15.7.13

Siri Mutiara VII : Jangan Buta Dalam Terang!

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Kita

Alhamdulillah,Ramadhan - ramai yang giat memperbanyakkan bacaan Al-Quran.

Tapi,kadangkala menyedihkan apabila kita giat dan teruja memperbanyakkan bacaan Al-Quran,tapi dalam perkara lain - tidak ingin kita baiki 'level' kita seperti dalam Perihal Akhlak,menjaga mata dan sebagainya.

Perkara ini adalah Ironi - kerana Al-Quran itu sebenarnya merupakan Petunjuk untuk kejayaan Dunia Akhirat.

Petunjuk dan Panduan untuk orang beriman.

Jika kita membaca Al-Quran dan memahaminya,insya-Allah - kesannya amat besar kepada jiwa ini.

Jadi,apabila mendapati keadaan ini - saya kuat merasakan ini terjadi kerana kita tidak memahami Al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam.Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul" [At-Takwiir : 27-28]

Perhatikan perkataan yang digelapkan saya.

Yang mahu.

Yang mahu teguh.

Ya.

Jadi,dalam keterujaan kita ingin menghabiskan bacaan Al-Quran dalam bulan ini,saya dengan rendah diri - ingin juga menyeru kita semua untuk sama-sama memahamkan ayat-ayat Al-Quran yang kita baca itu.

Bacalah Terjemahan Al-Quran.

Dapatkan Terjemahan Al-Quran di kedai berhampiran Anda.

Jika Anda tiada Terjemahan,boleh pergi ke Masjid berdekatan dan gunakan Terjemahan yang ada di sana.

Insya-Allah,kesannya amat besar pada jiwa kita.

Membaca Ayat Al-Quran,sambil memahaminya.

Yang penting,istiqamah sepanjang tahun.

Hanya sedikit sahaja lagi usaha yang perlu ditambah kita untuk membaca Terjemahan Ayat Al-Quran.

Rugilah andai kita sudah khatam 30 kali dalam hidup,tapi tahap kefahaman terhadap Islam dan hidup ini masih sama.Ironi.

Itulah yang dipanggil 'buta' dalam 'terang'.

Jangan kita jadi begitu.

*** *** ***

Kesimpulan

Sebagai penutup,saya menyeru agar kita buka langkah kita untuk bertindak selepas membaca Penulisan ini.

Ayuh,jadikan Ramadhan titik perubahan!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment