1.12.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi November-Disember 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


14 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Saya sangat berminat dengan Al Quran berserta terjemahan ini kerana selama ini saya hanya membaca Al Quran tanpa terjemahan. Jadi, tidak semua cerita yang diceritakan di dalam Al Quran dapat saya fahami walaupun saya ada juga belajar Bahasa Arab ketika bersekolah agama di Johor.

    Terasa sungguh rugi apabila melihat ada rakan-rakan yang siap lekatkan dengan sticking note sebagai tanda contohnya kisah mengenai nabi ini diceritakan di dalam surah, mengenai akhirat di surah ini dll kerana sambil membaca AL Quran mereka dapat memahami maksudnya dengan melihat terjemahan tersebut.

    Saudara boleh menghubungi saya di: fazrul.faudzi@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.okay bro.akan hubungi .kalau tak dapat email saya hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sna nanti nama penerima nmbor telefon penerima dan alamat penerima.semoga dipermudah niat anda.

      Delete
  2. Salam, sy suhaila (ukhti.suhaila87@gmail.com). saya ada kenalan yg convert islam dah 5 tahun tp belum lancar membaca Al-Quran, sy berminat utk menghadiahkan kpd beliau, kerana beliau ada menyatakan hasrat kpd saya ingin belajar Al-Quran dgn saya, namun saya dan dia tiada kesempatan utk itu lantaran sekarang kami duduk jauh, sy perak dia Shah Alam, Boleh saya Booking satu utk dia, sebab sy belum dapatkan alamat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.okay saudari.akan hubungi .kalau tak dapat email saya hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sna nanti nama penerima nmbor telefon penerima dan alamat penerima.semoga dipermudah niat anda.

      Delete
  3. Assalamualaikum . Saya ingin menghadiahkan Al-Quran kepada seseorang . Mungkin dengan memberi Al-Quran ini boleh membuatkan dia terdetik untuk berubah ,selalu baca serta faham makna dan In Shaa Allah makin dekat dengan Allah . Boleh contact saya di twitter @FatonahZaidi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Ana ukhti lisa. Ana ada seorang sahabat non muslim. Dan dia berhasrat ingin memeluk islam. Dia juga menyatakan hasrat ingin menambaikan rasa cinta kepada Allah dan Rasul dengan taddabur tafsir Al Quran. Jadi ana nak hadiahkan tafsir Al Quran ini kepadanya supaya dia kuat kerana banyak halangan untuk dia memeluk islam. Dia jauh. Ana di perak, dia di johor. Dia memang teringin sangat untuk memiliki Al Quran yang ada tafsirnya. Andai ada rezeki buat sahabat ana, boleh contact ana khaliesah_gemini@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum . Saya ingin menghadiahkan Al-Quran kepada seseorang . Mungkin dengan memberi Al-Quran ini boleh membuatkan dia terdetik untuk berubah ,selalu baca serta faham makna dan In Shaa Allah makin dekat dengan Allah .( hazriqal94@yahoo.com )

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.okay .akan hubungi .kalau tak dapat email saya hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sna nanti nama penerima nmbor telefon penerima dan alamat penerima.semoga dipermudah niat anda.

      Delete
  6. penyertaan ditutup.kalau tidak dapat boleh cuba next month.

    ReplyDelete