15.7.13

Siri Mutiara VI : Kembali Ke Kubur.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Monyet Artik

Saya melihat Rak di mana tersimpan beberapa barang.

Antara barang yang ada di situ ialah Koleksi Kaset dan CD yang saya beli sepanjang saya bersekolah sehinggalah ke Universiti.

Ya.Saya tidak mempunyai Mp3 sehinggalah beberapa bulan sebelum fly ke Russia.

Banyak Kaset yang ada.

Hampir 30.

Lebih mungkin.

Saya tidak kira.

Arctic Monkeys - tersenyum saya melihat Kaset Debut Kugiran ini.

Terkenang zaman ketika saya membelinya.

Argh,jiwa hedonisme ini sangat susah ditanggal - sekali Anda terjebak dengannya.

Syukurlah saya sudah memadam Koleksi Mp3 dalam Komputer saya dahulu.

Kepada Para Abang/Kakak/Ibu/Bapa : Jangan sesekali Anda membiarkan Adik/Anak/Anak Saudara Anda yang masih bersekolah terjebak dengan Hedonisme seperti yang saya telah lalui.Saya tidak salahkan sesiapa atas Hedonisme yang saya lalui,tapi bagi yang sedang mempunyai Anak/Adik Kecil,nasihat saya,perhatikan Anak/Adik Anda andai mereka mula terjebak.

Jika Anda biarkan,kesannya amat buruk untuk Anak-Anak Anda.

Semailah mereka dengan perkara yang dapat melembutkan jiwa mereka.

Kepada Anak-Anak yang sudah terjebak dengan budaya Hedonisme ini : Di mana sahaja Anda berada,cuba berhenti sejenak dari Dunia 'Bajet Hip' Anda itu,dan cuba dengar Abang punya cerita.Abang sudah ada Pengalaman.Jadi,dengar kata Abang ini.

*** *** ***

Kubur

Seminggu yang lepas,saya ada menulis yang saya berkesempatan menguruskan Jenazah seorang Wanita di Tanah Perkuburan berhampiran Rumah saya.

Petang tadi,Jiwa saya agak kabut.

Kabut dengan pelbagai masalah dunia.

Teringat saya akan satu Hadis Rasulullah SAW,yang bermaksud :

Sabda Rasulullah SAW : "Dahulu aku telah melarang kalian dari menziarahi kubur, sekarang berziarahlah kerana sesungguhnya ia dapat melembutkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan kepada Hari Akhirat. Akan tetapi janganlah kalian berkata-kata dengan perkataan yang keji dan batil" [Hasan : Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadraknya, hadis no: 1342MS (Kitab al-Janai)]

Jadi,selepas Solat Asar petang tadi saya berkeputusan untuk pergi ke Kawasan Perkuburan tempat dikebumikan Jenazah terbabit.

Sunyi Tanah Perkuburan itu pada Petang tadi.

Hanya kedengaran bunyi Serangga dan Burung.

Termenung saya melihat Kubur-Kubur yang ada.

Kubur Jenazah yang meninggal Minggu Lepas,sudah mula kelihatan 'lama'.Tapi tanahnya masih 'segar'.

Saya berfikir di Perkuburan itu,kadangkala kita terlalu asyik tentang 'diri kita','nafsu kita','angan-angan kita' - sehingga lupa pada 'realiti kehidupan sebenar' - yakni kita ini sebenarnya sedang menuju kematian.

Kita lupa akan hakikat itu.

Jadi,saya bertanya diri - "Apa yang aku sudah buat dalam kehidupan ini?"

Dan Malam ini,sekali lagi akibat dibelenggu kealpaan - saya bertanya kepada diri saya - "Bilakah Waktu terbaik membuat kebaikan?"

"Sekarang!".

Lantas saya menulis Artikel ini.

*** *** ***

Kaitan?

Jadi itu kisah Abang.

Apa kaitan antara Kubur dan Monyet Artik?

Jawapannya mudah sahaja : "Tengoklah siapa yang kita jadikan Ikutan dalam kehidupan ini.Dan selepas itu,jawab soalan ini - Sebagai seorang Muslim,Siapa yang sebenarnya patut kita ikut?".

Kerana pada akhirnya,hanya dengan mengikuti Rasulullah SAW,Para Sahabat,Generasi Salaf dan Orang-Orang yang baik akhlaknya sahaja kita akan berjaya di Dunia dan Akhirat.

Ibu Bapa,jangan biarkan Anak Anda terjebak.

Generasi Tua,bantu Anak-Anak Muda yang ingin berubah!

Jika kita semua sama-sama membanteras Gejala Hedonisme dalam Masyarakat,insya-Allah - satu Generasi Pemuda Kuat akan lahir.Kuat dari segi Spirit dan Jasmani.

Insya-Allah.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan saya Istiqamah dalam meninggalkan saki-baki kejahilan.Dan doakan juga agar semua yang sedang 'merubah diri' di luar sana berjaya.Jadikan Ramadhan ini Titik Perubahan.


Hedonisme Yang Membunuh Jiwa - Larilah Daripadanya

No comments:

Post a Comment