9.7.13

Siri Mutiara III : Terbogelnya Pegangan Anak Kita (Rempitisme - Barah Yang Bukan Lawak).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Tujuan

Tertulisnya Siri ini bukanlah untuk berkongsi Fakta Menarik tentang Tanah ini.

Sebaliknya,saya menulis Siri Mutiara untuk berkongsi segala Pengalaman yang saya dapat di Tanah Air sepanjang Cuti Summer yang dirasakan bukan semua orang berpeluang melaluinya.

Yang Ironi,kebanyakan Pengalaman dan Fakta yang di-discover oleh saya setakat Cuti yang baru sahaja seminggu berlalu ini - banyak yang berbaur Negatif,berbanding Positif.

Saya yakin ramai yang sedar akan perkara-perkara yang saya coretkan ini.Tapi,mungkin kerana 'terbiasa' dengan 'keburukan',kita akhirnya berkeputusan untuk 'diam' sahaja.

Ini tidak betul.Seseorang perlu meluahkannya.

*** *** ***

Downsouth

Ahad-Isnin,saya telah memandu ke Selatan Tanah Air kerana ada sedikit Urusan.

Sebenarnya,Urusan itu lebih kepada Misi Peribadi.

Hari sebelumnya,Sabtu - saya berada di Kuala Lumpur.

Rabu dan Khamis sebelumnya pula - berada di Kuantan - bersama Keluarga.

Setiap perjalanan ini membuka mata saya akan pelbagai perkara.

Tapi tidak mampu semua saya ceritakan.

Dalam Penulisan ini,saya akan berkongsi apa yang saya peroleh sepanjang Trip ke Selatan.

Tapi untuk memudahkan urusan saya dan Anda yang membaca - saya sertakan sekali Gambar.

*** *** ***

Rempit - Barah Yang Bukan Lawak

Kadang-kadang,bila kita tonton TV,rancangan-rancangan lawak 'jahil' Melayu memaparkan Lawak Rempit - hati rasa panas.

Panas kerana kita seolah berbangga dengan kejahilan Anak Muda kita.

Lebih seminggu di Malaysia,saya ada beberapa kali menaiki Motosikal mengelilingi Kawasan Perumahan saya.

Saya lihat sangat ramai 'Rempit Wannabe Berambut Perang' lahir di Tempat saya sekarang ini.

Soalan : Sejak bila Budaya Menaiki Motosikal ke Sekolah semakin berleluasa dalam Masyarakat kita ini?Sejak bila Para Ibu Bapa dengan sukarela membenarkan Anak mereka menaiki Motosikal ke Sekolah ini?Kelihatannya Anak-Anak kita bukan hendak bersekolah,tapi lebih kepada 'tunjuk lagak' sahaja di Sekolah.Ketika Anak-Anak Non-Muslim elok pergi ke sekolah menaiki Basikal/dihantar Ibu Bapa,Anak-Anak orang kita yang kebanyakannya tidak berapa bagus keputusan Akademik - sibuk menaiki Motosikal merempit sana sini dengan Perempuan.Yang paling mengejutkan saya,kebanyakannya tidak memakai Helmet ke Sekolah.Kenapa tiada tindakan oleh Pihak Berwajib?Takkan tak tahu perkara ini?Yang paling mengejutkan saya bila ada seorang Pemandu Teksi dengan bangga mengaku menghadiahkan Anaknya yang dapat keputusan 2A 3B dalam UPSR dengan Motosikal.Allah!

Fitnah apakah ini?

Panjang perenggan di atas.

Panjang ditulis kerana hati resah dan panas.

Semalam semasa memandu melalui PLUS menuju Selatan,kemarahan terhadap budaya Rempit yang memandirkan sekelompok Besar Anak Muda kita ini melanda diri lagi.


Ini saya tangkap semasa sedang memandu.

