24.1.14

Sejarah Yang (Mampu) Membangkitkan Rasa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya,Sejarah ini - jika kita perhatikannya dari sudut pandang yang betul - dan menggunakan penapisan yang adil dan jujur - mampu membangkitkan rasa Iman dalam diri.

Malah,jika Anda banyak mengembara,banyak 'dot-dot' yang Anda boleh sambungkan dari Pembacaan di Buku dan juga apa yang Anda temui di Jalanan.

Sejarah bukanlah sesuatu yang ringan.Ianya sesuatu yang essential.

Apatah lagi Sejarah Islam.

Ianya penting kerana ia melibatkan kita.Kita sebagai mereka yang mengaku percaya wujudnya Hari Pembalasan.

Kembara saya ke Al-Andalus baru-baru ini banyak memberi kesan kepada saya secara jujurnya.

Terlalu kecil diri ini sebenarnya jika dibandingkan dengan Generasi Islam terdahulu.

Mereka bukan sahaja mahir dalam Ilmu Islam,tapi mereka juga mengetuai satu Tamadun yang sangat hebat - malah dikatakan salah satu Puncak Kemanusiaan berada semasa Tamadun Islam di Andalus.

*** *** ***

Kongsi

Saya mahu berkongsi dengan Anda Para Pembaca sebuah Video.


Video yang panjang,tapi ianya sangat berbaloi untuk ditonton.

Kalau mahu download adalah lebih baik.

Video mengenai Sejarah Islam di Barat.

Antara quote-quote yang menarik yang saya rasa mampu membuatkan Anda tergerak untuk menontonnya adalah :

"- Tahukah Anda Oxford itu inspirasi untuk mengasaskannya datang dari Bandar Toledo Versi Islam?

- Muslim menyelamatkan Karya Saintis terdahulu ketika Christendom masih tertutup dan enggan melihat kepada Sains.

- Apa yang saya belajar dari Muslim adalah untuk membebaskan Minda dari kebodohan.

- Jangan menangis ibarat perempuan jika tidak pernah mempertahankan maruahmu seperti Jantan.

- Islam datang sebagai saviour,bukan corrupter of the West
".

Dan banyak lagi.

Dokumentari ini memang satu eye-opener bagi saya.

Alhamdulillah kerana ianya dilapor secara adil.

Bila difikir,mereka cuba menutup cahaya Allah SWT,tapi kadangkala kebenaran itu ditakdirkan Allah SWT untuk disebar melalui orang-orang mereka sendiri.

Dan kelebihan sesetengah orang Barat ini (yang mewarisi Ilmu dari Tamadun Al-Andalus) - mereka sangat open dalam beberapa aspek,terutama Akademik.

Semoga Allah SWT berikan Hidayah dan Petunjuk-Nya ke arah kebenaran kepada mereka-mereka yang mencari kebenaran.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Dekat bahagian komen Video banyak komen hatred oleh orang-orang yang ignorant.Itulah jadi bila melayan debat di Internet.Tiada efek dalam Dunia Sebenar.Tonton Video ini,ambil manfaatnya dan aplikasikan dalam kehidupan Masyarakat Sekeliling Anda.Masa kita amat kurang,tanggungjawab kita banyak.


No comments:

Post a Comment