanti saya akan minta nama penerima,alamat penerima dan nombor tel penerima.. kalau tak dapat email tu,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com sesegera mungkin.

      Delete
  7. ada lagi lima naskhah !! rebut peluang ini ! (tiga bahasa melayu,2 bahasa inggeris)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum. Saya nak Quran terjemahan in English sebab saya memang takde langsung Quran terjemahan kat rumah ni. Saya sangat sangat perlukan. Daripada last week edisi saya tunggu tak dapat. Lagipun saya memang tak boleh baca Quran yang tulisan kecil sebab tak nampak. Harap sangat dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam insya-Allah boleh..last time tak join ke? saya nak hubungi anda di email,tapi tak tau email.nak hubungi ikut blog.anda takde blog..so tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan nyatakan anda ini hanisamani dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.. SESEGERA MUNGKIN..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. ada lagi empat naskhah !! rebut peluang ini ! (tiga bahasa melayu,1 bahasa inggeris)

    ReplyDelete
  10. Assalamuallaikum. Saya terlalu ingin kan alquran ini agar saya lebih mengamalkannya disamping dengan itu saya dapat memahami maksud yang tersirat disebalik sebutan ayat-ayatnya yang indah. Sesetengah orang suka membaca alquran akan tetapi sayangnya tidak mengetahui maksud disebalik ayat-ayat suci tersebut didalam bahasa ibunda. Moga alquran ini dapat menjadi milik saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam insya-Allah boleh..

      tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombr telefon penerima dan quran bahasa apa yang diminta.. dan tolong state yang anda ini cikanon dan anda ini pena menari. tq.

      Delete
  11. okay saya mahu tidur dahulu.sahur nanti saya cek lagi kalau ada yang baru join..ADA LAGI EMPAT NASKHAH TINGGAL.3 BM,1 BI. so jangan lepaskan peluang.JOIN! esok sahur saya cek komen2 para peserta insyaAllah.assalamualaikum

    ReplyDelete
  12. ADA LAGI TIGA NASKHAH TINGGAL.2 BM,1 BI

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum. saya nak terjemahan english. dah lame nak dan cari. tapi takde rezeki lagi utk milikinya. saya perlukan utk diri sendiri. utk diri yg nak dapatkan ketenangan dgn bace al-quran, insyaallah. moga kali ni ada rezeki saye utk dapat quran terjemahan english ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam insya-Allah boleh..hubungi saya di pospenamaya@gmail.com SECEPAT MUNGKIN dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor tel penerima...

      Delete
    2. anon,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan statekan yang anda ini anon 0145 english.

      Delete
  14. Assalamualaikum, saya ingin dapat kan senaskah untuk dihadiahkan kepada sahabat saya yang ingin berhijrah sebab dirumahnya tidak mempunyai alQuran terjemahan. Ingin mendapatkan dalam bahasa melayu. Boleh hubungi saya di twitter saya @nsyuhadasalim

    ReplyDelete
  15. oh ni email saye, bintu_sisma@yahoo.com
    terima kasih. moga allah redha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap,anda ini yang nak quran english kat atas tu ke?tolong email saya ..

      Delete
  16. Assalamualaikum. Kalau boleh saya nak dalam Bahasa Inggeris. Al Quran ni untuk diri saya sendiri. Selama ni saya baca Al Quran tanpa mengetahui makna ayat tersebut :'( Boleh hubungi saya di leenazman@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.quran english abis.melayu je tggl.boleh? Kalau nak sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan di sana nanti berikan saya nama penerima alamat penerima dan nmbor tepon penerima.

      Delete
  17. ada satu je lagi naskhah quran melayu.

    ReplyDelete
  18. Saya dah balas mail. Kenapa tak balas lagi? T_T

    ReplyDelete
  19. Okay penyertaan ditutup! Yang xdpt jangan sedih.boleh join next month kalau kita semua masih hdup.

    ReplyDelete