19.9.13

Siri Mutiara XV : Antara Followill Bros,Fiasco Dan Haraki Islamisasi (Satu Kajian Sosial).

Prenote : Mungkin ada sesetengah Anda tidak faham apa saya ingin sampaikan.Kerana latar belakang berbeza.Tapi,ketahuilah,ada sesetengah yang lain akan faham apa saya cuba sampaikan.Semoga ada kebaikan dari Penulisan ini,insya-Allah.

Prenote II : Penulisan ini memerlukan Anda banyak Google (jika mahu mendapatkan kefahaman sebenar).

Bismillahirrahmanirrahim.

*** *** ***

'Homeschooled,Lifestyle They Had Previously Been Denied'

Bagaimana mungkin empat orang Anak Muda countryside yang di-homeschool oleh seorang Preacher Gereja pada akhirnya bertukar menjadi Rockstar?Ironi?Tentu sekali.

Tapi perkara ini sering kita dengar.

Malah dalam Masyarakat kita sendiri.

Bapa Imam,Anak Penagih Dadah.

Di mana silapnya?

Saya sering berpendapat,Anak-Anak - tidak boleh dihalang secara paksa 'mandatori' dari sesuatu yang dianggap oleh Ibu Bapa sebagai 'kejahilan'.Kerana ini zaman maklumat.Anda halang mereka 'secara paksa',mereka boleh menipu Anda di belakang.

Dalam kata lain,Anak-Anak tidak boleh sekadar 'diharam' dari 'merokok' tanpa sedikit pun Ibu Bapa menjelaskan kepada mereka 'Kenapa Rokok itu Haram'?.

Yang lebih kelakar,ada Ibu Bapa yang dari kecil Anak-Anaknya melihat mereka merokok - tiba-tiba terkejut apabila mendapati Anak mereka merokok apabila meningkat Remaja.

Adilkah untuk Anak-Anak itu?


Anak-Anak pada Zaman ini seharusnya diperlengkap untuk menghadapi Dunia yang serba mencabar.Bukannya 'mengharam' sesuka hati semua perkara daripada mereka tanpa sedikit pun memberi mereka 'Asas Kefahaman' yang diperlukan.

Ini kerana,mari berlaku jujur.Satu masa nanti,Anak-Anak yang diharam dari 'itu,ini,begitu,begini' akan mahu tidak mahu berdepan dengan Masyarakat yang amat Jahil.

Mereka ini mungkin ada Ilmu,tapi akibat ke-tidak-faham-an bagaimana untuk bergaul dengan manusia,mereka kemungkinan end-up mengeluarkan pendapat yang 'tidak relevan' atau lebih teruk 'mengalami culture shock'.

Dan yang menyedihkan - perkara ini telah seringkali berlaku di hadapan mata saya.

Pelajar SMKA - tapi apabila memasuki Alam Kolej - ada dalam kalangan mereka ini lebih 'Jahil Gaya Hidupnya' dari Pelajar Aliran Sekular.

Saya teringat kata-kata seorang Saudara : "Ibu Bapa yang mendapati Anak-Anaknya suka memancing sehingga sering keluar rumah,tidak boleh terus 'mengharamkan Aktiviti memancing' untuk Anaknya.Sebaliknya,Alternatif dan Cadangan Penambahbaikan perlu diberi kepada Anaknya".

Contoh : Si Ibu Bapa boleh bertanya dengan nada retorik kepada Anak mereka : "Bagaimana boleh Aktiviti Memancing itu mendekatkan diri Adik kepada Allah SWT?Dengan merenung kebesaran Allah melalui melihat Alam Ciptaan-Nya.Kan?".

Itu contoh.Tapi saya rasa Anda faham apa yang saya ingin sampaikan.

Meng-islam-kan sesuatu perkara.Itu yang perlu kita lakukan.

Tapi,kalau sudah terang satu perkara itu haram,lainlah ceritanya.Read between the lines.Jangan loyar.

