19.2.14

Sejarah Penubuhan Israel (Versi Zionis) Dan Soalan Saya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam,saya berkesempatan dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah untuk pergi ke Jewish Museum and Tolerance Center.

Muzium ini dikatakan yang terbesar bagi kategorinya dan saya quote :

"...and is thought to be the largest Jewish museum in the world..." [Source]

*** *** ***

Kenapa Ke Sana?

Mungkin itu yang bermain dalam fikiran Anda mengenai Tujuan saya ke sana.

"Budak ni dah tercemar ni" - kata seorang Pakcik.

Sebenarnya tiada Tujuan lain.Selain mengembara.

Tapi,perkara utama yang mendorong saya ke sana adalah dua point di bawah :

1) Jika ianya yang terbesar di dunia,kenapa terletak di Moscow?

2) Kenapa Putin menyumbangkan wang peribadinya untuk pembinaan Muzium ini?
[Sumber : Instagram @PenaMaya]

*** *** ***

Perkara Paling Menarik

Perkara paling menarik bagi saya semasa berada di sana adalah betapa Museum ini bernada 'Simpati'.

Dan ruang yang sangat menarik adalah ruang 'Sejarah Penubuhan Israel (Versi Zionis)'.

Oleh kerana ini Zaman Teknologi dan Minda Fikir,saya mahu tanya beberapa soalan mengenai Sejarah ini kerana ianya sangat bias dan Pro-Zionis.

Saya ada post perkara ini di Insta sebentar tadi.Jadi saya fikir lebih baik saya copy-pastekan sahaja ianya di sini.



"In may 1947,Andrei Gromyko,Soviet Representative to the UN and Deputy Foreign Minister,addressed the UN General Assembly about the establishment of the State of Israel.


"The fact that no Western European state has been able to safeguard the basic rights of the Jewish people,and to save them from death at the hands of fascist butchers,explains the aspirations of the Jews to establish their own state...


...It would be unjustifiable to deny this right to the Jewish people,particularly in view of all they have suffered during the Second World War.."


On November 29,1947,the Soviet Union,along with 33 other nations,voted in favor of the United Nations Partition Plan for Palestine,which led to creation of the State of Israel"

Okay,saya tiada masalah jika perkara di atas 'lawa dan benar seperti diceritakan di atas kertas'.

Tapi realitinya tidak.

Ini sebenarnya yang dilakukan Israel di Palestin.


Jadi selepas ke sana semalam dan membaca beberapa perkara yang sangat bias,saya ingin bertanya sebagai seorang Insan (di bawah ini soalan dan pandangan saya)

1) Kunjungan ini membuatkan saya teringat Hadis Sahih oleh Muhammad SAW bermaksud : “Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan…” [Riwayat Ahmad,37/82 no 22397]

2) Diratah oleh musuh.Hurm.Sepertinya keadaan ini telah pun berlaku.Betapa besar kesan fitnah yang melanda selepas Institusi Khalifah jatuh.

3) Kenapa Palestin yang diambil tanahnya secara haram untuk dijadikan Tanah Israel?Kenapa bukan Spain (Rujuk Inquisition oleh Catholic)? Kenapa bukan Germany (Rujuk Sejarah Holocaust Hitler)? Kalau benar mahu bersimpati dengan mereka,kenapa Umat Islam menjadi mangsa?Sedangkan ‘Golden Age of Jew’ ketika pemerintahan Muslimin! (Sila kaji untuk semua Info ini - jangan telan bulat semata).

4) Kenapa bunuh Rakyat Palestin sehingga sekarang?Kenapa semakin hari semakin banyak Tanah dirampas?Sehingga saat ini.

5) United Nation (UN) ditubuh 1945.Kenapa most nation sokong kewujudan Israel di Palestin?Dan sehingga sekarang,kenapa Israel begitu kebal dari sebarang tindakan UN?Seolahnya UN adalah IN (Israel Nation).Bukan UN.Sedangkan UN General Assembly Resolution 3379 (1975) secara jelas menyatakan yang ‘zionism is a form of racism and racial discrimination’ [Source].

6) Kalau pernah dibuli,kenapa selepas itu menjadi Pembuli?Dan betulkah Hitler sebenarnya seorang Jew?Ini soalan serius.

Ini semua soalan yang boleh dijawab dengan common sense.Sejarah ini sebenarnya,ada kena mengena semuanya.Titik-titik itu boleh disambung dengan mengembara.

Saya tiada masalah dengan 'Jew' secara personal.Tapi,untuk menggambarkan seolah 'hanya Jew' yang terseksa sepanjang zaman,itu tidak benar.Kenapa tidak cerita tentang penindasan oleh Entiti Israel?

Hiduplah dalam kefahaman! [Sumber : Instagram Pena Maya]

Itulah sedikit sebanyak dari saya.

Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Di Malaysia,Umat terus tidur.Bangkitlah.


No comments:

Post a Comment