3.7.13

Siri Mutiara II : Tabarruj Wanita Kita/Maksud Iman/Kisah Bangla.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Siswa

Bergelar Graduan,salah satu tanggungjawab seseorang adalah untuk memberi pandangan,teguran dan idea dalam sesuatu Isu untuk memperbetulkan ketirisan nilai yang sedang berlaku dalam Masyarakat.

Semalam saya telah pergi ke Kuantan.

Ada sedikit urusan di salah sebuah Pejabat Kerajaan di sana.

Seperti mana yang kita tahu,Pejabat Kerajaan 98 Peratus Kakitangan yang bertugas di sana terdiri dari orang Melayu,yang mana 99.9 Peratus dari mereka beragama Islam.

Tapi,ada sedikit yang membuatkan saya tidak selesa untuk berada di sana.

*** *** ***

Tabarruj

Fikir saya,hanya di Negara Barat sahaja saya perlu menjaga mata.

Rupa-rupanya saya tersilap.

Di Negara kita juga Para Lelaki Beriman perlu menjaga mata.

In fact,usaha menjaga mata yang perlu dilakukan tidak kurang hebat jika mahu dibanding ketika berada di Barat.

Kesemua Staff di Jabatan Kerajaan itu memakai Tudung.

Tapi,masya-Allah,pakaiannya ketat-ketat belaka,menampakkan bentuk tubuh badan.

Bertudung,tapi seolahnya tidak.

Ah,fitnah apakah ini?

Bukan semua mereka sebegitu.

Tapi sekali lagi saya ulang.

Fitnah apakah ini?

*** *** ***

Kepada Makcik-Makcik

Saya rasa kita semua sedar tentang perkara ini.

Wanita Melayu kita,kebanyakannya menganggap Tudung (Baca : Menutup aurat) sebagai Budaya.

Bukan satu Perintah Tuhan.

Bertudung,tapi suara masih dilunak.

Bertudung,tapi baju ketat semacam.

Di manakah Para Suami?

Tiadakah orang untuk menasihati mereka ini?

Nasihat saya sebagai seorang Muslim kepada Saudara Muslimin-Muslimatnya yang lain,tutuplah aurat Anda dengan sempurna,wahai Wanita-Wanita yang mengaku beriman sekalian!

Saya ingin mencadangkan agar semua Ketua Jabatan agar sentiasa mengingatkan Orang-Orang Bawahan mereka agar mengenakan Pakaian yang berlandaskan Syariat.

Tapi,apa mahu buat - kadangkala Ketua Jabatan juga 'tidak nampak' perkara ini.

Ah,begitulah tahap kesedaran Umat pada hari ini.

Salah siapa?

Sistem?

Jadi,bagi yang sedar akan perkara ini,sama-sama kita menasihat dan mengingatkan.

Saya memain peranan saya melalui Penulisan ini.

Harap ada yang sedar bila membacanya dan mengongsikannya dengan Sahabat-Sahabat lain.

Tegur biar berhikmah.

*** *** ***

Akidah/Iman

Apa maksud Iman?

Ringkas jika diterjemah kepada Bahasa Pasar - Percaya.

Beriman kepada Hari Akhirat pula apa maksudnya?

Percaya Wujudnya Hari Akhirat di mana setiap perbuatan kita bakal dihisab.

Jadi,jika mengaku adanya Hari Akhirat dan percaya kepadanya,hiduplah sebagai seorang hamba Allah.

Kita hanya boleh meninggalkan sesuatu Perlakuan Buruk (Dalam kes ini : Tabarruj) jika Akidah kita berlandaskan kefahaman yang benar.

Carilah Ilmu.

*** *** ***



Bangla

Keluar dari Jabatan Kerajaan,terlihat oleh saya akan beberapa orang Bangla.

Bangla ini saya lihat matanya asyik melihat Tubuh beberapa Staff Muda di situ.

Hurm.

Siapakah yang membawa Bangla-Bangla ini ke Malaysia sebenarnya sejak dahulu?

Mana mereka yang membawa masuk Bangla-Bangla ini?

Oh,mereka hidup dalam Istana Emas.

Itu pasal mereka tidak tahu kesan Sosial yang terjadi akibat kemasukan Bangla ini.

Aiseh.

Kepada Para Bangsawan,jangan apabila perkara buruk berlaku pada Anak sendiri baru hendak terngadah.

*** *** ***

Penutup

Sebagai pengakhiran,saya kongsikan satu potong Terjemahan Ayat Al-Quran,

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya
" [An-Nuur : 30-31]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Kelakar bila ada seorang Bangsawan mengatakan "Tahap Jenayah di Negara Kita sudah serius!".Kelakar kerana kenyataan ini dikeluarkan bila kejadian itu sudah menimpa dirinya.Seolahnya sebelum ini mereka tidak peduli sedikitpun.


1 comment:

  1. Alhamdulillah Umar atas fikir & risau ini. Semoga banyak minda yg terdetik dan tercetus untuk mengundang hidayah Allah. Sangat acap kita ini menipu diri sendiri. Persis wanita bertudung tadi yg sebenarnya tetap mendedahkan auratnya buat tatapan umum. Duhai ayah duhai suami tegurlah anak tegurlah isteri supaya menutup auratnya dengan benar. Cukuplah rugi cuba beramal tanpa ilmu. Cukuplah buat kerja sia2. Allah itu tidak bisa di tipu. Manusialah yg ramai tertipu, akibatnya terhumban dalam bakaran api neraka-Nya. Jangan putus harap, untuk giatkan usha mengajak manusia taat pada Allah. Jazakallah.

    ReplyDelete