Saya yakin,dengan cara ini - Anak-Anak akan terbina fikrah Islam dalam dirinya.Dan orang sebeginilah yang kita mahukan.Berfikir untuk menaikkan Islam - dalam setiap apa yang dilakukan.

Ini kerana,jika dihalang Anak-Anak dari mengenal Dunia secara paksa,jadilah seperti apa yang terjadi kepada Followill Brothers (Baca : Kings of Leon).Ibu Bapanya fikir dengan mengasingkan Anak mereka dari Dunia Luar,Anak mereka akan menjadi Preacher seperti mereka juga akhirnya.Tapi hakikatnya,mereka silap.

Tarbiah Plastik Luaran Sahaja tidak akan melahirkan Insan.

*** *** ***

Hanya Yang Faham

"Nathan and Caleb relocated to Nashville and embraced the rock music and lifestyle they had previously been denied" [Source : Wikipedia]

Islam Cara Hidup Fitrah.Ianya realistik.Jadi,ianya perlu dibina dari dalam,sebelum luar.

Kejahilan dalam diri perlu dilawan dengan kefahaman,bukannya paksaan.Kerana penghalangan tanpa kefahaman - akan pada akhirnya membawa pemberontakan.

Seperti yang dapat kita lihat dalam Quote yang saya tampalkan di atas ini.Kisah Anak Preacher memberontak menjadi Bintang Kugiran.

Islam bukan seperti Agama lain.Ianya Fitrah.Jadi,apabila kita lihat di Malaysia - ada orang yang menolak Fitrah dan Kebenaran,perkara ini sangat pelik.

Kenyataannya : Islam tidak salah.Yang salah,manusia yang bergelar Muslim itu.Kefahaman kita yang salah.

Ada satu quote oleh alter-ego saya : "Kenapa Melayu seumur hidup mengaku Muslim,tapi Islam yang kita fahami itu tidak membawa kita ke hadapan dalam konteks Dunia dan Akhirat?Sebaliknya New Revert yang baru masuk Islam setahun dua,Islam yang mereka pegangi dan fahami itu walau masih muda umurnya - terus menerus membawa mereka ke depan.Kenapa?Senang.Mereka (New Revert) faham Islam dengan Ilmu.Melayu - suka menambah-nambah dalam Agama.Sehingga hilanglah Roh Islam dalam diri kebanyakan Masyarakat kita.Berapa ramai memakai Kopiah,tapi Khurafat/Syirik masih berleluasa dalam dirinya.

Kerana pada akhirnya,hanya yang faham,akan terus melangkah,dan berlari kepada-Nya,walau sering tersungkur dengan dosa.

*** *** ***

Lupe Dan Ideologinya

Anti-Establishment atau dalam Bahasa Melayu Urbannya : Anti Estabilisasi bermaksud : "A view or belief where one stands in opposition to the conventional social, political, and economic principles of a society".

Banyak sebenarnya dalam kalangan Manusia,mereka menyedari kebodohan Sistem yang sedang melanda Dunia pada hari ini.

Akibatnya,mereka memegang View Anti-Estabilisasi sebagai Ideologi.

Tapi,mampukah Fikrah ini - seperti Fikrah-Fikrah '-ism' yang lain - membawa Umat Manusia ke arah yang lebih baik?

Saya terfikir sesuatu ketika memandu di Lebuhraya beberapa Minggu Lepas.

Kelihatan sebuah Kenderaan memotong kereta saya.

Kenderaan kecil bernama Kancil.

Laju.

Pemandunya muda.Ada Isteri,dan Tiga Orang Anak Kecil bersamanya.

Dan ketika itu,Isu Minyak Naik agak panas.

Saya berfikir : "Pemuda itu terpaksa membeli Kancil pada harga yang sebenarnya mahal,kerana itu sahaja yang termampu olehnya.Dan di luar sana,ramai lagi orang seperti Pemuda ini.Bagaimanakah untuk membantu mereka?".

