28.12.13

Graduasi : Apakah Hidup Sekadar Ini?


Bismillahirrahmanirrahim.

Saya melihat gambar-gambar yang ditangkap oleh saya ketika berada di Helsinki,Stockholm dan Tallinn dua bulan lepas.

Gambar yang menceritakan kepada saya pelbagai perkara.

Gambar yang mengingatkan saya kembali betapa rosaknya Tamadun Barat ini.

Gambar yang menyeru saya untuk tidak terlalu memandang tinggi kepada Barat.

Dan salah satu dari Gambar-Gambar itu - dapat kita lihat di atas ini.

Seorang Wanita berusia lingkungan 50-an.

Seorang Feminis mungkin.

Sedang merokok.

Kelihatan dasarnya Beliau 'bergaya'.

Selidik sedikit lagi,Anda akan mendapati hidupnya sangat depressed.

Dan ya,jangan tengok terlalu lama.Saya pada mula fikir tidak mahu kongsikan gambar ini kerana Wanita ini tidak memakai menutup aurat.Tapi saya fikir - saya mahu tunjuk kerosakan Tamadun Barat kepada Anda semua di Malaysia.Agar tidak terlalu obses dengan mereka.

*** *** ***

Saya

Sebenarnya,sudah sembilan hari berlalu sejak saya berjaya dalam mempertahankan thesis Master saya.

Alhamdulillah.Segala puji hanya bagi Allah SWT.

Tapi,tidak saya coretkan tentang ini di mana-mana.

Kenapa?

Apakah saya tidak teruja dengannya?

Apakah saya tidak bangga?

Jujur cakap,saya tidak rasa apa-apa.

Tiada rasa teruja.

Malah,saya rasa 'the other way'.

Apakah dengan perkara ini saya menjadi Manusia yang lebih baik?

Sekarang saya sedang menunggu 'Birokrasi' untuk mendapat Sijil.

Sementara itu - apakah pengisian kehidupan ini?

*** *** ***

Hidup

Mungkin ada di antara Anda yang bosan apabila saya suka menulis tentang 'refleksi kehidupan'.

Ah,tidak mampu saya puaskan semua.

Malah,tiada siapa mampu saya puaskan.

Suka saya merenung - kini - tanggungjawab sebagai seorang Pelajar (buat masa ini) - sudah hilang.

Tapi,apakah itu sahaja?

Apakah hidup ini terhenti sekadar di tahap ini?

Saya berfikir - hidup - andai hanya untuk mengejar Dunia - once you got apa yang diimpi,Anda akan 'tercari' semula.

Orang yang hidupnya hanya bermatlamat 'wanita' - selepas mendapat 'wanita' - pasti tidak akan pernah puas.Dia akan mencari lagi.

Sama juga dengan saya.Andai hidup hanya untuk mendapat Sijil - saat Sijil dipegang - jadilah saya seperti Monyet yang diberi Laptop - tidak tahu apa untuk dibuat seterusnya.

Itulah perasaan yang saya alami sekarang.Tapi syukur,perasaan tidak lama.Saya masih diberi kesedaran.

Alhamdulillah - segala puji bagi Allah SWT.

Atas kerana Dia sentiasa Memberi kita petunjuk dan Hidayah-Nya.

Andai tiada pegangan dalam jiwa,kosonglah kehidupan.

Lantas jiwa diisi kebahagiaan sementara.

Seperti wanita di dalam Gambar di atas.

Ah,terlalu banyak nikmat diberikan Tuhan.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [Ar-Rahmaan : 73]

Berapa kali telah Allah keluarkan kita dari masalah yang kita sangka tiada jalan keluar?Tidak terkira bukan?

Tanyakan pada diri.

Kita tahu jawapannya.

Bukankah telah tiba masa untuk kita lebih serius dalam menjadi hamba-Nya?

Seperti dijanji kita tatkala dilanda masalah?

'Ya Allah,seandainya aku dapat benda ni,aku akan jadi lebih baik' - begini bukan?

Ah,tipikal kita.

Ayuh mulakan langkah.

Ubah diri kita.

Jangan hanya bersujud tatkala susah.

Oleh sebab itu - saya mengambil keputusan untuk (cuba) menulis dengan lebih kerap semula.

(Cuba) menjadi manusia yang lebih baik.

Semoga Allah terima amalan saya ini.

Jadi,kepada Para Pembaca yang masih setia,doakan saya.

Saya rasa - masih ada yang membaca.

Kalau tidak ramai,seorang dua.

Doakan agar kita semua sentiasa tetap di atas jalan-Nya.

Erm.

Terakhirnya,jemput menonton Video Produksi Terbaru Terbitan Pena Maya - Mesej,di bawah ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. Tanggungjawab sebagai pelajar yang diberikan biasiswa/pinjaman oleh kerajaan akan berakhir dengan hari graduasi yang akan ditetapkan..tetapi tanggungjawab sebagai pelajar kehidupan dunia tidak akan berakhir selagi kita belum mengetahui bilakah hari graduasi yang sebenar di hadapan Pencipta..semoga lebih kerap mengeluarkan entri2 terbaru selepas ini..

    ReplyDelete