Lima Puluh Saat sebelum ditangkap gambar ini,lebih 40 Rempit menunggang Motosikal Kecil (yang dikilangkan untuk bersiar di Short Distance Route sebenarnya) dengan Kaki mereka masing-masing di-pose ibarat Superman.Mereka menunggang dengan kelajuan lebih 110 KM/J.Saya cukup pasti tentang itu.Kerana saya sendiri memandu 110 pada ketika itu.Tunggangan pula bukan secara lurus.Tapi secara cilok sana cilok sini.Tidak sayang nyawa.Kalau jatuh,memang tiada siapa bakal menolong mereka.Itu saya agak pasti.

Bodoh?

Ya,tentu sekali.

Kebanyakan kereta yang ada pagi itu adalah kereta Plat Singapore yang saya yakin kebanyakannya adalah milik Non-Muslim.

Kereta-Kereta Singapore kebanyakannya besar-besar dan mewah-mewah belaka.

Motosikal Rempit pula saya yakin 130 Peratus Penunggangnya adalah Melayu dan kesemuanya saya yakin mengaku Islam - walaupun mungkin cara hidup tidak melambangkan Islam.

Jadi,apabila melihat Mat Rempit menunggang tidak ubah seperti Monyet - apa yang bermain di fikiran Non-Muslim Singapore ini?

Dalam keadaan macam ini,tidak hairan jika setelah 55 Tahun Merdeka,perkembangan Islam di Malaysia sangat rendah!

Allah,berikanlah petunjuk dan hidayah pada semua yang mencari kebenaran!

Mungkin ada yang berkata,"Diorang tu mangsa keadaan".

Mungkin.

Tapi,Imam Bukhari mula mencari Ilmu Hadith pada umur Belasan Tahun.Mencari Ilmu bukan untuk 'dapat sijil'.Sebaliknya mencari Ilmu kerana mahu Ilmu.

Jadi,kalau difikir,muda lagikah Rempit-Rempit ini untuk tidak berfikir?

Jika menjadi 'Mangsa Sistem' - itu ya,saya bersetuju.

Tapi,tetap tidak boleh melepaskan mereka dari kesalahan sendiri.

Kadang-kadang kasihan,Motosikal yang direka untuk bersiar-siar,sebaliknya dijadikan mereka Motosikal Jarak Jauh.

Tapi,apa mahu buat - Harga Kereta dan Pengangkutan Awam di Malaysia tidak mahal,tidak cekap.

Ah,begitulah hidup di Malaysia.

Saya rasa cukup untuk ini sahaja hari ini.

Fikir saya mahu share lebih kurang 6 Gambar.

Tapi satu Gambar pun sudah banyak ini Coretan.

Nampak tak tahap keseriusan Isu yang melanda Malaysia saat ini?

(Mungkin) Kita tiada kes kebuluran,tapi kita mengalami keruntuhan akhlak.

Sistem Sosial kita teruk dan hancur 'jahanam'.Siapa sebenarnya yang menghancurkan Pemikiran Masyarakat kita ini?Fikir.

Astaghfirullah.

Itu sahaja.

Selamat Ramadhan.

Banyakkan Berdoa untuk Umat pada Ramadhan ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya akan pergi ke Shah Alam untuk beli Quran Edaran Ramadhan Rabu ini.Mahu sumbang dana? pospenamaya@gmail.com


Hidup Jangan Jadi Binatang

3 comments:

  1. "Ini saya tangkap semasa sedang memandu."

    berhemah gile tangkap gambar masa memandu... InsyaAllah, pasni takyah buat dah ye, bahaya even kalau berhenti kat bahu jalan... :)

    ReplyDelete
  2. bila di tegur melenting, cakap patut syukur pd..... sbb ko anak beranak CUKUP MAKAN, CUKUP PAKAI. tengok tempat lain, bom sana bom sini...betul cukup makan, cukup pakai, Tapi kalau x cukup akhlak wat ape.. kan.

    p/s sy di beritahu yg kat Palestine pemuda pemudi nya sifar masalah moral?. Mmmm...

    ReplyDelete