23.3.14

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Mac 2014).

Prenote I : Untuk Edisi Kali Ini,Dua Naskhah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma.Jangan lepaskan Peluang ini!Satu Naskhah untuk Seorang Penerima!

Prenote II : Pihak Pena Maya berhak membatalkan Penyertaan andai didapati Penerima yang berkenaan mempunyai niat tidak elok dalam menerima buku ini (cuba menjualnya kembali etc).


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Apa khabar?

Mari teruskan Pembacaan kita.

*** *** ***

Penerangan

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik Ringan kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam/memberi kefahaman asas kepada mereka tentang Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam/Non-Muslim yang membaca Artikel ini.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Dua Buah Buku Islamik akan diedarkan secara Percuma kepada Dua orang Pembaca,insya-Allah.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

2 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,berikan pendapat Anda terhadap Soalan ini - "Politik atau Pembentukan Islam pada Pemikiran dan Sifat Individu - mana lebih penting?".

3) Kalau tidak mampu,komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 5 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.JANGAN BERI ID FACEBOOK.Dan jika tidak dapat E-Mail,periksa SPAMBOX.

5) Tapi Penulis Prefer jika anda tidak Anonymous.At least,tinggalkanlah e-mail untuk dihubungi.Ini kerana ada kes - di mana Penulis terpaksa tunggu sehingga berminggu-minggu - barulah Penerima itu memberi Respon.Bukankah itu menyukarkan Proses Penghantaran?

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 5 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Dua Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Bangkitlah Selepas Bercerai : Ingatlah Wahai Pemilik Hati yang Terluka pada Setiap Kepayahan itu Tersirat Kebahagiaan di Sebalik Perpisahan


Penerangan : Baru-baru ini,saya membaca satu laporan Akhbar bertajuk "Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam".Ini menunjukkan keseriusan masalah dalam Institusi Rumah Tangga Muslim di Malaysia.Buku ini saya senaraikan sebagai pilihan sebagai solusi kepada mereka yang rumah tangganya sedang bermasalah atau telah bercerai.Boleh juga hadiahkan buku ini kepada Saudara/Kawan/Keluarga kita yang kita ketahui rumah tangga mereka sedang bermasalah.Buku ini tulisan Emran Ahmad - salah satu Ustaz di Malaysia yang saya sukakan pemikirannya.

2)Fitnah terhadap Sahabat Rasulullah : Merungkai Kontroversi,Menyingkap Realiti


Penerangan : Buku ini merupakan Buku Terbaru Tulisan Dr Asri.Saya belum lagi membaca buku ini buat masa ini kerana ianya diterbitkan ketika saya tidak berada di Malaysia.Tapi mengikut Review yang dibaca di Internet,buku ini penting untuk dibaca masyarakat - kerana ianya menjawab pelbagai Fitnah/Kekeliruan yang dilemparkan kepada Para Sahabat Rasulullah SAW.

3) Di Hamparan Shamrock : Ku Seru Nama-Mu (Ustaz Hasrizal Saifulislam)


Penerangan : Secara jujur,saya belum lagi membaca buku ini.Hanya membaca Review di Internet.Tapi,saya yakin buku ini bagus untuk dibaca - terutamanya oleh Golongan Muda.Kerana ia menceritakan Pengalaman Ustaz Hasrizal di dalam Kembaranya.Amat bermanfaat untuk dibeli dan dibaca oleh Pelajar Universiti!

4) Islam in Malaysia : Perceptions & Facts


Penerangan : Saya amat memahami yang mana bukan semua orang Islam di Malaysia - mahir/minat membaca dalam Bahasa Melayu.Untuk berlaku adil,saya juga masukkan buku ini dalam Senarai Giveaway kali ini.Buku ini sebenarnya merupakan Edisi Bahasa Inggeris bagi Buku Penulisan Dr. Asri dalam Bahasa Melayu bertajuk Menerajui Bahtera Perubahan Minda.Saya masih sedang cuba menghabiskan Pembacaan buku ini buat masa ini.Tapi jujur bicara,buku ini amat saya cadangkan untuk anda pilih,jika anda seorang Non-Muslim (atau even Muslim) yang sedang cuba memahami Islam - tapi keliru apabila melihat 'Islam Versi Adat' yang terdapat di Negara kita.Buku ini banyak memperbetulkan Persepsi yang salah terhadap Islam,insya-Allah.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 2 Buku akan diedar kepada 2 Orang Penerima.Tapi,setiap Penerima akan mendapat SATU NASKHAH sahaja.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Benar-Benar Mahu Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Oleh kerana Projek ini berjalan dengan menggunakan Dana Sumbangan Orang Ramai,sesiapa dalam kalangan anda Para Pembaca yang mahu sumbang Dana,boleh baca sini.Dana Orang Ramai amat diperlukan untuk meneruskan Projek ini di masa hadapan.Semoga niat anda diredhai Allah SWT.


