22.7.13

Siri Mutiara IX : Tazkirah Tarawih Tadi.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Tenang

Kadangkala bila kita dilahirkan dalam keluarga yang mungkin sejak kecil sudah dihantar ke Sekolah Agama,masuk Universiti belajar Pendidikan Islam,berkawan pula dengan Kawan-Kawan Bidang Pengajian Islam - kita cepat rasa selesa.

Kita tidak tahu (atau tidak pernah ambil tahu) bagaimana rasanya hidup dalam keadaan jahil,berkawan dengan orang yang sekeliling jahil,tidak memahami Al-Quran,dan belajar pula di Negara Kafir,dikelilingi kawan-kawan yang Kafir belaka,menjadi Islam dalam kalangan orang Kafir - jadi apabila orang yang berada dalam Situasi ini cuba berkongsi pendapat bagaimana cara yang paling rasional mendekati Golongan sepertinya - kita kondem.

Haish.Dalam Internet ini,ada dua sahaja Prinsip.

Setuju,baca.Tidak setuju,nasihat.Tapi kalau tidak bersetuju lagi,rileks bertenang.

Tinggalkan Blog tersebut.Buat chill.Jangan menggelupur.Beradab.Allah SWT sahaja Maha Mengetahui apa niat kita.

Kita bukan kenal siapa yang berada di belakang Skrin Penulisan yang sedang kita baca itu.

Kita tidak tahu Beliau sudah berada di mana,apa yang sudah Beliau lihat,kenapa Beliau menulis sebegitu,siapa di sekelilingnya,kejahilan apa yang Beliau pernah tempuhi,masyarakat jenis apa yang Beliau tinggal bersama.

Teringat saya satu Artikel Tulisan Ustaz Emran yang ringkasnya saya rasa merangkumi semua yang saya cuba sampaikan dalam Perenggan ini.

Tajuknya : Agama Ini Tiada Ruang Bagi Orang Yang Biadap.Boleh baca di sini.

Dan dalam Zaman yang serba moden ini,akibat kejumudan dan ke-tidak-bergaul-an sesetengah orang yang 'berilmu'-lah kadangkala Islam semakin di-salah-fahami dan tidak 'mengalir'.

*** *** ***

Tazkirah

Tadi saya sempat mendengar Tazkirah semasa bertarawih di Masjid berdekatan.

Tazkirah disampaikan oleh Imam salah sebuah Masjid di Maran.

Beliau meluahkan kekecewaannya dengan pelbagai perkara.

Salah satunya - "Isu Orang Berkaraoke" kala mana Masjid berdekatan sedang bersolat Jemaah.

Apabila diadu kepada Orang yang Berkenaan,jawapan yang diterima adalah "Pekakkan Telinga,buat bodoh sahaja".

Sigh.

Kemudian Isu Anak Dara kita yang semakin hari semakin ramai yang rosak akhlaknya.

Kemudian Tazkirah diteruskan dengan Isu sebuah Masjid di Maran yang hanya mempunyai 3 orang Makmum semasa bersembahyang Maghrib,sedangkan sekelilingnya dihuni Masyarakat Muslim belaka.

Semua ini diceritakan Imam itu dengan nada penuh kekecewaan.

Lantas Beliau membacakan sepotong Ayat Al-Quran yang bermaksud,

"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa" [Al-Baqarah : 21]

Taqwa - kata kuncinya.

Imam itu berkata,"Berpuasa itu sepatutnya melahirkan Taqwa dalam diri kita,tapi kenapa semakin hari kita semakin rosak?".

Imam itu menasihatkan Para Hadirin untuk memeriksa Puasa kita.

Dan sebagainya.

Dia juga menceritakan tentang perbezaan antara diri kita dengan ketakwaan Para Sahabat,Para Saudara Baru etc.

Mereka ini memeluk Islam dengan kefahaman.

Oleh kerana itu,Iman mereka begitu kuat.

Tapi,kita?Mengamalkan Islam dengan warisan.

Tanpa kefahaman.

Itulah sedikit sebanyak kata-kata Imam itu.

Saya sengaja petik kata-katanya,untuk memberitahu kepada kita - itulah suara orang yang 'berjuang'.

Mereka yang 'berjuang' pasti kecewa dengan kejahilan yang sedang berleluasa di sekeliling mereka.

Tapi,yang lebih mengecewakan adalah apabila - orang yang 'kononnya tahu',tapi tiada rasa 'mahu' dalam berdakwah.

Ah,itu sahaja rasanya untuk malam ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tutupkan komputer,pergilah bergaul dengan masyarakat awam yang 'tidak tahu'.Tatkala itu baru kita tahu senang atau susah berdakwah dunia realiti.

No comments:

Post a Comment