31.12.13

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi November-Disember 2013).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


15 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya amat berminat untuk dapatkan Naskah Terjemahan Al Quran ini.

    Jujurnya saya mahu dapatkan naskah ini untuk diri sendiri. Saya melihat diri sendiri yang jarang membaca Al Quran bersama terjemahannnya. Saya amat percaya dengan memperoleh naskah Al Quran ini, akan lahir rasa tanggungjawab dan keperluan untuk saya membaca dan Al Quran bersama terjemahannya kerana Al Quran ini datang hasil daripada bantuan orang ramai. Saya melihat motivasi sebegini dapat menjadi pendorong untuk saya konsisten dan tidak mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim. InshaALLAH.

    InshaAllah, pihak tuan boleh hubungi saya di email badishak@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.

      insya-Allah .semoga quran ini dimanfaatkan. saya sudah hubungi anda ikut email.kalau tak dapat email saya hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nama penerima alamat penerima nmbor tepon penerima.

      Delete
  2. ada 4 lagi quran percuma.sebarkan kepada kawan-kawan.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    saya berhajat untuk memperolehi naskah al quran terjemahan ini...

    saya seelalu membaca al quran tetapi hanya membaca dan tidak dapat kefahaman maksud ayat kalau diberikan kesempatan mendapat senaskah alangkah baiknya bagi diri saya,dapatlah lebih faham akan ayat yang dibaca..semoga mendapat pertimbangan saudara..wallahu aklam.

    saya boleh dihubungi melalui email: daengjr@gmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.

      insya-Allah .semoga quran ini dimanfaatkan. saya sudah hubungi anda ikut email.kalau tak dapat email saya hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nama penerima alamat penerima nmbor tepon penerima.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Alhamdulilah, saya amat berminat untuk mendapatkan senaskhah al Quran terjemahan ini.

    Inshaallah al Quran ini akan dihadiahkan pada diri saya sendiri, seterusnya inshaallah saya akan manfaatkannya pada orang lain juga. Inshaallah dengana adanya al Quran ini, ianya membantu saya untuk lebih tadabbur maksud al quran itu sendiri, cuba untuk memahami dan seterusnya berusaha utk mempraktikkan apa yang terkandung dalm al quran itu sendiri.

    Dengan adanya, al quran ini, ia dapat dimanfaatkan ayat serta terjemahannya untuk dikongsi serta difahami bersama keluarga dan rakan rakan.
    moga allah merahmati kamu atas jasa baik yang telah diberikan.

    disini saya sertakan email : niena_vanilla@yahoo.com

    moga allah mudahkan urusan tuan.
    jazakallah khairan kathira, assalamualaikum .

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.

      insya-Allah .semoga quran ini dimanfaatkan. saya sudah hubungi anda ikut email.kalau tak dapat email saya hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nama penerima alamat penerima nmbor tepon penerima.

      Delete

  5. Assalamualaikum saya teringin sgt alquran yang mempunyai terjemahan.
    Sy igt manfaatkannya,insyaAllah.
    Ada terjemahan pun di telefon tp berbahasa inggeris.
    Boleh sy manfaatkn di U apabila masa lapang dgn membaca alquran dan terjemahan.
    Ingin lebih dekatkan diri kepada Allah.
    semoga sy diberi peluang untuk menerima alquran ini.

    Boleh hubungi sya di shuhadah_ezaty@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.

      insya-Allah .semoga quran ini dimanfaatkan. saya sudah hubungi anda ikut email.kalau tak dapat email saya hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nama penerima alamat penerima nmbor tepon penerima.

      Delete
  6. Assalamualaikum, saya ingin hadiahkan alQuran ini untuk anak saya. Untuk dia bawa ke asrama nanti, supaya dia tidak lupa untuk membacanya setiap hari. Boleh email rohaya_salim@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt.

      insya-Allah .semoga quran ini dimanfaatkan. saya sudah hubungi anda ikut email.kalau tak dapat email saya hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nama penerima alamat penerima nmbor tepon penerima.

      Delete
  7. Assalamualaikum

    Jika bekesempatan saya ingin berikan al quran ini kepada seorang rakan saya yang berniat masuk islam..dia tetarik untuk masuk islam. Dia berasal dari sarawak dan merupakan rakan kelas saya. Semoga dengan pemberian ini lebih terbuka hatinya untuk memeluk islam dan lebih mendalam mengetahui tentang islam serta mengetahui makna sebenar mengenai islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. insyaAllah boleh.tpi bagaimana saya boleh hubngi anda ya? sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan di sana nanti nama penerima nmbor tepon penerima dan alamat penerima dan bilangkan yang anda ini aku penghibur.

      Delete