21.9.13

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi September 2013).

Prenote : Untuk Edisi Kali Ini,Satu Naskhah sahaja Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik Ringan kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam/memberi kefahaman asas kepada mereka tentang Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam/Non-Muslim yang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Sebuah Buku Islamik sahaja akan diedarkan secara Percuma kepada seorang Pembaca,insya-Allah.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Seorang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihannya.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,berikan pendapat Anda terhadap Soalan ini - "Sebagai seorang Muslim,apakah kepentingan menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling dalam dunia realiti.Apa pendapat Anda?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Pilihan Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Sebuah Sahaja Buku Bakal Diedar)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Bangkitlah Selepas Bercerai : Ingatlah Wahai Pemilik Hati yang Terluka pada Setiap Kepayahan itu Tersirat Kebahagiaan di Sebalik Perpisahan


Penerangan : Baru-baru ini,saya membaca satu laporan Akhbar bertajuk "Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam".Ini menunjukkan keseriusan masalah dalam Institusi Rumah Tangga Muslim di Malaysia.Buku ini saya senaraikan sebagai pilihan sebagai solusi kepada mereka yang rumah tangganya sedang bermasalah atau telah bercerai.Boleh juga hadiahkan buku ini kepada Saudara/Kawan/Keluarga kita yang kita ketahui rumah tangga mereka sedang bermasalah.Buku ini tulisan Emran Ahmad - salah satu Ustaz di Malaysia yang saya sukakan pemikirannya.

2)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

3) Diari Musafir : Jangan Berhenti Berlari - Dr Zaharuddin Abd Rahman


Penerangan : Salah satu cara untuk kita mendapat Pengalaman orang yang mengembara - yang sudah semestinya mereka-mereka ini luas Pengalamannya - adalah dengan membaca Penulisan mereka.Diari Musafir ditulis Ustaz Zaharuddin (UZAR) bersempena Pengembaraannya ke Negara-Negara di Seluruh Dunia.Saya masih belum membacanya,tapi masa cuti tempoh hari - sempat belek di Kedai Buku - dan mendapati ianya buku yang bagus untuk dibaca Orang Muda.

4) Formula Solat Sempurna Oleh UZAR


Penerangan : Saya tidak pernah membeli Buku ini.Tapi,buku ini ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - dan Beliau menggunakan Buku ini sebagai Medium Pengajaran Beliau dalam Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.Anda boleh tonton Video rancangan itu di sini.Amat bagus untuk semua Umat Islam untuk kita lebih mendalami kesempurnaan Ibadat Solat kita.Saya sendiri mahu mendapatkannya untuk diri sendiri bila pulang ke Malaysia nanti.Insya-Allah.Kiranya,buku ini saya amat rekomen.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 1 Buku akan diedar kepada seorang Penerima.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Benar-Benar Mahu Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


5 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 2.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada akhwatku Anis.

    Jawapan kepada Persoalan anda adalah telah tertera dalam ayat al-quran Surah al-Hujurat, 49:13.
    Allah berfirman,"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".

    menjalinkan hunungan baik atau ukhwah dengan masyarakat merupakan perkara yang sangat mulia.

    Allah sangat mencintai persaudaraan. Rasullullah tidak mengaku umatnya apabila saudara seMuslim membenci saudaranya yang lain.

    menjalinkan hubungan dengan masyarakat bukan sahaj kepada Muslim tetapi kepada Non-Muslim juga. Hubungan yang baik akan menimbulkan perasaan hormat, saling membantu dan sentiasa mengaharapkan yang terbaik buat saudaranya.

    Boleh hubungi saya di tiqah248@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.tahniah alhamdulillah anda mendapat buku yang diminta.akan contact anda sejurus selepas komen ini ditulis insya-Allah.jika tak dapat email saya,check spambox atau hubungi sahaja pospenamaya@gmail.com dan nyatakan anda ini anon tiqah248 dan berikan saya di sana nanti nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.

      Delete
    2. I'm more incline to see it from the da'wah perspective. If we didn't have a strong bond with our friends, of course it is difficult for them to hear what we say. People don't care how much you know until they know how much you care about them.

      Theory is too much simple compare too reality.

      Delete