9.7.13

Siri Mutiara IV : Mengurus Jenazah Senja Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Kisahnya

Kadangkala kita penat dengan Dunia.

Kita rasa berputus asa.

Tapi,kalaulah kita tahu putus asa itu bakal kita sesali...

Senja tadi,sebelum Solat Maghrib Jemaah dimulakan,Bilal bertugas membuat sedikit Pengumuman.

Salah satunya - selepas Solat Maghrib akan ada Solat Jenazah.

Ada yang meninggal!

'Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un'.

'Ini peluang' - bisik hati saya.

Ada banyak Hadis yang menyentuh tentang kelebihan menguruskan Jenazah.

Anda boleh bertanya kepada yang Pakar jika tidak tahu.

Hari Ahad semasa baru tiba di Malaysia minggu lalu,selepas Subuh Jemaah juga ada Pengumuman untuk bersolat jenazah pada pukul 11 Pagi.

Tapi oleh kerana saya masih jet lag ketika itu,saya tidak hadir.

Saya agak menyesal ketika itu kerana tidak dapat hadir.

Alhamdulillah,hari ini Allah berikan saya sekali lagi peluang untuk bersolat Jenazah.

Untuk pengetahuan,inilah pertama kali saya bersolat Jenazah sebagai seorang Dewasa.

Sedih hati saya.

Yang meninggal - seorang Tua.

Perempuan.

Selepas Solat Jenazah,Keranda diusung ke dalam Van.

Saya bertanya kepada yang ada di situ - "Nak tanam ke?Kat mana?"

Saya terus mengikut Van itu dengan menaiki Motosikal.

Masya-Allah,jauhnya kawasan perkuburan.

Jalannya gelap.

Tidak berlebihan jika saya katakan kawasan perkuburan itu terletak dalam Hutan.

Yang mengiringi Van itu tidak ramai.

Hanya saya dan seorang Pakcik.

Pakcik itu menunggang motosikalnya sendiri.

Dalam Van,ada Imam Masjid dan beberapa orang lain.

Tiba di Kawasan Perkuburan,ada lampu kereta disuluh pada kawasan kubur.

Agaknya itu keluarga Jenazah.

Tidak lama kemudian,beberapa orang Remaja tiba menaiki Motosikal.

Tidak ramai yang hadir ke Pengebumian kerana malam ini kan 1 Ramadhan.

Tapi saya fikir saya pergi juga kerana banyak kelebihan menguruskan Jenazah saya pernah dengar.

Saya bersama beberapa orang Pemuda mengangkat Keranda Jenazah.

Sedih.

Tapi tidak boleh menangis melebih-lebih.

Keranda dibuka.

Terlihat satu Tubuh yang telah dibalut Kain Kafan.

Kami mengangkat Jenazahnya keluar dan memasukkannya ke dalam Kubur.

"Ada Waris yang nak masuk bawah ni sekali untuk uruskan Jenazah?" - tanya Si Penggali Kubur.

Tiada Waris Lelaki.

Yang ada,hanya Waris Perempuan.

Saya sedih.

Bukan kerana apa.

Saya fikir,itulah kematian.

Hakikatnya,kita akan pergi seorang diri juga nanti.

Selepas ditanam dan dikambus tanah kubur,tamatlah Siri Dunia ini.

Bermulalah Alam yang seterusnya.

Saudara-Mara semua meninggalkan kita.

Tinggal kita seorang di dalam Tanah Kubur.

Kalau banyak amal,beruntunglah.

Kalau tidak?

Allah.

Perjalanan tadi memang banyak menyedarkan saya.

Semoga saya istiqamah dengan Pengajaran ini.

Selesai Pengebumian,saya menaiki Motosikal menuju Masjid.

Azan sedang berkumandang.

"Aik,sempat pulak Isyak.Alhamdulillah" - cetus hati saya.

Allah SWT Maha Mengetahui.

Rebutlah peluang beramal,sementara masih bernyawa!

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" [Ali-'Imraan : 133]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sengaja tiada gambar diletak.

5 comments:

  1. semoga Allah ampunkan dosa arwah dan meredhainya.

    ReplyDelete
  2. Memang selalu ada perasaan penat dengan dunia sekarang ni..alangkah bagusnya kalau kita tahu hari kematian kita...tapi ada sebab kenapa Allah sengaja rahsiakan hari kematian itu..agar kita sentiasa melipat gandakan usaha untuk beramal dan tidak menyesal bila badan dah dibalut dengan kain putih nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih atas komen kak..smoga dredhai dan istiqamah..

      Delete
    2. InsyaAllah..doakan semoga kita semua sentiasa beristiqamah untuk berubah lebih2 lagi di bulan Ramadhan sekarang ni...selamat berpuasa..

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Ya, kematian merupakan perjalanan menujuNya seterusnya. Banyak bekal makna bahagia dikecapi dan tanpa bekal sengsara bakal dilalui.

    Selamat berpuasa

    ReplyDelete