24.7.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Julai 2013).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,Tiga Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik Ringan kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam/memberi kefahaman asas kepada mereka tentang Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam/Non-Muslim yang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,bersempena dengan Ramadhan yang sedang kita lalui,Tiga Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Tiga orang Pembaca,insya-Allah.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,berikan pendapat Anda terhadap Soalan ini - "Kongsikan Pengalaman Ramadhan Anda dan Harapan Anda dengan baki Ramadhan yang masih ada".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Tiga Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Era Kegemilangan Andalusia : Antara Fakta Dan Iktibar


Penerangan : Buku ini sebenarnya dipromosikan kepada saya (secara tidak langsung) oleh seorang Ustaz yang saya kenal.Buku ini memuatkan Sejarah Andalusia,tapi yang menarik tentang Buku ini adalah Penyampaiannya yang sangat menarik.Ianya bergambar.Tapi,faktanya tidak ringan.Menarik kan?Susah jumpa buku Sejarah yang sebegini.Jadi,pendapat saya,bagi orang-orang Muda,dapatkanlah buku ini.Kerana Sejarah itu hakikatnya amat penting ditauladani.Orang yang tidak memahami Sejarah,cenderung untuk mengulangi sejarah hitam Generasi Terdahulu.

2)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

3) Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Penerangan : Salah satu cara untuk kita mendapat Pengalaman orang yang mengembara - yang sudah semestinya mereka-mereka ini luas Pengalamannya - adalah dengan membaca Penulisan mereka.Diari Musafir ditulis Ustaz Zaharuddin (UZAR) bersempena Pengembaraannya ke Negara-Negara di Seluruh Dunia.Saya masih belum membacanya,tapi masa cuti tempoh hari - sempat belek di Kedai Buku - dan mendapati ianya buku yang bagus untuk dibaca Orang Muda.

4) Formula Solat Sempurna Oleh UZAR


Penerangan : Saya tidak pernah membeli Buku ini.Tapi,buku ini ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - dan Beliau menggunakan Buku ini sebagai Medium Pengajaran Beliau dalam Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.Anda boleh tonton Video rancangan itu di sini.Amat bagus untuk semua Umat Islam untuk kita lebih mendalami kesempurnaan Ibadat Solat kita.Saya sendiri mahu mendapatkannya untuk diri sendiri bila pulang ke Malaysia nanti.Insya-Allah.Kiranya,buku ini saya amat rekomen.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 3 Buku akan diedar kepada 3 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Benar-Benar Mahu Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


7 comments:

  1. Assalamualaikum


    Ya,saya berminat dengan buku ke-3 iaitu Formula Solat Sempurna oleh Dr Zaharuddin.Buku ini saya ingin hadiahkan buat saya sekeluarga.Insyaallah,dengan buku ini dapat membantu saya sekeluarga mendapatkan solat yang sempurna.

    amalan yang ingi saya lakukan ialah saya ingin beriktikaf di masjid. Pengalaman ramadhan yang pertama buat saya pada tahun ini ialah menyambut 1 Ramadhan keseorangan.Ia betul2 menguji kekuatan saya kerana berjauhan daripada keluarga mencari rezeki di utara tanah air.Bersahur dan berbuka keseorangan membuatkan saya bermuhasabah mengenangkan nasib umat-umat Islam di sekeliling kita yang diuji dengan ujian yang lebih berat.

    Harapan saya untuk ramadhan yang berbaki ini ialah agar ALLAh panjangkan umur saya hingga akhir ramadhan ini dan saya dapat berqiamulail hingga akhir ramadhan dan bertemu dengan malam, lailatul qadar.Insyaallah

    Saya boleh dihubungi di noorazlenharon@yahoo.com

    Terima kaSIH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.masyaAllah.memang sengaja saya kemukakan soalan begitu.agar kita sama2 berkongsi dan merefleksi.

      by the way insya-Allah anda akan dihubungi saya dalam masa terdekat kerana anda sudah mendapat buku ini insya-Allah.sila hubungi saya secepat mungkin jika masih belum terima email saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima alamt penerima dan nmbor telefon penerima.insya-Allah.

      Delete
  2. assalamualaikum..

    saya berminat utk dapatkan buku pertama iaitu Era Kegemilangan Andalusia : Antara Fakta Dan Iktibar..buku ini akan dijadikan bahan bacaan di dalam rumah saya dan akan dipinjamkan kepada rakan2 yg berkehendak..

    ramadhan kali ni byk mengajar saya tentang pengurusan masa yg sempurna..di samping kerja saya byk terlibat dengan aktiviti surau dan masyarakat sekitar..seronok bila dapat bersama dgn penduduk sekitar seperti berada d kampung dulu2..tapi bila malam terasa sgt letih smpai nk bgn solat mlm pon payah..

    harapan saya pada baki ramadhan ini ialah agar diberi kekuatan oleh allah swt utk tingkatkan amal ibadat kepada allah..terutama pada 10 mlm terakhir..dan menjadi impian semua umat islam termasuk saya utk bertemu dengan lailatul qadar..insyaallah..

    saya juga berdoa pada allah agar pergolakan d mesir dan syria akan berakhir dengan kemenangan di pihak islam..amin

    tuan boleh hubungi saya di irzan.ashraf@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.masyaAllah.niat yang baik.jika tak silap enta pernah join last session tapi tak berjaya kan?alhamdulillah rezeki enta.

      by the way insya-Allah anda akan dihubungi saya dalam masa terdekat kerana anda sudah mendapat buku ini insya-Allah.sila hubungi saya secepat mungkin jika masih belum terima email saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima alamt penerima dan nmbor telefon penerima.insya-Allah.

      Delete
  3. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku fitnah terhadap sahabat rasulullah saw.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada keluarga saya supaya dapat menambah ilmu tentang islam dengn lebih mendalam.Ramadhan tahun nie alhamdullilah saya berasa gembira kerana dapat berpuasa bersama keluarga,tahun sebelum ini saya berpuasa di moskow dan bukan itu juga,malah beraya juga di moskow berjauhan dari keluarga tercinta.ramadhan kali ini saya rasa agak menggembirakan kerana dapat bersama jemaah yang ramai menunaikan solat sunat tarawikh.semoga ramadhan kali nie bukan ramadhan yang terakhir buat saya insyaallah. (jai rashid)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam jai.haha.. okay.. bagus2.. semoga ramadhan ni kau dan keluarga diredhai.insya-Allah nanti aku contact kau.. btw kalau kau baca ni leh terus email aku ke pospenamaya@gmail.com dan berikan kat sana nanti nama ,telepon and alamat penerima.

      semoga diredhai .

      Delete
  4. KEPADA ANDA YANG LAIN - PENYERTAAN DITUTUP YOSH!NEXT MONTH INSYA-ALLAH BOLEH CUBA.

    ReplyDelete