Sosialisme?Komunisme?Kapitalisme?

Mungkin.

Tapi,sejarah menunjukkan Prinsip-Prinsip di atas - sebenarnya hanyalah 'utter nonsense'.

Tiada manusia di dalam dunia ini - yang boleh 'ikhlas' dalam berjuang - melainkan manusia yang berjuang untuk mendapat redha Allah SWT sahaja.

Manusia yang berjuang menggunakan Ideologi Manusia seperti tersebut di atas - pada akhirnya,akan menjadi seperti apa yang ditentangnya dahulu setelah mendapat kuasa.

Contoh?

Stalin.Dan GULAG.Apa kaitannya?Baca sini.

Jadi,apabila melihat ada Anak Muda di Malaysia - berlumba-lumba ingin menjadi Socialist tatkala diri mengaku 'Muslim' - pada saya ada sesuatu yang tidak kena di situ.

Islam itu cara hidup yang sudah lengkap.Amat lengkap.

Kenapa perlu kita tinggalkan Islam dan mengambil Falsafah dari Manusia yang mencipta Falsafah-Falsafah ini untuk kepentingan diri?Mereka (Pengasas Falsafah) tidak mengatakan perkara ini,tapi Sejarah membuktikannya.

Kadangkala kita teruja untuk menjadi Barat.Terlalu teruja.Penyakit Orang Melayu.Apa Orang Putih buat - semua bangga.

Sehingga mengkajilah kita Ilmu Falsafah yang sebenarnya tidak mendatangkan manfaat sedikitpun.

Oh.Terlupa.

Contoh termudah untuk kes ini adalah Lupe Fiasco.

Siapa Beliau?

Rapper.Terkenal dengan POV Anti-Estabilisasinya.

Salah satu karya nukilannya yang terkenal 'Lamborghini Angels'.

Saya bukan mahu mempromosikan karyanya.Sebaliknya ingin menunjukkan contoh kepada Anda.

Di dalam Lagu ini,Lupe berkarya menentang budaya kapitalisme yang berleluasa di States pada hari ini.

Tapi,ironi.

Dalam masa sama Beliau menyanyikan seruan Anti-Konsumerisme - Beliau juga sebenarnya telah tanpa disedari terjatuh dalam Budaya Konsumerisme Barat.

Lihat sahaja Video-Videonya.Hidup mewah bagai Diva.

Jadi,apa yang saya ingin katakan di sini,niat kita mungkin baik.Tapi kalau tidak kena cara - perjuangan dengan falsafah yang salah pada akhirnya akan hanya membawa kemusnahan.

Dan ya,Islam bukanlah Agama Hipokrasi.

Islam Agama yang menuntut manusia untuk berjuang dan mengamalkan apa yang dicakapkannya.

Elemen Anti-Konsumerisme sememangnya wujud dalam diri Muslim - tapi insya-Allah seorang Muslim yang faham,akan bertindak konsisten dengan kefahamannya itu.Hidup bersederhana etc etc.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya
" [As-Saff : 2-3]

*** *** ***

Bercakap Tanpa Bertindak - Apa Solusi?

Kadangkala kewujudan Internet hanya melahirkan manusia yang suka bercakap dan 'ingin tahu just for the sake of knowing' sahaja - tanpa melakukan apa yang diketahuinya.

Jadi,tentu ada yang tertanya,apa pendekatan terbaik untuk mendekati Masyarakat pada hari ini?

Kerana let us be honest again - di Malaysia sebagai contoh - Golongan yang paling sukar didakwahkan adalah mereka yang 'mengaku Islam' itu sendiri.Mereka ini nama Islam - tapi cara hidup sedikitpun tidak menggambarkan mereka Muslim.

Jadi,bagaimana cara terbaik mendekati mereka?

