28.8.13

Siri Mutiara XIV : Apa Alasannya?

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

apa alasannya sekarang ini kita tidak bersolat Jemaah di Masjid,
seperti yang dilakukan di bulan Ramadhan dahulu?

apa alasannya sekarang ini kita tidak membaca Al-Quran,
seperti yang dilakukan di bulan Ramadhan dahulu?

apa alasannya sekarang ini kita tidak lagi bersedekah,
seperti mana yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang lepas?

apa pula alasan yang mahu kita berikan apabila tidak lagi menjaga mata,
seperti dijaga mata kita ketika bulan Ramadhan dahulu?

apa lagi alasan yang kita mahu berikan,
sampai bila kita mahu jadi begini?

menjadi hamba itu pada setiap ketika,
bukan hanya pada Ramadhan,

sama-sama kita renung,
dan ubah.

"...Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan)..." [Al-Baqarah : 148]


Penawar Hati Yang Hitam

No comments:

Post a Comment