8.11.13

Selamatkan Anak Muda Kita.

Bismillahirrahmanirrahim.


tadi ada terbuka satu forum anak muda melayu.membincangkan cult skinhead,gothic etc.kebanyakan mereka tidak tahu apa yang diperkatakan mereka.hanya ikut-ikutan.menyanjung tinggi barat.ibarat sesuatu yang perlu diperagung.baju bundle diperaga dan dimuat-naik gambar-gambar.kasihan.kebanyakan yang terlibat adalah pemuda luar bandar.yang ibu bapanya susah.yang taraf ekonomi serta pelajaran rendah.

dare i say it,’social mobility is a myth’.itu yang saya percaya.jika sistem yang ada pada hari ini berterusan.pembodohan ini akan semakin berleluasa.hari demi hari.hanya islam ada penyelesaian.quran,sunnah dan kefahaman salaf perlu diterap dalam masyarakat kembali.jika tidak,mereka yang kosong akan cenderung mengambil apa yang dipapar media.samada perdana atau tidak.mereka akan terpropaganda.

apa sahaja yang ada dengan barat?gambar di atas ini saya ambil di stockholm.ketika lawatan ke sana.coretan tentang perjalanan ini boleh anda ikuti di instagram saya.balik pada topik.di-captionkan ia dengan ‘playing dirty'.apakah anda sangka dirty yang dimaksudkan dalam kaca mata barat ini sekadar dirty biasa?tidak.barat sememangnya satu tamadun yang penuh dengan ke-filthy-an yang luar biasa.

cukup sekadar itu saya terangkan.biarpun nampak maju di luar,dalamannya,moralnya. bagaimana?selamatkan anak muda kita - tanggungjawab ini jatuh pada anak muda yang lain sebenarnya.itu saya percaya.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment