30.9.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi September-Oktober 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


15 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt.
    Alhamdulillah. Rasa sangat bertuah pula mengunjungi blog ini di saat-saat begini.

    Saya mahu mendapatkan sebuah terjemahan naskah al-Quran ini, kerana orang yang terlintas di fikiran saya ialah, seorang saudara baru yang agak baru juga memeluk Islam. Maka inshaAllah, kalau dapat, buku terjemahan tersebut akan menjadi hak miliknya.

    Dengan harapan, semoga beliau lebih mencintai al-Quran dan mengamalkan apa yang ada di dalamnya. Dan semoga al-Quran sentiasa melekat dihatinya. Saya sudah menyaksikan kesungguhannya. Maka saya sangat pasti, terjemahan ini layak beliau terima. InshaAllah.

    Semoga Allah merahmati kamu dan keluarga kamu, pemilik blog!

    ReplyDelete
  2. Saya ingin menghadiahkan kepada sahabat saya Nurul Jannah sempena perkawinannya pada hujung minggu ini. Semoga dengan hadiah ini dapat di gunakan sebaiknya untuk die mengharungi rutin rumahtangga kelak. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima,alamat penerima,dan nmbor telefon penerima.tidak boleh hubungi anda kerana anda tidak tinggalkan email.

      Delete
  3. assalamualaikum
    saya ingin memiliki quran terjemahan ini utk kegunaan sy sendiri. moga dengan mmilikinya kefahaman sy tntg islam akan bertambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima,alamat penerima,dan nmbor telefon penerima.tidak boleh hubungi anda kerana anda tidak tinggalkan email.

      Delete
  4. assalamualaikum..saya ingin memiliki quran terjemahan ini untuk kegunaan saya sendiri sebagai bekalan untuk dibawa ke syurga kelak..semoga dengan nya saya akan terus istiqamah dalam menjalankan kerja2 dakwah islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin dan nyatakan anda ini "ali abu" dan di sana nanti tolong berikan saya NAMA LENGKAP PENERIMA,ALAMAT LENGKAP PENERIMA,NOMBOR TELEFON LENGKAP PENERIMA . saya akan lakukan penghantaran sjurus dapat maklumat. MAKLUMAT TIDAK LENGKAP AKAN MEMUSTAHILKAN DELIVERY. semoga bermanfaat.

      Delete
  5. Nk tnye...jika sy nk ? Bley ke sy dptkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh2. anda ini 'non muslim' ke?kalau masih berminat,boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin dan nyatakan anda ini "m k lim kit" dan di sana nanti tolong berikan saya NAMA LENGKAP PENERIMA,ALAMAT LENGKAP PENERIMA,NOMBOR TELEFON LENGKAP PENERIMA . saya akan lakukan penghantaran sjurus dapat maklumat. MAKLUMAT TIDAK LENGKAP AKAN MEMUSTAHILKAN DELIVERY. semoga bermanfaat.

      Delete
  6. ada satu sahaja lagi naskhah.dapatkan segera.

    ReplyDelete
  7. taniah umar zakir...all the best. moga kita semua dirahmati ALLAH.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan Quran ini untuk di hadiahkan kepada orang yang saya cuba dekati untuk mengajaknya berubah. saya ingin membantu mereka yang sedang berusaha untuk berhijrah. semoga menjadi peneman buatnya dan lagi menguatkan dirinya untuk memperbaiki diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com secepat mungkin dan nyatakan anda ini "bintang hati" dan di sana nanti tolong berikan saya NAMA LENGKAP PENERIMA,ALAMAT LENGKAP PENERIMA,NOMBOR TELEFON LENGKAP PENERIMA . saya akan lakukan penghantaran sjurus dapat maklumat. MAKLUMAT TIDAK LENGKAP AKAN MEMUSTAHILKAN DELIVERY. semoga bermanfaat.

      Delete
  9. PENYERTAAN DITUTUP.CUBA LAGI NEXT PROJECT INSYA-ALLAH.

    ReplyDelete
  10. Salam alaik. Allah, ana dah terlambat. Ana baru berniat nak hadiahkan sahabat non muslim ana :(

    ReplyDelete