25.8.13

Siri Mutiara XIII : Harga Kebenaran (Perbezaan Fikrah Generasi).

Prenote : Allah sahaja yang Maha Mengetahui sejauh mana kita sebenarnya mahukan syurga-Nya - satu Quote yang menarik difikir.

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

Harga

"...Beliau merupakan seorang yang tegas..."

"...Bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka..."

Di atas ini merupakan Petikan dari Laporan Berita mengenai Kes Tembak Pegawai Tinggi Kastam yang berlaku beberapa bulan lepas.

Sayu saya membaca berita ini.Itulah harga pengorbanan dalam menegakkan kebenaran.Semoga Allah meredhai usaha Pegawai Tinggi Kastam itu.

Jika difikirkan,setiap dari kita berpeluang menjadi Pejuang selagi mana niat kita hanya untuk mencari keredhaan-Nya (Baca sini).

Nabi SAW pernah ditanya : "Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan,seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya,siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?Rasulullah SAW menjawab : Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak),maka dia berada di jalan Allah." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Saya kongsikan Petikan berita di atas ini kerana walaupun bagi sesetengah dari kita perkara ini mungkin hanya boleh berlaku di dalam Movie,hakikatnya bukan begitu.Setiap mereka yang berjuang menegakkan kebenaran,pasti akan mendapat tentangan.Malah,Rasulullah SAW sendiri mendapat tentangan ketika menyebarkan Islam kepada Masyarakat Jahiliah.

Teringat saya satu quote yang berbunyi,"Hidup kalau tidak mahu susah payah dalam berjuang - pada akhirnya kita akan mendapati hidup ini hanya sekadar makan,tidur,mengawan,mati dan dilupakan".

Pernah Anda mendengar orang yang menyeru kepada Maksiat ditentang dengan keras?Tiada.Manusia kebanyakannya memang menyukai kejahilan.Kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka yang beriman yang bencikan kejahilan.Jadi,tidak pelik apabila orang yang berjuang ditentang dengan begitu dahsyat.Kenapa?

Kerana Syurga itu amat manis.Tapi harga yang perlu dibayar untuk mendapatkannya tentulah tinggi bukan?

*** *** ***

Bertolak-Tolak

Tadi,saya dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah berkesempatan untuk menunaikan Solat Isyak berjemaah di Surau sebuah Kampung Kecil.

Sengaja saya pergi ke sana.

Selepas Azan dilaungkan oleh Bilal Surau,Para Jemaah duduk berbual.Berbual seperti suasana kenduri.

Lima minit selepas itu,waktu yang ditunggu tiba - kami berdiri dalam saf yang berterabur untuk bersolat.

Tapi,Imam masih lagi tidak ke hadapan.

Jemaah saling bertolakan - masing-masing tidak mahu menjadi Imam.

Lebih 90 Peratus Jemaah yang hadir saya fikir merupakan Warga Emas.

Mereka masih lagi bertolak ketika saya memikirkan statistik di atas ini.

Kemudian,salah seorang dari mereka terpaksa mengaku kalah.

Beliau berdiri mengimamkan.

Masih lagi saf kami berterabur walaupun sudah diperingatkan Imam.

Itulah realiti sedih kebanyakan Masjid di Malaysia.

Saya berkongsikan cerita ini ada sebabnya.

Selesai bersolat,dalam perjalanan pulang - saya berfikir.

"Kelompok Warga Emas tadi - mereka itulah Generasi Ibu Bapa yang telah membentuk Pemikiran Generasi Muda zaman sekarang".

Jadi,apabila melihatkan telatah mereka di Surau tadi,ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila berlaku banyak perbezaan pendapat antara Kaum Muda dengan mereka.

*** *** ***

Anak Muda

Banyak dari kalangan Generasi Muda,mereka ini sudah berfikiran terbuka.

Walaupun ada sesetengah yang masih belum mendapat pendedahan,tapi kebanyakannya mahukan perubahan.Mereka mahu mewujudkan Masyarakat Generasi Masa Hadapan yang lebih baik.

Jadi,jika sukar Generasi Tua untuk diubah pemikirannya,kita perlu mengubah pemikiran kebanyakan Generasi Muda ini.Kuncinya - Akidah.

Jika kita perhatikan,sekarang banyak Isu yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Saya teringat satu Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Dajjal itu rusak mata kirinya dan sangat lebat rambutnya.Dia membawa surga dan neraka bersamanya,akan tetapi neraka yang dia bawa sebenarnya adalah surga dan surga yang dia bawa sebenarnya adalah neraka.” [Hadis Riwayat Muslim No 2934]

Dan Hadis ini.Yang menyentuh tentang betapa pantasnya masa berlalu.

[Bukhari :: Book 2 :: Volume 17 :: Hadith 146] Narrated Abu Huraira : The Prophet (SAW) said, "The Hour (Last Day) will not be established until (religious) knowledge will be taken away (by the death of religious learned men), earthquakes will be very frequent, time will pass quickly, afflictions will appear, murders will increase and money will overflow amongst you." (See Hadith No. 85 Vol 1).

Jadi,nasihat saya kepada diri sendiri dan semua yang mahu mengambil pengajaran,sampaikanlah Islam kepada keluarga dan diri kita selagi mana kita hidup.

Banyakkan amalan diri,tingkatkan tarbiah diri.

Banyakkan juga untuk menziarah saudara-mara kita.Dalam Ziarah itu,sampaikan Islam kepada mereka.

'Mesej' sukar disampai andai tiada hubungan yang terbina antara kita dan mereka.

Kenapa ini semua perlu dilakukan kita?

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)..." [At-Tahrim : 6]

Selamatkan diri,dan keluarga kamu - itu yang kita kena ingat.

Jadi,sebelum mengakhiri,mahu kongsi satu Video.Ada masa,boleh tonton.


Itu sahaja rasanya untuk kali ini.

Pada akhirnya,yang boleh mengubah diri kita - hanya kita.

Sekadar mencoret untuk berkongsi.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semoga Allah membalas perbuatan keji mereka-mereka yang khianat dan hasad kepada Para Pejuang kebenaran.Dan semoga Allah kurniakan Para Pejuang Kebenaran di seluruh dunia dengan sifat Istiqamah.Ingat,setiap yang diungkap akan dihisab.


No comments:

Post a Comment