24.8.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Ogos 2013).

Prenote I : Untuk Edisi Kali Ini,Dua Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Prenote II : Pihak Pena Maya berhak membatalkan Penyertaan andai didapati Penerima yang berkenaan mempunyai niat tidak elok dalam menerima buku ini (cuba menjualnya kembali etc).


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik Ringan kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam/memberi kefahaman asas kepada mereka tentang Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam/Non-Muslim yang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Dua Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Dua orang Pembaca,insya-Allah.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,berikan pendapat Anda terhadap Soalan ini - "Kenapa kita perlu cakna dengan Isu Semasa Umat (Isu Syria,Mesir,Burma etc)?Apa langkah boleh kita ambil untuk share maklumat dengan Family/Masyarakat sekeliling kita?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Dua Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Bangkitlah Selepas Bercerai : Ingatlah Wahai Pemilik Hati yang Terluka pada Setiap Kepayahan itu Tersirat Kebahagiaan di Sebalik Perpisahan


Penerangan : Baru-baru ini,saya membaca satu laporan Akhbar bertajuk "Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam".Ini menunjukkan keseriusan masalah dalam Institusi Rumah Tangga Muslim di Malaysia.Buku ini saya senaraikan sebagai pilihan sebagai solusi kepada mereka yang rumah tangganya sedang bermasalah atau telah bercerai.Boleh juga hadiahkan buku ini kepada Saudara/Kawan/Keluarga kita yang kita ketahui rumah tangga mereka sedang bermasalah.Buku ini tulisan Emran Ahmad - salah satu Ustaz di Malaysia yang saya sukakan pemikirannya.

2)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

3) Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Penerangan : Salah satu cara untuk kita mendapat Pengalaman orang yang mengembara - yang sudah semestinya mereka-mereka ini luas Pengalamannya - adalah dengan membaca Penulisan mereka.Diari Musafir ditulis Ustaz Zaharuddin (UZAR) bersempena Pengembaraannya ke Negara-Negara di Seluruh Dunia.Saya masih belum membacanya,tapi masa cuti tempoh hari - sempat belek di Kedai Buku - dan mendapati ianya buku yang bagus untuk dibaca Orang Muda.

4) Formula Solat Sempurna Oleh UZAR


Penerangan : Saya tidak pernah membeli Buku ini.Tapi,buku ini ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - dan Beliau menggunakan Buku ini sebagai Medium Pengajaran Beliau dalam Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.Anda boleh tonton Video rancangan itu di sini.Amat bagus untuk semua Umat Islam untuk kita lebih mendalami kesempurnaan Ibadat Solat kita.Saya sendiri mahu mendapatkannya untuk diri sendiri bila pulang ke Malaysia nanti.Insya-Allah.Kiranya,buku ini saya amat rekomen.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 2 Buku akan diedar kepada 2 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Benar-Benar Mahu Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


11 comments:

  1. Saya memilih buku 2 dan buku 3

    . Pada saya kita perlu cakna kepada saudara seislam kita di mesir ini adalah kerana sebagai umat islam kita wajib mengambil tahu dan menjaga kebajikan saudara kita semana yang kita mampu. Lakukan apa saja yang kita mampu untuk menolong dan membantu mereka. Termasuklah juga berdoa kepada Allah s.w.t semoga mereka dilindungi oleh Nya. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Bayangkan jika perkara di mesir berlaku di negara kita sendiri. Bantu mereka selagi kita mampu. Dengan adanya pelbagai jenis laman sosial di masa sekarang,maka guna lah peluang itu untuk menyebarkan maklumat yang tepat kepada seluruh umat islam.

    Buku-buku ini akan saya hadiahkan kepada seorang kawan muallaf yang telah memeluk islam.

    Wanatiee@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt. cik wanatiee - satu buku sahaja yang untuk seorang penerima. jadi saya hanya boleh beri 1 buku sahaja.cik wanatiee leh pilih samada nak buku 2 atau 3.. nyatakan pilihan cik dekat email.. insya-Allah saya akan hubungi cik melalui email dalam masa 5 minit lagi. sejurus dapat,berikan saya nama buku yang cik nak,dan berikan maklumat2 peribadi cik di sana nanti untuk delivery guna.

      assalamualaikum (kalau tak dapat email,sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yang cik ini anon 1106).

