26.1.14

Binge (Ya,Saya Dictophile).

Prenote : Artikel berkisar mengenai Sejarah Islam di Spain,Isu Hati Berbolak-Balik.Tajuk sekadar hiasan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya,dalam hidup ini - kita mudah terganggu.

Mudah hilang fokus.

Mudah lupa diri.

Ayat-ayat pendek seperti di atas ini,saya mula menggunakannya sejak beberapa tahun lepas jika tidak silap.

Selepas membaca beberapa novel Palahniuk.

Sebelum itu,Penulisan saya sangat panjang.

Seolahnya semua hendak ditulis.

Dan Tajuk Artikel juga - kadangkala mencecah lima baris.

Tapi tidak menghairankan.

Manusia berubah.

Lagipun itu adalah zaman ketika Tajuk Album juga ditulis dengan sangat panjang.

Ah.

Zaman berubah-ubah.

Tapi ada satu perkara yang tidak pernah berubah.

Mesej Islam.Ianya tetap sama.

Saya terfikir ketika berada di Spain baru-baru ini.

To be exact,ketika saya berada di Cordoba,sekembalinya saya dari Medina Azahara.


Medina Azahara dikunjungi Warga Barat - mereka mengkaji Sejarah Kita tatkala kita dihidang dengan Maharaja Lawak

Fikiran itu bernada sebegini - kita sering rasa Tamadun Barat ini invincible.Atau dalam kata lain - mustahil ditumpaskan.

Sebenarnya kita silap.

Tamadun Moden yang ada hari ini baru wujud tidak sampai 100 Tahun.

Khalifah Uthmaniyyah jatuh 1923.

Masih baru.

Jadi,yakinlah bahawa Islam akan bangkit kembali.

Bila?

Tidak penting.Tapi ianya pasti terjadi.

Persoalan yang penting : Apakah kita bersama-sama bergerak dengan mereka yang bekerja dan berusaha ke arah ini?

Itu sebenarnya yang penting.

Ini kerana jika dilihat,Sistem Barat hari ini sedang mengalami banyak masalah.

Sekarang ini,pada saat ini,di Kiev,Ukraine sedang berlangsung Euromaidan.

Apakah Euromaidan itu?Ongoing public protest di sana.

Dan di beberapa Negara Eropah,Ekonomi mereka sedang gawat.

So,tidaklah invincible sangat 'kan?

Bekerjalah.

Dan bekerja.

Ah.

Jauh saya lari dari Topik asal.

Bukankah saya sudah katakan - kita ini mudah hilang fokus.

Terutamanya dalam Dunia Internet hari ini.

Sangka mahu mendengar bacaan Al-Quran,tapi pada akhir mengkaji diskografi sebuah kugiran.

Masa yang ada dibiarkan begitu sahaja untuk perkara yang sia-sia.

Ini kerana hati kita ini,sering berbolak-balik.

Hanya satu sahaja cara untuk memastikan sering istiqamah.

Mohonlah kepada yang Memiliki hati-hati ini.

Al-Quran mengajar kita doa yang bermaksud :

"Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau memesongkan (gelincirkan) hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" [Surah Ali ‘Imran : 8].

Nabi SAW pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)!Tetapkan daku atas agamuMu" [Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih].

Baca Link ini untuk maklumat lanjut.

Seperti mana Penulisan saya yang sering bertukar nada seiring pertambahan usia,begitu juga hati kita.

Mudah sahaja tergelincir dengan perkara yang tidak sepatutnya kita berikan perhatian.

Jaga hubungan kita dengan Tuhan yang Maha Esa,andai bicara mahu mengubah dunia.

Insya-Allah,semoga saya mengamal apa yang ditulis.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : A binge is a behavior engaged in excessively over a short period of time.So,what is your binge right now?The good,or the bad?


Kejahilan Itu Sebenarnya Berada Di Bawah Satu Panji (Gambar Diambil Di Lisbon)

No comments:

Post a Comment