27.1.14

Sepayah-Payah Warak,Adalah Pada Lisan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah - sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya kerap update Blog ini.

Alhamdulillah.

Saya teringat kata-kata seorang Ustaz di Blognya - "Tujuan saya menggunakan Platform Blogspot kerana ianya free.Jadi,diharap apabila saya sudah mati sekalipun,penulisan saya kekal untuk dibaca orang.Kalau menggunakan platform berbayar,setelah saya pergi,siapa mahu bayar harga hosting?".

Erm.Makes sense.

*** *** ***

Instagram

Tadi,saya ada update Instagram.

Oleh kerana saya rasakan Postingnya bermanfaat,saya kongsikannya di sini.


mural jalanan di stesyen metro aeroporto,lisboa.

salah satu perkara yang saya rasa kita perlu belajar dari barat moden adalah bagaimana mereka menghargai generasi muda mereka.

apabila pandangan muda dihargai,generasi berdarah panas ini akan lebih bersemangat dalam apa yang mereka lakukan.

passion atau keghairahan yang dimiliki generasi muda mereka dalam melakukan apa yang mereka yakini saya fikir sangat impressive.

dalam seni misal kata,setiap hari pelbagai forma seni muncul akibat passion yang tinggi.jadi di sini,mereka passion dengan ideologi yang mereka pegang.

sekarang ini,soalannya,bagaimana kita - mahu mewujudkan passion yang serupa dalam jiwa para pemuda kita - terhadap kebenaran ini?

saya fikir,hanya pemuda yang dapat membakar semangat pemuda yang lain.kerana mereka saling memahami.

dan ghairah,hanya dapat dicapai jika ada tahu.

nota kaki : barat mengesahkan yang salah satu punca kejayaan Salahuddin al-Ayyubi menawan jerusalem semula adalah kerana dia bukan sahaja seorang panglima,tapi dia juga seorang inspirer kepada pasukannya.passion.

Tentang Saladin sebagai inspirer,saya jumpanya di dalam sebuah video Dokumentari.

Video yang bagus bagi saya.Tapi,perlu ada penapisan kerana ianya diterbitkan oleh Produksi Orientalis Barat.Jadi,ada sesetengah bahagian yang perlu ditapis.Kalau ada kecurigaan,sila rujuk kepada yang pakar.

Tapi overall,saya rasa banyak manfaat yang boleh kita dapati daripadanya.


Semoga bermanfaat.

*** *** ***

Ilmu

Perkara yang paling sukar - malah amat sukar dilakukan oleh setiap manusia adalah mengamalkan apa yang diketahuinya.Menukar ilmu - kepada pempraktisan.

Ya,ianya sukar.

Boleh jadi,seorang Facebooker Islamik terkenal itu tidak pernah bersolat jemaah.

Boleh jadi seorang Blogger Islamik terkenal itu tidak pernah menunaikan Solat Sunat seperti yang di-preach-nya dalam Penulisan.

Saya memohon perlindungan daripada Allah SWT dari sikap sedemikian.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" [As-Saff : 2]

Jadi di sini,apa yang paling penting sebenarnya bukan sebanyak mana kita berkata,menulis - tapi seorang akh/brother/saudara yang benar itu adalah mereka yang cemerlang dalam ibadah/tindakan/akhlak sehariannya.

And that my brother,is what counts.

Saya mahu kongsi satu Quote yang saya dapat dari Ustaz Fahmi Rusli.Muda orangnya.

Di dalam Kitab al- Wara' karya al-Imam Ibn Abi ad-Dunya,Beliau naqalkan kata-kata seorang Ulama dalam bab al-Wara' pada lisan.

Katanya : Sepayah-payah warak, adalah pada lisan.

Alangkah ajaibnya lisan, saiznya walau kecil, kesannya jila disalah gunakan sangat besar.

Astaghfirullahalazim.

Berfikirlah sebelum berkata-kata.

Sedap sebenarnya menyakitkan hati manusia lain,tapi persoalannya - sanggupkah kita menggadaikan Akhirat kita?

Fikir-fikirkan.

Itu sahaja untuk malam ini.

Semoganya saya dapat mengamalkan apa yang ditulis.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


Pemandangan Dari Atas Jambatan Bandar Sevilla - Banyak Hendak Dikongsi Tentang Musafir Andalusia - Saya Cuba Apa Termampu.

1 comment:

  1. Agak benar pandangan bahawa paparan di blog lebih kekal sifatnya kalau nak dibandingkan medium twitter, facebook, youtube, whatsapp, wechat, telegram, dan seumpannya. Agak terbelakang dalam definisi orang kini namun medium blog ini masih relevan rasa saya. Justru itu saya juga masih kekalkan penulisan di sini sejak 2006 tentang sesuatu yg terlintas untuk tatapan umat ini agar ada manfaatnya di sana. Setidak2nya boleh menjadi bahan jawaban tika di tanya nanti di alam barzakh atau di alam mizan, apa yg pernah kamu lakukan dalam menyampaikan risalah Allah di muka dunia ini. Doakan kesudahan yg baik untuk kita semuanya. Amiin.

    ReplyDelete