5 comments:

  1. Assalamualaikum..saya berminat dengan buku no 2 utk saya jadikan rujukan dalam menilai para sahabat r.a...pada pendapat saya pembentukan islam pada pemikiran lebih penting utk didahului berbanding 2 perkara lagi..kerana pembentukan islam akan membentuk individu yg bertakwa dan politik gaya rasulullah saw..

    Tuan bleh email saya di irzan.ashraf@gmail.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Saya berminat untuk menyertai. Saya mahukan buku no. 4. Buku ini akan dihadiahkan kepada sahabat baik saya seorang Atheist, InsyaAllah buku ini dapat menunjuk jalan dia mencari Tuhan dan Cinta yang Hakiki.
    Jawapan kepada persoalan anda adalah pembentukan Islam pada pemikiran dan sifat Individu. Menyedari keperluan untuk menjadi effective bagi mengendalikan ummah dengan baik, semua Insan haruslah terlibat dalam dakwah, Islah dan Jihad Fisabilillah. Untuk berpegang teguh kepada Ilmu yang Benar dan Amal Ibadah adalah berdasarkan AlQuran dan AsSunnah serta rujukan yang sahih. Bagi menjadikan sesuatu Ilmu sebagai Amalan Sepanjang Hayat, penting dengan mewujudkan Ummah yang memahami dan menghargai Islam berpandukan cara Rasulullah SAW dan para Sahabat dimana menuju kepada Mardhatillah. Pemikiran Islam pada dalam Pemikiran dan Sifat Individu amat penting bagi melahirkan Ummah yang hebat, Ummah yang hatinya, Hati Rabbani.
    Menjadi Muslim bermakna menyedari Keesaan serta Kekuasaan Sang Pencipta dan mengukuhkan ikatan serta taat kepadaNya. Kehidupan sebegitu membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
    Allah telah membukan pintu-pintu Islam kepada umat manusia, tanpa mengira masa lalu atau keadaan mereka sekarang. Oleh itu, sesiapa sahaja boleh menjadi Muslim pada bila-bila masa dengan beriman dan redha menghadapi segala ujian Takdir.
    Pembentukan Islam pada dalam Pemikiran dan Sifat Individu jelas sekali melahirkan Ummah yg bakal menyambung Legasi Rasulullah SAW. Biiznillah.
    Yarhamkumullah.
    Boleh contact saya
    E-mail : ummuaina2609@gmail.com
    Twitter : @Ummuainaaa
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 3.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada seorang sahabat sy yang banyak membantu saya.

    Jawapan kepada Persoalan anda adalah jika dilihat dari sudut umum, "Politik atau Pembentukan Islam pada Pemikiran dan Sifat Individu - mana lebih penting?" pendapat peribadi saya mengatakan pmebentukan Islam pada pemikiran dan sifat individu lebih penting. Ini kerana, ianya adalah basic dalam mengatasi segala permasalahan umat sekarang. Dan jika pembentukan Islam pada pemikiran dan sifat individu ini berjaya hampir 100% ini bermakna ianya sudah merangkumi sudut politik sekaligus. sekadar pendapat peribadi sy.

    terima kasih.

    Boleh hubungi saya di ain.craft13@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya berminat untuk dapatkan buku nombor 4 kerana saya berpendapat buku itu akan memberi manfaat kepada saya untuk mempelajari islam. Malah sekarang ni tidak dapat dipastikan yang mana satu adat,yang mana satu yang betul.

    Bagi soalan saudara, saya berpendapat bahawa pembentukan islam dalam pemikiran dan sifat individu lebih penting kerana bagi saya untuk menjadi seorang individu yang hebat,perlulah ad pembentukan islam dalam diri. A practising muslim.We can be what we want but we need to have this one thing in ourselves. Taqwa. Pembentukan islam membolehkan seseorang itu menjadi seorang daie dan khalifah di muka bumi ini. Dan akan turut menjana pemikiran menjadi lebih proaktif.

    Saudara boleh menghubungi saya di adeeyna_91@yahoo.com


    Jazakallahu khairan kathira.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. Okay penyertaan ditutup.saya dah contact semua di email.xdpt email saya? Email pospenamaya@gmail.com

    ReplyDelete