30.8.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Julai-Ogos 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


13 comments:

  1. Salam.. saya kawan tuan pny kwn... (Amin) dia bgtau sy progrm ini.. sy nak stu quran.. prlukn untk dri sndri..boleh hbungi sy mlalui amin... Trima ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.okay insyaAllah dengan izin Allah anda telah dpt quran diminta..saya akan lakukan pos bila dpt alamat dri pihak amin..

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt bro.. saya dari PERKIM UUM .kami masih lagi dalam proses akhir kumpulkan quran sebelum program dakwah kami.kalau ada lebihan,bolehlah sekiranya berikan sedikit quran kepada kami.Saya boleh dihubungi melalui Email -seperti biasa. Nabil Fikri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm fikri.okay sy sudah hbungi anda.mcm ni,sy tggu dlu sampai ada org join.kalau sampai ptg ni xde org join saya akan bagi anda 4 quran.kalau x,saya akan bg 1 sahaja.sebab saya tahu kalau sy bg anda,memang anda akan manfaatkan.. insyaAllah.

      Delete
  3. Assalammualaikum..

    saya perlukan Al-Quran, utk dihadiahkan kepada sahabat saya yg mahu berhijrah. Insya-ALLAH. Hubungi sy di twitter: https://twitter.com/SerikandiWyna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay saya dah hubungi! Saya xdpt balas panjang sb kat luar kawasan.

      Delete
  4. Saya ingin dapatkan al-Quran edisi kali ini untuk kawan saya. Dia berminat sangat dengan Islam dan dia dah masuk islam. Saya ingin hadiahkan dia al-Quran ini untuk memahami islam secara dalam lagi.

    Anda boleh contact saya di Twitter @flowerxprincess

    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Boleh2.. saya akan hubungi anda sekarang..

    ReplyDelete
  6. Salam alaik. Haritu saya dah dapat tapi in English. Saya punya. Tapi beberapa hari lepas kawan saya berminat. Untuk dibawa ke hospital sebab dia sedang sakit dan duduk kat hospital. Harapnya dapat lagi untuk diberi pada dia agar dia boleh bawa Quran sebagai peneman nya di hospital. Terjemahan Melayu.

    hanisamanisatu@gmail.com

    Terima kasih. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay akan hubungi anda.maaf lambat.berada di luar kawasan.

      Delete
  7. Saya nak al-quran ini sebab saya nak letak dekat surau sekolah saya..sebab selalunya ada al-quran yang tidak mencukupi..dan dekat surau sekolah tak ada terjemahan al-quran.. boleh contact saya dekat @ShamineHanis terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay akan hubungi anda.maaf lambat.berada di luar kawasan.

      Delete