1.2.14

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Januari-Februari 2014).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

"...Dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..." [Al-Hashr : 18]

Hidup tanpa mengetahui tujuan kehidupan - sangatlah kosong perasaannya.Apakah panduan kehidupan?Al-Quran.Dan Al-Quran perlu dibaca,difahami dan diamalkan oleh mana-mana manusia yang mencari kebenaran.Tidak mampu/tidak tahu di mana boleh mendapatkan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu?Projek ini sememangnya dijalankan untuk membantu orang seperti Anda.Teruskan membaca.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang sedang mencari kebenaran dan ingin memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pihak Pena Maya Enterprise kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi sejak beberapa Edisi yang lepas,stok keluaran Yayasan Restu sukar didapati.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Diri Sendiri/Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog (Jangan berikan Link Facebook).Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Tujuh Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan Lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Projek ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Anda-anda yang lain - jika berminat menyumbang dana - sila hubungi pospenamaya@gmail.com.Sumbangan anda amat diperlukan.


14 comments:

  1. Salam alaik saya nak quran terjemahan sebab nak bagi jiran mualaf saya. Boleh send: hanismohamednasaruddinamani@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. insya-Allah sayaa akan hubungi anda melalui email.kalau tak dapat email,sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya nama penerima,nmbor tepon penerima dan alamat penerima..

      Delete
  2. assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan Quran di atas untuk di hadiahkan buat junior saya yang baru masuk ke asasi. Moga ianya menjadi peneman baginya menempu hidup baru sebagai mahasiswi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. insya-Allah sayaa akan hubungi anda melalui email.kalau tak dapat email,sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya nama penerima,nmbor tepon penerima dan alamat penerima..

      Delete
  3. Assalamualaikum...saya nak bagi al quran kepada anak saya yg akan masuk asrama..insyaAllah semoga anak saya dapat manafaatkannya..boleh email sy di cahayakeharuman94@yahoo.com. Jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. insya-Allah sayaa akan hubungi anda melalui email.kalau tak dapat email,sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya nama penerima,nmbor tepon penerima dan alamat penerima..

      Delete
  4. Bismillah..

    Assalamualaikum.. saya harap sangat saya dapat al Quran nie sbb saya nak hadiahkan kpd kawan saya.. she's muslim but dia dalam proses to become a better muslim.. and i think dengan bagi dia al Quran dapat bantu dia dan bagi semangat kat dia.. May Allah ease.. email saya : ag_luvgood@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. insya-Allah sayaa akan hubungi anda melalui email.kalau tak dapat email,sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya nama penerima,nmbor tepon penerima dan alamat penerima..

      Delete
  5. Salam'alayk. Saya ingin menghadiahkan Quran kepada adik saya yang bakal menduduki asrama. saya boleh dihubungi di xamirahx@gmail.com .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. insya-Allah sayaa akan hubungi anda melalui email.kalau tak dapat email,sila hubungi pospenamaya@gmail.com dan berikan saya nama penerima,nmbor tepon penerima dan alamat penerima..

      Delete
  6. penyertaan ditutup .hujung bulan ni ada lagi 1 entry. insya-Allah.can join.

    ReplyDelete
  7. Asmlkm Umar. Saya punyai sahabat yang sering bantu saya di kala saya kepayahan dalam kewangan. Namun dia ini agak jauh tersasar dari jalan ketaatan pada Allah. Saya berhajat membawanya kembali ke jalan yang benar. Mungkin dengan menghadiahkan dia sebuah naskah terjemahan al-Qur'an ini dapat mengubat hatinya dan bisa mengundang taufiq dan hidayah Allah untuknya. Amiin. hisham.ar@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum

    Saya adalah penerima Al-quran utk edisi yang lalu. Sebagaimana yang telah saya ceritakan Al-quran tersebut adalah untuk diri saya dan adik saya yang lelaki. Sebagai galakan untuknya menghafal Al-Quran. Alhamdulillah, walaupun saya tidak mampu menghafal sepenuhnya, adik saya telah tamat menghafal 30juz AlQuran pada 12/12/12 yang lalu. Buat pengetahuan Pena Maya, Al-Quran hadiah dari andalah yang menjadi teman sejatinya.

    Pada kali ini, saya memohon pertimbangan dari Pena Maya supaya saya akan terpilih lagi kali ini. Setelah adik lelaki saya mengambil shahadah(sijil pengesahan huffaz), dua orang adik saya yang perempuan mula menyatakan hasratnya untuk menghafal AlQuran. barangkali kerana motivasi atas kejayaan yg lelaki, adik saya yg perempuan juga mahu menjadi huffaz. Saya ingin menghadiahkan AlQuran dari pihak Pena Maya sebagai pembakar semangat untuk nya.

    Hubungi saya di polaris.saujana@gmail.com

    ReplyDelete