30.12.13

Quick Rant : Isu Letupan Di Volgograd.

Bismillahirrahmanirrahim.

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" [Adz-Dzaariyaat : 55]

Bagi Anda yang masih belum tahu,dalam tempoh tidak sampai sebulan - dua 'letupan' telah berlaku di Volgograd Russia.

Dan dalam tempoh tidak sampai 4 Bulan,3 letupan yang mengorbankan banyak nyawa telah berlaku di sana.

Bagi Anda yang masih tidak tahu,boleh Google tentang berita ini.

Atau - boleh baca di link-link ini :

1) Volgograd Bus Bombing.
2) December 2013 Volgograd Bombings.

Dan kalau Anda baca Berita ini -> Second suicide attack hits Russia's Volgograd - di bahagian komennya hanya menunjukkan satu perkara di antara sekian perkara yang ditunjuk.

Blind hatred.

Saya tidak mahu berkata tentang Insiden.

Tapi saya mahu berkata tentang komen di Bahagian Berita.

Komen ini secara jelas menunjukkan kita sedang hidup dalam Zaman yang penuh Fitnah,Ujian dan Tipu Daya.

The masses are gullible.

Jadi,tanggungjawab kita sebagai Muslim adalah - jangan beremosi.

Kita perlu menjadi 'pencerah' dalam kekusutan ini.

Menerangkan kepada orang ramai tentang apakah itu Islam - dan dalam masa sama - kita sendiri perlu menghidupkan satu kehidupan dengan roh Islam yang dibawakan Muhammad SAW.

Bukan hanya beretorik bila Isu berlaku.

Teruskan mencerah.

Tapi,untuk mencerah - agar tidak hanya menambah 'kabur' - pencerahan itu perlulah seiring dengan pencarian Ilmu.

Banyak Majlis Ilmu di Malaysia.

Di Youtube pun banyak.Di Blog.

Boleh baca Penulisan oleh Ustaz Hasrizal,Ustaz Emran,Dr MAZA,Dr Zaharuddin,Dr Basit Rahman,Dr Maszlee dan lain-lain.

Anda boleh klik nama-nama di atas untuk pergi ke Laman Web mereka.

Baca Penulisan-Penulisan mereka.

Dikongsikan nama di atas kerana mereka ini antara yang diyakini ilmunya,insya-Allah.

Ketahuilah,tanpa ilmu yang benar - usaha 'pencerahan' kita akan layu ditelan masa.

Ilmu itu perlu.

Tapi yang paling penting,niat yang benar itu lebih perlu.

Ketiga-tiga ini perlu seiringan - Ilmu,Niat dan Usaha.

Insya-Allah.

Sama-sama kita usahakan.

Semoga Allah SWT memberikan balasan yang baik.

“Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : "Kelak pada akhir zaman akan sampai satu masa di mana orang yang sabar (dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar) seperti menggenggam bara api,manakala orang yang masih terus berjuang dan bekerja (ke arah memperbaiki manusia),maka ganjarannya adalah seperti 50 orang lelaki yang beramal seperti amalan mereka.Baginda SAW ditanya : "Wahai Rasulullah,apa maksud kamu 50 lelaki di kalangan mereka?Jawab Baginda : "50 lelaki di kalangan kamu (Para Sahabat)." [Hadis Riwayat Abu Daud,Ibn Majah dan Al-Tirmizi]

Menurut Imam Ibn Abdil Bar : "Hadis ini menunjukkan kemampuan manusia pada akhir zaman selepas zaman sahabat untuk memperolehi kedudukan sebahagian daripada sahabat atau menjadi lebih afdal daripada sebahagiannya.”

Menurut Imam Izzudin Abdul Salam pula : "Perkara ini dibina atas dua kaedah : Pertama,setiap amalan soleh akan pasti melahirkan hasil yang baik untuk si pelaku.Keduanya,orang yang mampu melaksanakan Islam pada akhir zaman walaupun nampak pelik dan ganjil,maka pelik dan ganjilnya itu adalah seperti pada zaman awal Islam (justeru mereka berhak mendapat kebaikan yang sama dengan para sahabat pada zaman awal Islam)." [Rujuk Tuhfatul Ahwazi,karya Al-Mubarakfuri,jilid 8,ms 57]

Semoga ditetapkan hati kita.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


2 comments: