4.1.14

Mereka Yang Telah Pergi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah 4 Januari 2014 di Moscow.Sungguh cepat masa berlalu.

Benar kata seseorang kepada saya tidak lama dahulu.Kita hidup dalam waktu yang tiada keberkatan.Waktunya ada.Tetapi,akibat terlalu banyak masa yang terisi dengan maksiat - apa pun kita tidak sempat buat.

Beruntunglah mereka yang sentiasa menjaga masanya.Sentiasa mengingati Tuhan.

Allah,berikanlah kekuatan.

*** *** ***

Mereka

Sebentar tadi,saya melihat satu Status Twitter oleh seorang Sahabat.



Ad-Dien ini saya kenal orangnya dalam Dunia Realiti.Saya yang kenal Beliau.Tapi dalam waktu yang sama,saya agak yakin yang Beliau tidak tahu yang saya merupakan Penulis Pena Maya.

Tidak mengapa.Itu tidak penting.

Yang mahu kita ceritakan adalah tentang Status yang dikongsikannya itu.

Tentang Adibah Khairy.

Siapa Beliau ini?

Saya tidak kenal.

Tapi bila saya buka Profilenya,Status terakhirnya berkisar tentang Tuhan.Tentang Allah yang Maha Memiliki sekalian alam.

Erm.

Itu status Terakhirnya.

Buat saya terfikir - bagaimana pengakhiran diri saya?

Saya teringat satu kisah.

Tentang seorang Saudara.Namanya Mas Afzal.

Saya tidak tahu bagaimana saya boleh terjumpa blognya.

Tapi,apa yang saya tahu - Penulisan yang saya baca di blognya itu menitiskan air mata saya.

Penulisan tentang Kasih Ibunya.

Dan ketahuilah,Penulisan itu merupakan Penulisan terakhirnya - sebelum pergi menghadap Ilahi.

Boleh baca Penulisan itu di sini.

Ah,itu mereka.

Bagaimana dengan kita?

*** *** ***

Blog

Saya suka menulis di sini.

Kerana walau kini mungkin ada yang berkata - 'zaman blog telah berakhir' - tapi kadangkala itu mungkin lebih baik.

Lebih fokus saya untuk menulis.

Sukanya saya untuk menulis adalah kerana ibarat kekuatan diperolehi setelah menulis.

Satu perasaan yang hanya difahami oleh mereka yang juga menulis.

Menulis sebagai peringatan,selain motivasi buat diri.

Erm.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa mereka-mereka yang telah pergi yang saya sebutkan nama-namanya di atas ini.Semoga amalan-amalan mereka diredhai dan diterima-Nya.

Dan kita - sementara masih bernyawa - sama-sama kita kejar redha,rahmat dan keampunan-Nya.

Kerana kita tidak tahu bagaimana pengakhiran diri kita ini.

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya..." [Al-Mulk : 2]

Sekian dari saya.

Assalamualaikum dan Bersegeralah Dalam Beramal.


4 comments:

  1. Yupz. Manusia yang menulis itu lebihnya peringatan untuk diri . Bagi motivasi pada diri.

    Dan selepas adibah khairy ada satu adik ni juga "bangun 2 pagi untuk tahajud waktu subuh telah tiada" ya itu.pengakhiran mereka. Moga khusnul khotimah . Tapi kita yang masih bernyawa ? T.T

    benarlah kematian itu sebaik baik peringatan. Wallahualam

    ReplyDelete
  2. Allah.. mudahan mati kita husnul khatimah dan dalam redha Allah..

    ReplyDelete
  3. Ohh really? Kenal saya in realiti too?

    Belajar rusia ye..hehe macam kenalll jek pena maya ni..hehe :)

    Senyap² tulis pasal saya kat sini...ingat saya tak tau ye..hehe

    ReplyDelete