1.7.13

Siri Mutiara I : Mutiara Usang,Makanan Roh.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Istanbul

11 Jam atau lebih Tempoh Penerbangan dari Istanbul ke Kuala Lumpur memang memenatkan.

Hampir seluruh Penerbangan saya penuhi dengan melelapkan mata.

Tiada lagi rasa teruja untuk terbang seperti ketika muda dahulu.

Ada ketika bangun seketika untuk menikmati makanan yang disediakan Krew Penerbangan,tapi mata terlelap semula apabila tidak ada perkara lain yang boleh dilakukan.

Buku 'What Went Wrong?' yang dibeli ketika Transit di Atatürk Airport tadi tidak dapat dibaca kerana diletakkan dalam Beg.


Dibeli buku itu kerana saya sering berpendapat,buku terbaik tentang Sejarah sesuatu Bangsa itu hanya boleh didapati di Lokasi Bangsa itu bermastautin sahaja.

Dalam kes ini,untuk mendapatkan Buku Sejarah Turki Uthmaniyyah yang bagus - Istanbul sudah tentu merupakan Lokasi Terbaik!

Sekali imbas,beberapa helaian Pertama buku ini menceritakan tentang Parsi.

Kesimpulan awal saya : Syiah menimbulkan masalah sejak dari dahulu.

Buku yang kelihatan neutral penyampaiannya.Tapi Orang Bijak Pandai berkata,"Buku kena habis baca dahulu,baru dapat mesej sebenar".

Jadi,kita tunggu sahaja.

*** *** ***

Hari Pertama

Kedengaran dari jauh Azan Subuh dari Masjid berdekatan.

Ah,sudah lama tidak melalui perkara ini.

Alhamdulillah.

Saya bangun pergi ke Masjid untuk berjemaah Subuh di sana.

Jemaah sudah ramai.

Seorang Pakcik Tua berdiri di sebelah saya.

Imam mengingatkan Jemaah untuk 'melurus dan merapatkan saf'.

Saya merapatkan saf dengan Pakcik Tua.

Pakcik Tua melarikan kaki,menjarakkan diri.

Saya dekati lagi.

Dia melarikan kakinya lagi.

"Ah,apakah ini?"

Saya rapatkan juga kaki saya.

Saya perhatikan,80 Peratus Jemaah yang hadir,tidak merapatkan Saf.

Apakah mereka tidak tahu bahawa merapatkan saf itu salah satu kesempurnaan Solat?

[Bukhari :: Book 1 :: Volume 11 :: Hadith 690]

Narrated Anas bin Malik : The Prophet SAW said, "Straighten your rows as the straightening of rows is essential for a perfect and correct prayer."

Saya pulang dari Masjid dengan berfikir,"Amal tanpa Ilmu kadangkala mungkin membawa binasa.Amal tanpa Ilmu akan membawa kepada Bidaah etc".

*** *** ***

Ketika Mendarat

KLIA kelihatannya sudah Tua.Taman Perumahan tempat saya tinggal kelihatannya sudah Tua.Orang-Orang di sekeliling saya juga semakin Tua.In fact,Para Kucing di keliling rumah saya juga sudah banyak yang tiada.

Saya tidak tahu,apakah dunia ini semakin Tua,atau saya yang sudah Tua?

Saya tidak tahu.

Yang saya tahu,masa semakin laju meninggalkan kita.

Tapi kebanyakan kita masih leka.

Terbaru,rancangan TV yang menyaksikan Orang Tua sudah hampir Penghujung Usia berkaraoke pula muncul.

Semua yang terlibat dalam Produksi itu - saya fikir mereka Melayu.

Ah,fitnah apakah ini?

*** *** ***

Isyak

Semalam,untuk Isyak berjemaah,saya berkeputusan untuk bersolat di Surau yang agak jauh dari rumah.

Kunci motor saya ambil.

Ketika sampai di sana,ada Majlis Ilmu sedang berlangsung.

Kuliah.

Ustaz yang berkenaan sedang memberikan Tazkirah Sebelum Ramadhan.

Antara kata-kata yang menarik,"Kadangkala kita lebih mengutamakan fizikal Rumah,dari kebajikan Penghuni Rumah itu sendiri".

Rumah - merupakan metafora untuk Jasad.Penghuni Rumah merupakan metafora untuk Roh.

Kita sibuk memperhiaskan diri dengan pelbagai jenis Nutrisi,tapi makanan Roh?

Kita abaikan.

Akibatnya kita menjadi manusia yang hidupnya tidak ubah seperti binatang.

Allah!

Sangat terkesan saya mendengarnya.

Surau itu untuk pengetahuan Anda merupakan Surau yang kecil.

Benar kata orang,kadangkala Mutiara Kehidupan itu - tidak memerlukan Bangunan yang besar untuk kita menjumpainya.

Kerana Mutiara Kehidupan itu kadangkala ianya terletak di dalam Bangunan Usang sahaja.

Bangunan Usang yang dilupakan orang,malah yang menyampaikannya pula adalah seorang Tua yang tidak popular.

Tapi percayalah,jika Orang Tua itu ikhlas,Mutiara yang disampaikannya tentulah lebih bernilai berbanding orang yang 'menyampaikan untuk populariti'.

Carilah Mutiara Kehidupan di mana sahaja kita berada.

*** *** ***

Itu sahaja untuk Permulaan Siri Mutiara ini yang akan ditulis sepanjang Percutian Musim Panas saya yang terakhir Tahun ini.

Semoga ada Pengajaran yang bakal didapati.

Pengumuman Tambahan : Sesiapa yang ingin menyumbang Dana untuk Projek Al-Quran Ramadhan ini : Ini Maklumat Akaun CIMB Pena Maya Enterprise :

Nama Akaun CIMB : Pena Maya Enterprise
Nombor Akaun CIMB : 06080000393108
Hubungi pospenamaya@gmail.com
.

Saya memerlukan lebih kurang RM 1000 lagi.Lihat Link ini untuk Maklumat Lanjut.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


Mencari Mutiara

1 comment:

  1. Alhammdulillah Umar. Banyak masjid yg tersergam indah namun sepi dan tiada seri malah ruhnya hilang entah kemana. Betapa amanah telah pecah. Beruntunglah bila dipilih Allah untuk dapat hadir di Masjid & Surau yg hidup majlis ilmunya, malah penyampaian oleh orang alim yg penuh ikhlas, yg ilmunya terkesan dan terpahat padu untuk diamalkan dan sama2 disebarkan pula. Namun jgn putus harap pada hidayah yg memang milik mutlak Allah itu.

    ReplyDelete