22.7.13

Siri Mutiara VIII : Cadangan Membudayakan Pembacaan Terjemahan Al-Quran.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Jangan Buta Realiti!

Saya beberapa hari ini agak sibuk.Pergi ke sana sini.Berulang-alik ke tebing dan darat.Yang pasti,semua pergerakan ini memakan Kos yang tinggi : i.e Tol etc.

Saya terfikir : Bagaimanakah nasib mereka yang kurang berkemampuan andai mereka berada dalam situasi di mana mereka perlu 'bermusafir' jauh?Duit Tol,Minyak etc?Siapa mahu jawab perkara ini?

Ini bukan Isu Politik.Ini Bukan Isu Pembangkang.

Ini Isu Rakyat!

Kadangkala mungkin akibat dari kecil duduk dalam Istana Bangsawan,mata kita jadi 'buta' dari 'realiti' yang sedang menimpa Majoriti.

Oh.Tulis begini mungkin ada yang tidak suka membacanya.Truth hurts.

Tapi saya tidak kisah.Kerana Blog ini bukan Blog Arus Perdana.Ini Blog ber-genre Perkongsian 'Islamik' Berbaukan Anti-Estabilisasi.

Saya berpegang pada Pantun Dua Kerat : "Jauh berkelana,luas pengalaman,pulang mengembara,kongsikan pandangan".

Jadi,sebagai mereka yang sudah berkelana,saya rasa saya perlu kongsi sedikit pendapat.Jika dirasa baik,ambillah.Jika dirasa tidak bermanfaat,abaikan sahaja.

Berbalik kepada Topik Asal.

Saya sebenarnya tidak sempat lagi menulis panjang.

Jadi saya sekadar ingin copy-paste satu Post yang saya tulis di Instagram saya.

Semoga bermanfaat.

*** *** ***

Kempen

Cadangan Membudayakan Pembacaan Terjemahan Al-Quran


Ini rak buku yang terdapat di sebuah Masjid di Pahang.Dan saya yakin,kebanyakan Masjid kita mempunyai Rak dengan Pemandangan yang sama,di mana Al-Quran tanpa Terjemahan memenuhi Rak-Rak ini.Naskhah Terjemahan hanya sedikit.Malah,ada Masjid di mana tiada langsung Naskhah Terjemahan diletakkan.

Saya fikir ini satu kesilapan.Semua umat Islam WAJIB memahami Maksud Ayat Al-Quran,paling kurang Kita perlu memahami Ayat dari Surah-Surah Juzuk 30.

Tapi sayang.Kebanyakan Masjid kita tidak meletakkan Terjemahan.Masyarakat pula,ramai yang khatam Al-Quran,tetapi tidak memahami.Akibatnya?Kita semua sudah tahu.

Jadi,Cadangan dari saya,seorang Insan Lemah yang belajar di Universiti Orang Infidel - adalah untuk kita membudayakan Pembacaan Terjemahan Quran.

Di Ramadhan ini,banyak orang yang wakafkan Quran kepada Masjid.Jadi,instead of Wakafkan Quran Biasa,kita Wakafkan terus Naskhah Quran dengan Terjemahannya sekali.

Percayalah.Kesan dari memahami Ayat Quran sangat besar pada Jiwa seseorang Individu itu.

*** *** ***

Bagaimana Pendapat Anda?

Jadi,apa fikir Anda?

Saya katakan,saya sangat bersetuju dengan Cadangan saya ini,lantas mari budayakan Pembacaan Al-Quran berserta Terjemahannya sekali!

Semoga kita menjadi manusia yang 'beragama' dengan kefahaman,bukannya ikut-ikutan.

Sebarkan Artikel ini!

At least kepada Keluarga kita.Atau paling kurang untuk diri kita.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Teringat Tweet Ustaz Hasrizal yang berbunyi lebih kurang begini,"Mari berblog!Di sana - hanya yang serius membaca" - Saya sangat setuju.Sekarang ini ramai yang 'di bibir/taipan' mereka menuturkan ayat 'Mahu Berubah'.Tapi,apabila diberi peluang berubah,Allah SWT sahaja Maha Mengetahui.Semoga kita semua diberi Taufik dan Hidayah untuk melakukan apa yang kita kata.Jadikan Ramadhan peluang merenung diri,bukan salahkan orang lain akibat kesalahan diri sendiri.


No comments:

Post a Comment