5.1.14

Young Andalus (Musafir Dan Niat).

Bismillahirrahmanirrahim.

Moscow-Madrid-Granada-Sevilla-Cordoba-Lisbon-Rome-Paris-Riga-Moscow.

9 Lokasi,6 Negara.

Insya-Allah,dengan izin-Nya - saya akan bermusafir ke lokasi-lokasi di atas untuk beberapa tempoh mulai malam ini - dengan misi Utama melihat Sejarah Tamadun Islam Moor.

Berseorangan,ini mungkin musafir terakhir saya sebelum pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian.

Sebenarnya,memang benar kata mereka yang berpengalaman - waktu muda - sebagai seorang lelaki - perlu dihabiskan dengan mengenali dunia.

Kalau tiada kesempatan,Anda tidak perlu pergi jauh.Anda tidak perlu berhabis mahal.

Cukup jika waktu muda dihabis untuk mengembara,melihat dunia,memerhati manusia,mengambil tauladan - dan pengajaran itu pada akhirnya dikaji - supaya tidak diulangi kembali oleh kita.

Jika di Malaysia,bagi yang berada di Bandar,cuba ambil masa hujung minggu Anda untuk disconnect dari Dunia Urban dengan melawat Kampung/Felda.

Dengan cara ini,Anda boleh memahami kenapa kadangkala Anak-Anak Muda yang berasal dari Luar Bandar begitu tidak selesa dengan kemewahan yang dihidupi mereka di Bandar.

And vice versa.

To change the world,is to know the world.

Malaysia masih banyak untuk diteroka.

Bagi yang bergelar Pendakwah juga begitu.Spend sedikit harta,untuk pergi ke Sabah (misal contoh).Atau melawat Kampung Orang Asli.Kenapa?

Untuk melihat betapa Aktifnya Kepenggerakan 'Penyeru Kepercayaan Lain' menyebarkan kepercayaan mereka,sedangkan kita yang mengaku percayakan Akhirat - terus lena.

Tapi semuanya bergantung pada niat.

Jangan lakukan ini semata untuk melihat 'kemodenan bandar'.Jangan juga lakukan ini semata untuk 'posing gambar Insta'.Dan paling penting,jangan lakukan ini 'just for the sake of travelling itself'.

Tujuan utama mengembara - sebagai seorang Muslim - adalah untuk melihat kerosakan manusia yang lupakan Tuhan/sejarah etc etc.

Dalam kata lain,untuk berkongsikan Ilmu.

Ilmu.Itu kata kuncinya.

Kembara yang tidak meningkatkan Iman,erm - boleh diibaratkan satu pembaziran.Sudah lihat 'Masjid yang dimuziumkan di Turki' - tapi fikiran masih 'ter-muzium'.Berbaloikah?

Betulkan niat kita.

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab RA katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah". [Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya]

Ah.

Semoga semuanya selamat.

Bagi yang berminat,ikuti Pengembaraan saya di Instagram Pena Maya.

Akan cuba live update di sana bila ada kesempatan.

Ini kerana saya tidak yakin yang saya akan ada banyak masa untuk update Pengembaraan saya di sini.

Pengembaraan saya ke Negara Baltic/Scandinavia baru-baru ini juga masih belum dikongsi sepenuhnya.

Tidak mengapa.

Kalau tidak dapat semua,kita buat apa termampu.

Itu sahaja dari saya.

Maaf terpanjang.

Assalamualaikum dan Mari Beramal.

P/S : Dua Negara yang saya agak sedih kerana tidak sempat pergi sepanjang belajar di sini adalah Uzbekistan dan Dagestan.Uzbekistan kerana Imam-Imam Hadisnya.Dagestan kerana terdapat Makam Para Sahabat Rasulullah SAW di sana.


1 comment:

  1. doa orang yang bermusafir itu antara yang makbul.
    maka doakan manusia-manusia seluruh bumi.

    dan jika sudi. doakan agar urusan kami yang sedang berperang dengan pen dan kertas diberi mudah.

    semoga perjalan anda Dia redha.

    ReplyDelete