      Delete
  2. Pada hemat saya, cukup dengan pesanan Nabi bahawa barang siapa yang tidak mengambil cakna akan perkara muslimin, maka dia terkeluar daripada kalangan mereka.

    Kini, ramai orang berlumba-lumba berkongsi konflik, foto-foto yang mengerikan, mengulasnya di laman sosial, video dan bermacam-macam lagi. Saya lebih memilih untuk menganalisis dan menambahkan maklumat semaksimum mungkin dan mengajak masyarakat sekeliling berfikir mengenainya.

    Tidak berhasrat untuk mendapatkan buku kerana saya menjangkakan dan mengharapkan buku dr maza tentang malaysia : perceptions and facts ada. Saya sudah membaca ketiga-tiga buku dari bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum akhi... maaf ..buku itu tidak dapat dibeli buat masa ini kerana kekurangan dana.. nanti next month insya-Allah akan dimasukkan dalam list.. di masa itu maybe enta boleh join insya-Allah.enta pergi umrah ke baru2 ni?wah tahniah!

      Delete
    2. owh...ok2. Saya cadangkan untuk menvariasikan genre dan penulis buku. Kiranya dalam empat buku tersebut, daripada berlainan genre atau penulis.

      Alhamdulillah, rezeki saya pergi tahun ini. Mohon doa orang soleh. Juga keamanan Mesir.

      Delete
    3. insya-Allah akhi.akan diusahakan.. doakan ana dan keluarga juga.semoga enta diredhai .

      Delete
  3. ADA SATU LAGI BUKU PERCUMA ! DAPATKAN SEGERA!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 3.Buku ini akan dihadiah kepada diri sendiri yang kehausan ilmu.

    Jawapan kepada persoalan tuan adalah, tanpa mengambil tahu atau cakna kepada isu-isu semasa umat Islam sejagat, kita akan terus lalai dengan kehidupan kita sendiri. Kita semakin individualistik, kurang semangat jihad mahupun persaudaraan. Sejujurnya, jika saya tidak cakna kepada isu-isu ini, saya semakin lalai dengan tuntutan dunia dan mengabaikan tanggungjawab saya kepada saudara saya yang lain. Kadang-kadang saya lupa untuk bersyukur kerana dipilih Allah untuk menikmati kehidupan yang selesa.

    Gerun hati ini bila mengingatkan pesan Rasulullah, Dari Abi Hamzah Anas bin Malik ra. Pelayan Rasulullah saw dari Nabi saw telah berkata: "Tidak sempurna iman seseorang diantaramu hingga mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri."(Bukhari - Muslim).

    Untuk tangan ini membantu, amat payah sekali. Hanya doa yang mampu saya panjatkan, memohon pertolongan Allah bagi mereka. Sesekali isu ini dibawa dan dibincang bersama suami dan keluarga supaya keluarga saya juga tahu tentang pergolakkan dan nasib saudara kami di sana. Bersama rakan-rakan juga saya kongsikan. Medium seperti facebook dan email kadang-kala diperlukan. Semoga doa-doa yang kami panjatkan, dapat meringankan beban perasaan mereka. Semoga ganjaran yang baik menanti mereka di Masyar.

    Saya boleh dihubungi melalui email di athyira_marshood@yahoo.com. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam puan.alhamdulillah anda telah dapat buku ini.insya-Allah saya akan hubungi anda melalui email dalam masa terdekat.jika tidak dapat email saya,tolong hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.. terima kasih saya dahulukan.

      Delete
    2. Alhamdulillah, saya telah terima email tuan dan telah membalasnya kembali. Semoga usaha tuan dalam dakwah ini di angkat menjadi satu kebajikan yang beasr disisi Allah.

      Delete
  5. kepada anda yang lain - penyertaan ditutup.

    ReplyDelete