31.10.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi September-Oktober 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


14 comments:

  1. Assalamualaikum akhi,insyaAllah saya inginkannya.Nak hadiahkan pada customer saya.

    Saya ada jalankan perniagaan tshirt islamik.Jadi saya fikir kalau saya dapat beri al-Quran pada mereka boleh galakkan mereka membaca tentang Islam bukan hanya pakai baju islamik saja

    InsyaAllah,jika akhi tak keberatan boleh hubungi saya disini http://twitter.com/ubay92

    ReplyDelete
  2. kepada yang lain - ada empat lagi naskhah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Saya nak hadiahkan pada mad'u (orang yang didakwahi) di IPT saya yang ingin berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah, moga beroleh manfaatnya.

    Jika berpeluang, ini emel saya: kudambacintaMu@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay saya sudah contact.boleh email pospenamaya@gmail.com

      Delete
  4. InsyaAllah ana ada serang kawan (mad'u) yang dalam proses nak berubah..tp, dia selalu balik rumah time weekend, so jarang pegi program.jadi, ana memerlukan Al-Quran ini utk ikat hati mad'u itu..jazakallah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay saya mahu contact.tetapi tiada email anda.boleh email pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yg anda ini nadirah chewel

      Delete
  5. assalamualaikum akhi. insyaAllah saya berminat untuk mendapatkan al-quran berserta terjemahan ini untuk sahabat saya. dia pernah berkata pada saya yang dia inginkan al-quran berserta terjemahan untuk membantunya mencintai Allah dan rasul dengan lebih lagi. dan saya merasakan al-quran ini mampu membantunya, insyaAllah.

    akhi boleh menghubungi saya di adeeyna_91@yahoo.com

    jazakallahu khairan kathira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay saya sudah contact.boleh email pospenamaya@gmail.com

      Delete
  6. Ada satu lagi naskhah.join sekarang.jzkk pada yang sumbang dana amanah.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Umar.

    Makcik ingin dapatkan naskhah terakhir ini buat anak saudara makcik yang telah menyuarakan hasrat inginkan terjemahan kpd makcik sebentar tadi..insyaAllah jika diizinkan makcik akan forward alamatnya di emel..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam makcik.boleh2.saya akan hubungi makcik ikut email insya-Allah.

      Delete
  8. assalammualaikum tuan

    saya ingin menghadiahkan al quran ini utk isteri sy supaya dia dpt memahami isi kandungan al quran dan tenang mengharungi kehidupan harian sbg pesakit kanser. semoga al quran ini juga menjadi penawar kpd penyakit isteri sy.

    tuan boleh hubungi sy di izzudin111@gmail.com

    terima kasih..

    hanya Tuhan Yg Maha Esa akan membalas jasa dan memberi rahmat dunia dan akhirat pd tuan sekeluarga dan yg memberi sumbangan dana...insyaallah...aaaammmmiiiinnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah akhi.saya akan hubungi anda melalui email.insya-Allah.kalau masih tak dapat email saya ,sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan nyatakan yang anda ini izzudin111 ..

      Delete