Saya berpendapat,setelah lebih dua dekad bernafas ini - dan setelah menemui pelbagai ragam manusia - cara terbaik adalah dengan 'berdakwah secara muka' itu sendiri.

Ya.Face-to-face.The old way.

Bina hubungan dengan mereka.Kerana tanpa hubungan,mesej sukar sampai.Apakah Anda mahu mendengar kata-kata nasihat dari orang yang tiada hubungan baik dengan Anda?Terutamanya dalam Isu Sensitif.

Jadi,bina hubungan.Saya yakin,hanya dengan hubungan manusiawi (bukan Dunia Maya),mesej boleh disampaikan.

Usrah - itu kata kuncinya.

Tapi sayang,Usrah hari ini dicemari atau 'di-sentimen' dengan tindakan segelintir Anak Muda yang berada dalam Usrah itu sendiri.

Dakwah Gedik,Jumud,Tidak Memahami Realiti - ini antara beberapa kata kunci.Yang perlu diperbaiki mereka-mereka yang berada atas Jalan ini.

Mungkin Usrah di tempat Anda sangat efisyen.Tapi bagaimana dengan Usrah di tempat lain?

Jadi,sekali lagi - kata kuncinya - banyakkan bergaul,banyakkan mengembara.

Jangan syok sendiri dalam kalangan sendiri.

Kerja kita masih banyak.Dan berat.

Ilmu perlu sentiasa ditambah.

Know our priorities.Banyakkan turun Medan Amal.Membantu masyarakat.Kurangkan berfalsafah di Internet.

Baikiminda.

Dan bagi yang berada di luar 'Usrah' - kurangkan kritikan kosong.Sedari bahawa mereka juga manusia.Jika rasa mereka salah,lakukan apa yang Anda rasa betul.Sama-sama kita bertindak.Untuk menaikkan Islam.

*** *** ***

Ize/Ism Of The World

Dalam Dunia,manusia cenderung untuk berfalsafah.

Dan manusia yang tidak mengenal Tuhan dan Hakikat Hidup yang sebenar - akan cenderung menjadikan Falsafah mereka itu sebagai 'Agama' mereka.

Hatta Atheist sekalipun.

Claim to be 'not a believer' - but the truth that's their 'ideology',their 'religion'.

Kasihan.

Akibatnya,hidup menghambakan diri pada Material.Jiwanya kosong.

Bagi kita yang sudah bergelar Muslim,ketahuilah Islam itu adalah kebenaran.

Fahaminya elok-elok.

Sebarkan kepada Masyarakat dan Keluarga seberapa yang kita boleh.

Dan bergerak.

Kerana berkata itu sangat mudah.

Tapi hakikatnya,hanya yang bergerak akan berjaya.

Musuh-Musuh Fikrah yang lain - semuanya bergerak.

Apakah kita fikir dengan layu tepu kita boleh menang?

Bergeraklah.Dan beramal.

Sekian Coretan saya.

Tamat Siri Mutiara.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Penulisan Pendapat Peribadi berdasarkan Pengalaman Kehidupan.Jangan expect Tulisan ini setaraf Ijtihad.Kesilapan tentunya ada.


1 comment:

  1. Bagaimana Agaknya Seorang Perokok Melarang Anaknya Daripada Merokok?
    Bagaimana Seorang Ayah Yang Tidak Solat Menyuruh Anaknya Untuk Mendirikan Solat?
    Bagaiamana Seorang Ibu Yang Tidak Menutup Aurat Mahukan Anaknya Menutup Aurat?
    Bagaimana Seorang Ayah Yang Pada Masa Muda Dulu Begitu Enjoy Gila-Gila
    Mahu Anaknya Jangan Buat Itu dan Ini Seolah-Olah Tidak Mahu Pengalaman Jahil Masa Muda Dia Dulu Berulang Kembali Oleh Anaknya Pula? Bagaimana Agaknya....Hmmmm.

    ReplyDelete