23.1.14

Hadiah Bible/Buang Bayi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Seorang Sahabat saya,menerima Hadiah Bible dari seorang kenalan Christiannya.

Sahabat saya ini (seorang yang dengan izin Allah SWT - juga aktif dalam Dakwah Dunia Sebenar) mengatakan kepada saya - perbuatan kenalannya ini hanya menunjukkan semangat mereka.

Semangat menyebar ideologi yang mereka pegang - tanpa mengira samada individu itu adalah Paderi,Doktor Falsafah mahupun Janitor atau orang biasa.

Semangat menyebar.

Saya reflek kembali perkara ini.

Perkara bertentangan berlaku dalam masyarakat Muslim kita.

Islam dianggap sesuatu yang 'taboo' untuk dibicara secara terbuka.

'Kampung' jika dua orang Muslimin ingin berbicara tentang Islam.

Itu stigma kebanyakan orang.

Erm.

Sedangkan di dalam Al-Quran,ada satu ayat Al-Quran jika diterjemahkan berbunyi,

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah (selamatkan) diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)..." [At-Tahriim : 6]

Sepatutnya kita yang mengaku beriman dan percaya akan kebenaran ini - tentulah lebih dinamik dalam kepenggerakan menyeru masyarakat kepada Tuhan - siapapun kita - hatta seorang Pemuda kelulusan Sains Sosial.

Lakukan apa yang termampu - hadiahkan Quran,buku-buku Asas Islam.

Dinamikkan Islam itu dalam Masyarakat kita.

Hasilkan flow 'ingin tahu'.Walaubagaimanapun,perlulah dengan Ilmu dan Niat yang betul.Semangat sahaja tidak membawa ke mana.Tapi ingat,ianya elemen yang sangat penting.

*** *** ***

Spain

Saya tertarik untuk berkongsi Artikel bertajuk Christianity and the Muslim Conquest of Spain yang saya baca baru-baru ini [Link].

Sebenarnya banyak Penipuan yang sedang berlaku hari ini.

Digambarkan Islam dengan sesuatu yang hina.

Sedangkan tempoh 'kelemahan' ini berlaku tidak sampai 100 tahun lagi.Tapi,di-spinnya oleh Media di sana-sini - kononnya Islam ini adalah gasar sejak awal.Sedangkan Islam bukanlah gasar.

Erm.Itulah peranan Media.

Banyak saya ingin coretkan mengenai kembara saya ke Spain,Portugal dan Italy.

Tapi masa yang kurang menyaksikan saya hanya dapat update di Instagram saya.

Jemput baca bagi yang belum baca.

Satu perkara yang saya dapat,salah satu punca kejatuhan Muslimin di Rantau Andalus (Semenanjung Iberia) adalah kerana dosa yang dilakukan kita.

Dan dosa jugalah yang menyebabkan kita jatuh hari ini.

Sebagai satu peringatan untuk kita.

Baru sebentar tadi saya membaca berita mengenai Mayat Bayi di Tandas Masjid.

Astaghfirullah.

Apakah ini?

Binatang pun tidak bunuh anak sendiri.

Entahlah.Melayu dan dramanya.Di sudut Politik,kedua-dua belah dipenuhi fanatisme melampau.Siapakah Melayu tanpa Islam?Nothing.

Jangan putus asa,wahai saudara-saudara seakidah sekalian.

Sama-sama kita berusaha untuk bangkit semula.

Bangkit itu hanya mampu dicapai dengan kembali kepada Allah SWT.

Dan untuk disclaimer,bukan untuk berlagak : Penulis memegang Sarjana (Ijazah Master).Jadi,kepada Anonymous-Anonymous Terlebih Masa yang berselindung di sebalik nama Anonymous,jangan pelik jika Penulisan Penulis penuh dengan fikiran dan kritikan.

Apa guna menjadi Sarjana jika tidak memberi Idea kepada Masyarakat?

Sengaja saya sentuh perkara ini.Untuk beritahu kepada Audiens.Sebab,entah.Sesetengah Melayu ini,kadangkala buat saya sangat kasihan untuk hidup dalam kalangan mereka.Sangat hasad dalam keadaan diri sendiri terkontang-kanting.

Saya seronok ketika melihat Komuniti Islam Revert di Sepanyol.

Tapi,bila kembali ke Alam Realiti membaca Akhbar Online,saya sedih.Tapi tidak mengapa.Usaha mesti dilakukan.

Kepada Allah SWT kita semua akan kembali.

Bergeraklah!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya tulis Artikel ini sepintas lalu di dalam bilik yang agak bising dengan pelbagai bunyi.Jadi maaf jika banyak kesilapan dan ayat berulang.


Tapak Arkeologi Di Alhambra - Banyak Tapak Sebegini Di Spain - Mereka Mengkaji Kita Tatkala Kita Dilenakan Dengan Isu Ranting

1 comment:

  1. kes buang bayi ni dulu pernah senyap sekejap. tapi sejak beberapa tahun kebelakngan ni yang bila mana "Hiburan Didahulukan, Keseronokan Diutamakan" oleh pihak pemerintah di Malaysia nih. kes buang bayi dah mula kembali. tahun ni saja dah masuk 2 kes dah. baru bulan satu. ada sebelas bulan lagi. xtahu berapa banyak lagi kes yang akan dilaporkan. itu yang terlapor, yang xidak dilapor pasti lebih lagi. Malaysia juga dah dihujani pelbagai bala, tapi pemerintah x nampak apatah lagi rakyat. Bla ikan melompat naik kedarat dikatan faktor saintifik. bila banjir dan tanah runtuh kata bencana alam. tapi bila harga barang naik baru kata ketentuan Allah. dimana perginya alim ulama? adakah ianya selari dengan hadis Baginda Rasulullah yang berbunyi.

    "Dari Sahl bin Saad as-Saaidi ra berkata: Rasulullah saw bersabda: Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu(sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman dimana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. hati mereka seperti hati orang Ajam )pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab pada Fasihnya)."

    dan "Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (nanungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali.- HR al- Baihaqi."

    Di Malaysia ada satu tindakan yang mana apa yang dibuat oleh pemerintah betul dan bila rakyat menegur atau membantah akan ada alim ulama tampil membuat kenyataan yang kononnya dari Tafseer, Seerah dan lain2 yang menghukum rkyat sebagai derhaka dan halal darahnya untuk dibunuh.

    tapi siapa yang nak tegur Kerajaan bila mana "Teguran" dari Allah juga diabaikan?

    ReplyDelete